Apabila salah seorang ahli keluarga tidak sihat tentu risau dibuatnya. Pastinya akan mengganggu pemakanan harian. Misalnya jika anak sakit atau pasangan serta ahli keluarga lain mengalami sakit tekak tentu  hilang selera makan, maklumlah nak telan makanan pun agak sukar. Bagaimanapun, cara Taufiq Razif yang menggunakan garam sebagai penyembuh sakit tekak, sekali gus mengembalikan selera makanan sungguh bermanfaat. Ikuti caranya hanya mengunakan garam dengan campuran air. Bagi yang boleh tahu, boleh jadikan ia amalan apabila alami situasi sebegini.

_________________________________________________________________

Rupanya Garam Bukan Penyedap Makanan Je, Tetapi Boleh Menyembuh Dan Menambah Selera. Sungguh Bermanfaat Perkongsian Ini
Kumur dengan air garam

Ni Air Panas Bercampur Garam

Dua hari lepas saya gunakan air ni la untuk hilangkan sakit tekak ( sore throat) mak saya. Tak sampai 1 hari dah hilang dah sakit tekaknya.

Siap makan seafood lagi semalam sebab selera makan dah kembali pulih ?

Caranya mudah je :

IKLAN

1. Ambil segelas air panas coway tu. Jangan panas sangat. Adjust sampai suam sikit

2. Campurkan setengah sudu garam

3. Kacau perlahan

4. Berkumur sebanyak 3-5 kali. Bukan berkumur biasa tapi gargle, iaitu berkumur dengan mendongak ke atas

IKLAN

5. Sebaiknya berkumur sebanyak 4 kali sehari

6. Tertelan sikit sikit air garam tu takpe sebab air garam tu ada efek hydration untuk tubuh yang dah hilang banyak cairan semasa demam

Berkumur air garam ni bukan cuma untuk sakit tekak ( sore throat ) je. Berkumur air garam ni juga bagus untuk rawat :

IKLAN

+ ulcer/lepuh mulut biasa
+ anak yang ulcer mulut sebab HFMD
+ sakit gigi
+ mencegah Upper Respiratory Tract Infection ( URTI )

Apa pun kumur garam ni bukan ubat atau antiviral tau. Ia cuma memberikan kelegaan ( symptomatic relief ) sementara dan bersifat preventif untuk jangkitan kat area mulut dan tekak tu.

Air garam tu kan bersifat “magnet” kepada air disebabkan ketumpatan garam yang tinggi. Jadi garam ni akan “tarik” air daripada tisu di sekeliling tekak dan mulut tu. Secara tak langsung kuman pun terbasuh sekali ?

Cuba la buat kat anak anak yang sakit tekak untuk kembalikan selera makan mereka Cuba la sendiri

P/s : Bagitahu juga kat mak ayah yang belum tahu ye

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI