“Rupanya Betul Terjadi, Fatima Tidur Atas Kepala Daddy.” Kek  Birthday Fattah Amin  Idea ‘Rare’ Fazura Undang Perhatian!

Share

Semalam tanggal 14 September merupakan ulangtahun kelahiran aktor kacak, Fattah Amin yang ke-31.

Fattah atau Nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin yang juga suami kesayangan pelakon cantik Manis, Nur Fazura semalam diraikan secara sederhana.

Bertemakan biru putih, majlis tersebut turut diraikan bersama puteri kesayangan pasangan ini,  Nur Fatima Aisya, 1 buat pertama kalinya.

Namun apa yang mencuri tumpuan adalah idea kek yang cukup ‘rare’ datangnya dari Fazura sendiri.

Fazura telah menampah 2 kek yang sangat unik iaitu berbentuk katil dengan dua patung yang menggambarkan ayah dan anak, iaitu Fattah dan Fatima ketika sedang tidur.

Rupanya situasi tersebut memang berlaku bila mana Fatima yang tidur Di atas kepala ayahnya. Itu yang digambarkan menerusi kek khas oleh Fazura.

Manakala satu lagi kek adalah berinspirasikan bentuk udang dan petai yang menjadi makanan kegemaran Fattah sendiri.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, pemilik jenama ‘Tudung Fazura’ ini turut memuat naik ucapan yang cukup sweet buat suami kesayangannya itu.

 

 

IKLAN