Tentunya ada yang mengalami masalah seluar jeans warna yang sudah luntur. Nak tahu cara yang mudah supaya nampak kembali baru seperti mula-mula beli.
Menarik perkongsian ni, ikuti tip yang dikongsi oleh @Kholif Mael melalui di Tiktok.
Cara hitamkan balik seluar jeans yang LUNTUR WARNA:
Ads
1.Beli Dye pewarna seluar dekat SHOPEE
2.Panaskan air
3.Tuang dalam besen/baldi
4.Masukkan 1 packet Pewarna
5.Masukkan 1 genggam garam
6.Guna senduk untuk gaul dan gaul sampai sebati
7.Masukkan seluar jeans dalam baldi dan tunggu dalam 30 minit atau tinggalkan dalam 1 malam
8.Bilas dengan air paip, jirus manja2 je
9.Perah pun manja2 juga
10.Gantung di ampaian, pastikan jemur di bawah sinaran matahari
11.Tunggu sehingga kering
Sebelum ini umum tahu bahawa pasangan selebriti, Awal Ashaari dan isterinya, Scha Alyahya berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan Umrah. Keberangkatan mereka ke bersama jemaah lain tanpa membawa kedua-dua puteri mereka, Lara Alana & Lila Amina.
Baru-baru ini, Awal telah memuat naik satu video di laman Instagramnya di mana reaksi anak keduanya itu, yang mencuri perhatian netizen apabila menangis melihat bapanya pulang setelah ‘hilang’ beberapa minggu kerana menunaikan umrah.
Dalam video tersebut juga, Lila yang terkejut dengan keberadaan daddynya di rumah terus menangis dan memeluk daddynya seakan-akan melepaskan rindu kerana sudah lama tidak berjumpa.
“Agak-agak makan jam ke, makan hari ke, makan bulan nak jadi best friend balik ni,” tulisnya di kapsyen.
Pada masa sama, Awal turut bergenang air mata apabila melihat anaknya sedih.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan-rakan artis seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Sharifah Shahira dan Sherry Alhadad turut sebak melihat reaksi Lyla. Malah ada yang mendakwa Lila memangis kerana rindu lama tak jumpa.
Tahniah diucapkan buat pelakon, Eyra Hazali yang mengumumkan hamil anak ketiga selepas melakukan beberapa ujian kehamilan dan bakal menimang cahaya mata itu dalam masa empat bulan lagi.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali telah memuat naik beberapa foto memaparkan keputusan ujian kehamilan itu.
“Bismillahirrahmanirrahim, tambah sedikit ‘cinta’ lagi dalam keluarga kami, bayi nombor tiga on the way!” katanya.
“Di sini, Eyra minta doa dari semua untuk kami sekeluarga sebab anak dalam kandungan ini akan lahir dalam masa empat bulan lagi. Terima kasih semua,” ujarnya.
Berkongsi kisah kehamilannya, kata Eyra ia merupakan kehamilan kembar diawalnya namun begitu dia dan suami tidak mempunyai rezeki untuk menimang kembar kerana salah satu dari bayinya tidak menjadi.
“Jumpa dengan Dr yang sambut Hayder dulu, Dr tengok scan dan cakap itu bukan ectopic. Rupanya dua anak mama dan papa, tapi takde rezeki, satu tak jadi.
“Tinggallah satu anak mama dan papa. Tak apa, mama papa masih bersyukur atas rezeki ini,” luahnya.
Terdahulu, Eyra telah berkahwin dengan jejaka pilihannya iaitu penjaga gol pasukan negara, Muhammad Haziq Nadzli pada 1 November 2019.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish dan Muhammad Endra Haqimie.
Dalam membina sebuah rumahtangga ke arah kebahagiaan, suami dan isteri sangat berperanan penting dalam mewujudkan keharmonian dan kasih sayang yang berterusan. Dengan itu setiap orang haruslah berazam untuk menjadi pasangan yang terbaik dan membahagiakan.
Berikut terdapat beberapa tips dalam menjadi pasangan yang terbaik dalam perkahwinan;
1# Mengutamakan Agama
Setiap perkara yang dilakukan haruskan bertunjangkan kepada Islam. Dalam perkahwinan setiap pasangan mesti mencintai pasangan kerana Allah dan menjadikan akhirat sebagai matlamat, bukan kerana rupa dan harta semata-mata.
Kita juga boleh mengajak pasangan mendirikan solat secara berjemaah dan sama-sama berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis. Selain itu, dianjurkan juga untuk sentiasa berdoa dan memohon agar hubungan perkahwinan kita berbahagia selalu.
2# Sentiasa Memohon Restu Ibu Bapa Dan Keluarga
Restu kedua-dua ibu bapa dan mentua sangat penting. Begitu juga dengan doa mereka. Jadi, setiap kali berjumpa dengan mereka, mohonlah mereka agar mendoakan kebahagiaan rumahtangga agar berpanjangan dan dirahmati Allah SWT.
Tanpa restu dan doa, pasti kehidupan sebuah perkahwinan itu lebih sukar dan susah.
3# Menerima Pasangan Seadanya
Terimalah pasangan seadaanya dan bersyukurlah bahawa pasangan kita itu sebagai jodoh kita. Jangan sesekali memaksa pasangan untuk berubah dan mengikuti cara kita sendiri. Bahkan jangan sesekali mengharapkan pasangan terlalu terlalu sempurna dan menyamakan pasangan kita dengan orang lain.
Seharusnya, kita sendiri cuba memahami sikap pasangan dengan menerima setiap kekurangannya. Carilah keistimewaan dan kebaikannya, bukan hanya melihat pada keburukannya sahaja. Bukankah setiap manusia dilahirkan dengan sifat yang berbeza?
Jika pasangan mempunyai tabiat yang buruk sekalipun seperti merokok Jangan sesekali mengharapkan pasangan berubah serta merta.
4# Menghargai Pasangan
Hargailah pasangan dengan selalu mengucapkan ‘terima kasih’ kepadanya walau perkara yang dilakukannya adalah hal yang kecil sahaja.
Hulurkanlah pertolongan walaupun pasangan kita mampu melakukannya sendirian. Berilah nasihat, pendapat atau kata-kata semangat kepadanya sebagai tanda bahawa kita selalu berada di sampingnya dan dia begitu berharga kepada kita.
Selain itu, berilah sedikit hadiah sebagai penghargaan pada hari lahir atau ulangtahun perkahwinan walaupun hadiah tersebut murah dan kecil. Ataupun masaklah makanan kesukaannya ketika dia meraih kejayaan demi mengembirakannya. Bahkan senyum dan memegang tangannya setiap kali bertemu juga merupakan penghargaan buat pasangan kita.
5# Sentiasa Bersama-sama
Menjalani kehidupan bersama-sama dalam suka dan duka menjadikan kehidupan berumahtangga itu lebih bermakna. Keraplah melakukan aktiviti seharian bersama, seperti memasak, mengemas rumah bahkan menonton TV bersama-sama.
Jika berkemampuan, pergilah bercuti bagi mengeratkan kemesraan dan menambahkan lagi kefahaman antara satu sama lain.
Jangan biarkan pasangan melakukan hobi dan aktiviti kegemarannya bersendirian, dan jangan biarkan pasangan menghabiskan masa gembiranya bersama kawan-kawannya atau anak-anak. Sekurang-kurangnya, sertailah pasangan menonton perlawanan bola sepak walau kita sendiri tidak meminatinya.
Sumber: tzkrh.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.