Sesiapa yang mengikut sunnah nabi dalam amalan hariannya akan diberi pahala, selain menterjemahkan bukti cinta kita kepada Baginda. Itu semua antara kita sedia maklum dan begitu juga dalam hal rumah tangga.
Ketika kita melayari bahtera rumah tangga, ketika itu juga sebenarnya kita dianjurkan untuk meneladani perilaku kehidupan berkeluarga Rasulullah.
“Dalam bab perkahwinan ada banyak sunnah untuk suami amalkan. Jangan ingat poligami sahaja sebagai sunnah,” tulis Encik Mohd Yazid Ismail diakuan facebooknya yang mendapat perhatian warganet.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Turut disenaraikan banyak lagi sunnah yang boleh dilakukan oleh para suami untuk rujukan bersama.
Sunnah Untuk Suami Amalkan :
-Sunnah berbaring dan berehat di pangkuan isteri.
Ads
-Sunnah membantu isteri dalam kerja rumah. Memasak, mengemas, menjaga anak-anak dll.
-Sunnah menyuapkan makanan ke mulut isteri.
-Sunnah menyatakan cinta dan penghargaan secara lisan.
-Sunnah mencium isteri.
Ads
-Sunnah memaafkan kesalahannya.
-Sunnah untuk memastikan diri anda kelihatan menarik untuk isteri.
-Sunnah mengambil tahu perasaan isteri dan menghiburkan dia apabila dia memerlukannya.
-Sunnah bermain-main bergurau dengan isteri dan meluangkan masa berkualiti bergembira bersama.
-Sunnah memanggil isteri dengan nama yang indah.
Ads
Meninjau di ruangan komen, warganet akui cukup terinspirasi dengan perkongsian tersebut dan tidak kurang juga yang tumpang gembira melihat keluarga harmoni ini yang mana sebelum ini banyak dikongsikan di media sosial dengan pelbagai info yang berguna.
Cuti sekolah hujung tahun ini kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam Islam kita dituntut untuk menjadi seorang muslim untuk menjadi “lebih baik” atau dengan kata lain hari ini harus lebih baik dari semalam dan esok harus lebih baik daripada hari ini.
Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Begitulah pengguna facebook ini, Ain Rosdi berkongsi kisah bagaimana dahulunya hidupnya ke arah duniawi. Namun setelah melalui ujian hidup, kehidupannya berubah.
Malah suami juga turut ‘hijrah’ untuk membina keluarga jannah dengan mendekatkan diri dengan mendalami agama.
Katanya, setiap kita berhak untuk berubah, Allah maha pengampun.
Semoga kita semua muhasabah diri.
“Kita berubah sama-sama ye.” “Awak jadi isteri saya suatu hari nanti.’ Berubah jadi seorang yang lebih baik sebelum diijabkabulkan. Alhamdulillah. Hidayah itu milik Allah.
Kami berdua dari keluarga yang biasa-biasa, dan hidup suka melepak / lara waktu sekolah dulu tahun 2008. Tingkatan 2 Ain dah mula kenal husband (husband tingkatan 4). Kami bukan dari keluarga yang alim dan kuat agama.
Bayangkan, dari seorang yang suka melepak / lara dgn dunia, kaki gamers, kuat merokok. Tapi bila dia mula cari Allah, hidup dia berubah. Benarlah orang kata, hidayah itu milik Allah. Manusia adalah milik Allah. Nak dapat hidup yang lurus dan berkat carilah Allah. Sekuat mana sehebat mana pun ujian, bila kita berpegang pada agama dan sentiasa utamakan Allah, Allah akan kuatkan semangat kita kuatkan hati kita supaya tak goyah.
Belajar agama
Makin lama kami berkawan, Ain nampak perubahan husband Ain, tiba2 dia belajar agama. Masatu Ain taktahu apa yang menggerakkan hati dia untuk belajar agama. Waktu umur dia 20/21. Lepas dia belajar agama, husband start jaga solat. dia pernah hantar text “Kita berubah sama-sama ya.” Ain faham lah maksud dia. kami punya sosial dulu, pegang tangan tu takrasa apa dah. taktahu dosa pun Tapi bila dia kata begitu, Ain faham yang dia nak kami sama2 berubah ke jalan Allah.
Masatu perasaan Ain happy sebab nampak husband Ain mula berubah kearah kebaikan tapi Ain pula macam biasa hidup seperti selalu. Hanya pakai tudung tapi solat tetap tak jaga. Aurat pun tak jaga.
Hari demi hari dan tahun demi tahun nampak sangat perubahan husband Ain dan dia sangat istiqamah ke jalan Allah. Dia selalu nasihat Ain apa yang Ain kena ubah. Sebab masani kami jauh, Ain study dekat Kulim.
