Pemakanan masyarakat Korea yang bersifat panggang dan rebus juga ditambah dengan deretan sayuran yang diamalkan mereka menjadi penyebab kepada persoalan kulit cantik dan mulus.

Minyak? Jauh sekali diamalkan oleh mereka. Itulah rahsia yang diamalkan mereka.

Tidak hanya disitu, yang kita semua perlu tahu, wanita Korea yang mengamalkan cucian muka yang berbeza dengan cara kita. Bagaimana? Salah satu caranya adalah dengan melakukan teknik ‘double cleansing.’

Cucian ‘double cleansing’ sebenarnya paling sesuai dilakukan oleh mereka yang mengenakan solekan tebal ke tempat kerja. Dan inilah yang diamalkan oleh wanita Korea setiap kali mencuci muka.

Bagaimana teknik double cleansing yang mereka lakukan?

#Langkah 1

Apa yang diperlukan adalah dua jenis pencuci muka iaitu dari jenis minyak atau ‘oil cleansing’ dan juga pencuci muka biasa atau ‘liqiud cleansing’. Soal jenama dan produk bergantunglah kepada jenis kulit muka anda dan kesesuaian anda menggunakannya. Jika suka dan kena dengan kulit, pakai saja.

IKLAN

Apa yang anda perlu tahu, mencuci dengan pencuci jenis minyak atau ‘oil cleansing’ ini bertindak untuk menanggalkan segala sisa solekan dan kotoran pada kulit wajah.

 

IKLAN

# Langkah 2

Kemudian basuh muka bersih dan cuci semula sekali lagi dengan pencuci muka biasa yang berbuih. Inilah yang diamalkan oleh wanita Korea. Bagi mereka, mencuci dengan dua kaedah dan jenis pencuci ini membantu kulit lebih sihat dan licin. Dan inilah yang dilakukan oleh semua wanita di sana tanpa merasa ia satu pembaziran. Apabila ini sudah menjadi kebiasaan mungkin ia tidak lagi dianggap pelik!

Yang anda perlu tahu, pencuci muka biasa jenis ‘liquid cleansing’ tidak kira samada jenis, krim atau apa sahaja, dikhaskan khusus untuk mencuci lebih dalam. Inilah langkah terakhir dalam proses membersih. Satu lagi yang anda perlu tahu, cucian kali kedua ini juga khusus untuk membasmi bakteria, kulit mati dan kotoran yang tertinggal.

Jadi tak salah kalau kita pun mencuba guna kaedah ini untuk pastikan kulit lebih terjaga dan bersih daripada sisa kotoran. Mana tahu cara ni buat kita pun tampil cantik dan kulit mulus macam mereka. Jom cuba sama-sama!