Ujian hidup beri hidayah
Sampailah satu hari, ujian hebat buat hubungan kami. suami pesan “jangan merayu pada manusia tapi merayulah pada Allah, DIA yang menggerakkan hati kita.” Dan sejak dari situlah Ain mula ubah diri Ain untuk dekat dengan Allah. jaga solat jaga pakaian (apa yg husband ain selalu pesan). Alhamdulillah bersyukur sangat sejak tu Ain mula istiqamah dgn cara pemakaian dgn lebih tertutup.
Benarlah hidayah itu milik Allah Kita diberi ujian kerana Allah sayang. Bila kita diuji tulah sebenarnya hidayah untuk kita. Untuk kita berubah jadi lebih baik. Cari DIA. Kita senang ke susah ke sentiasalah cari Allah, kerana DIA MAHA MEMBERI REZEKI.
Jangan sangka orang yang jahat selamanya jahat, dan jangan pula sangka orang yang baik selamanya baik. Kekadang yang jahat ni bila diberi hidayah, dia lah yang sangat menjaga agama dia.
Kami bukan dari keluarga yang warak tapi kami hanya insan hina yang terpilih diberi hidayah dari AllahTak minta banyak, minta Allah kekalkan hati kami untuk sentiasa dekat denganNYA dan istiqamah ke jalanNYA.
Ini jalan yang kami lalui, Alhamdulillah sekarang dah 4tahun berkahwin da ada 3 cahaya mata Doakan semoga Allah redha dengan perjalanan kami dan semoga hubungan kami berkekalan hingga ke Jannah.
Terima kasih suamiku yang menarik aku untuk kenal Allah dengan lebih dekat. Yang banyak mengajar tentang agama. Semoga syurga buatmu dan jadikanlah aku bidadari syurgamu Inshaaallah aamin *taip ni pun sambil meleleh air mata.
Jangan takut untuk berubah
Buat awak diluar sana, sehina mana pun diri awak, jika awak nak berubah, ubahlah kerana Allah. Manusia tak layak untuk menghukum. Jangan terlalu fikir apa yang orang akan kata tapi pandanglah Allah. DIA YANG MAHA PENGAMPUN. DIA juga yang akan terima taubat kita bukan manusia
Jangan takut berubah, takutlah jika Allah tak terima kita sebagai hambaNYA. Allah sangat baik, carilah DIA. Semoga apa yang kita niat untuk buat kebaikkan Allah redha. Inshaaallah aamin!
Walaupun bukan mudah memaafkan orang yang suka menabur fitnah atas diri dan keluarga kita, yakinlah dengan memaafkan hati kita lebih tenang.
Dan menyentuh tentang pernah disakiti dan menyakiti hati orang lain, ustazah Asma’ ada berkongsi tazkirah berkenaan hal tersebut.
Semoga dengan membaca perkongsian ini kita akan terus hidup berkasih sayang dan sentiasa bersangka baik dan ikhlas dalam memberi kemaafan.
Bila kita disakiti, ingatlah kita juga pernah menyakiti. Bila kita dizalimi, ingatlah kita juga pernah menzalimi. Jika kita rasa sedih hari ini oleh seseorang, ingatlah kita juga pernah membuatkan orang merasa sedih.
Apabila orang yang menyakiti kita jatuh atau ditimpa musibah, ia bukan kerana karma atau kerana hebatnya doa kita. Itu adalah bahagian ujian masing², kita sendiri bakal hadapi ujian sendiri. Usah menanti derita orang lain. Tiada manusia akan bahagia atas penderitaan orang lain, kerana ia bahagia yang palsu.
Kita semua tidak sempurna, pasti berdosa pada Allah dan bersalah pada manusia, maka jangan selalu dihitung salah manusia pada kita, kerana ia membuatkan kita mudah lupa pada kebaikan orang pada kita. Ketika sayang bertukar menjadi benci, yang baik tetap harus diingati, maka kita tidak akan lupa diri.
Akhirnya, carilah damai dalam sesuatu peristiwa, memaafkan orang lain pada hari ini bererti kita memaafkan masa lalu kita. Mudahan orang yang pernah kita sakiti juga memaafkan kita hari ini.
Yang dilihat bahagia
Mungkin sedang derita
Yang nampak hina
Mungkin dia mulia
Yang dilihat salah
Mungkin ia benar
Tak rugi mengalah
Yang penting tetap sabar
Kematian adalah perkara yang pasti dilalui oleh setiap manusia. Semalam, ibu kepada penyanyi dan pelakon terkenal Adibah Noor, Norlia Abd Majid telah menghembuskan nafas pada 12:30 malam Isnin.
Khabaran duka ini Adibah berkongsi melalui Instagram kira-kira jam 6:30 pagi tadi.
Terdahulu, Adidah berkongsi kesihatan ibunya semakin merosot pada pertengahan Februari lalu.
Sementara itu, hari ini instagramnya menjadi tumpuan peminatnya bagi mengucapkan takziah atas kehilangan ibu tersayang serta rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.