Apabila kelahirana anak pertama, biasanya para isteri akan berpantang di kampung. Maklumalah tiada pengalaman.
Namun apabila anak makin bertambah, ada yang selesa berpantang sendiri. Bukan tidak mahu berpantang di kampung tetapi atas faktor anak-anak yang besar lain bersekolah.
Namun, bukan mudah sebenarnya nak berpantang di rumah sendiri. Maklumlah ketika ini, wanita tidak boleh melakukan kerja berat termasuk memasak. Nak mandi pun kena ada orang uruskan terutama minggu pertama dan kedua.
Oleh kerana itu, ada yang meminta bantuan ibu atau ibu mertua untuk tinggal bersama semasa dalam tempoh berpantang. Malah bagi yang mempunyai peruntukkan lebih akan mengupah orang untuk menjaga dalam tempoh berpantang, tetapi kos upahnya cecah ribuan ringgit!
Bebeza pula cara keluarga ini, melalui perkongsiannya, wanita ini berkongsi kisah bagaimana suaminya menguruskan dirinya ketika pantang. Lebih menarik, sejak anak ketiga lagi mereka berdikari berpantang di rumah.
Melihat perkongsian wanita ini, Siti Nor Q , yang berpantang anak ke -6 pada september lalu sungguh inspirasi.
Bukan calang-calang suami yang sanggup melalukan kerja menguruskan isteri dalam pantang, memasak menu pantang, menguruskan anak yang lain dan pada masa yang sama tetap bekerja.
Hebatnya! Yang penting jelas terbukti pasangan ini saling melengkapi dan suaminya menghargai isterinya melahirkan zuriat buatnya.
Inilah namanya relationship goal!
Ikuti perkongsiannya.
INSPIRASI
Ni post bukan nak up laki. Tapi lebih kepada nak cerita balasan yang laki aku buat bila aku beranak ramai bagi dia.
Ads
Dan boleh juga jadi rujukan untuk pak-pak hat tak tau nak susun jadual nak buat cmna bila jaga sendiri isteri dalam pantang.
Pastu masak masakan hat paling simple kat dunia tapi paling sedap bagi seorang isteri sebab dimasak dengan penuh kasih sayang. Ha gitewwww.
SEJAK ANAK 3 HINGGA 6 SUAMI URUSKAN
Dalam pantang semenjak anak ke3-6.
Memang suami momy yang jaga.
Pagi-pagi sebelum dia gi kerja. Dia kejut anak-anak mandi nak pi sekolah. Pastu terus dia pi dapoq rebuih aiq mandian herba, panaskan tungku dan masak makanan pantang untuk momy. . Pukui berapa bangun tu. Hangpa bajet-bajet la sendiri sebab dengan nak solat nak mandi semua na.
AIR MANDIAN SUAMI BUATKAN. HEBAT!
Air mandian dah siap rebuih. Dia mai tuang dalam baldi sesiap dalam bilik aiq. Ya la, orang pantang mana leh angkat berat kan. Lagipun dapoq aku ngan bilik nalla berapa km jauh. Kikiki.
Pastu aku pi mandi. Dia siapkan kakak ara nak gi school. Sambil-sambil Dia settlekan balut tungku.
Momy keluaq ja bilik aiq dan dah siap semua.
Ads
Dia param minyak angin satu badan momy, pakaikan bengkung. Then baru dia siap nak pi kerja dan hantaq kakak ara sekolah. Anak-anak hat lain depa uruskan diri sendiri nak pi sekolah pun naik basikal sendiri. Alhamdullillah masing-masing dah pandai berdikari.
Dak aura aisyah dan baby Zidane. Satgi dia balik tghari dia akan mandikan. So sementara tu aku lap-lap je badan baby spray dengan aiq lap ngan kain sementara nak tunggu dia mandi tengahhari ni.
Macam belah pagi, memang momy free dok atas katil sambil bertungku, sambil up status fb, sambil reply wasap dan mesej, paling dak pun aku lena bila baby lena.
Dak aura aisyah ni bangun lambat. Kadang kul 9 atau 10 baru dia bangun. So dpt la aku lelap sat pagi2.
Pastu momy pam susu. Sambung balik tungku. Momy bertungku berenti sambung berenti sambung sampai kul 12 tghari ye sampai tungku tu sejuk. Sebab sayang tungku dok panas dok biaq lagu tu ja.
Pastu bila dedi balik tengahhari, dia terus mandikan baby zidane dan kakak aisyah.
Yeayy. Wangi dah semua orang.
Terus dia gi amik kakak ara nak balik sekolah, bagi makan. Basuh baju dan dia sambung buat kerja rumah.
MASAK MENU PANTANG
Ads
Pastu mai dok temenung tepi momy. Bila momy tanya pikiaq apa. Dia kata. Pikiaq nak masak apa malam ni dan esok.
Ha baru tau no. Cmna aku dok pikiaq selama ni. Kikikiki.
Tak masak lagi pun awai dah dok pikiaq nak masak apa kan.
Tghari tu dia balik waktu dia lunch. Pastu kul 2:30ptg dia pi kerja balik la. Tinggal la daku dengan anak-anak lagi kat rumah. Tapi takpa
La. Semua kerja dah settle. Makan dah, anak2 pun dah makan dah mandi dah pi sekolah kafa. So apalagi. Momy sambung la buat biz online dan rest. Time ni la nak rest banyak pun. Time aku tak pantang. Memang tak lekat kat rumah la. Ke sana ke sini aku pi. Pos barang la, amik barang la jumpa orang la.
Kalau ada barang customer yang nak kena pos. Lepas dia balik kerja petang tu dia akan pi pos. Momy wrap sesiap semua. Syukur ada j&t yang buka sampai kul 7malam.
SUAMI ISTERI YANG SALING MELENGKAPI
Apapun. Terima kasih dedi sebab menjadi suami perfect 9/10.
Tapi kan, camna bagus pun u jaga i, 100 hari tetap 100hari u posa na. No diskaun.
Sampai ada tanya tips apa momy buat kat dedi. Hat paling best depa tanya apa mendrem momy kat dedi. Hahahhaa.
Mandrem ngan jamu kampung ja
Mak momy pernah kata. “Adik, susah dapat laki macam laki hang. Hang jaga baik-baik na.”
InshaAllah mak. Selagi ada jodoh. Akanku kepit celah ketiakku jaga tatang rapi baik punya.
Kala ini, beberapa buah negera seperti Pahang, Kelantan dan Johor sedang mengalami banjir di kawasan tertentu. Air naik dengan cepat hingga mencecah paras lutut di dalam rumah sehingga memaksa penduduk segera berpindah. Lebih menyedihkan ada yang telah menjadi mangsa banjir di Johor beberapa hari lalu.
Kelazimnya apabila berlaku banjir ia akan memberi kesan kepada semua orang termasuk haiwan. Malah mangsa akan dipindahkan ke pusat pemidahan banjir. Semua ini tentunya ada kisah tersendiri.
Sebagaimana perkongsian lelaki ini, coretannya membuatkan kita rasa sebak apabila melihat kepada mangsa banjir yang akan melalui situasi ini.
Ikuti perkongsian ini. Moga kita semua berdoa agar banjir ini segera surut agar mangsa dapat pulang ke rumah.
Ini perkara yang mungkin ramai tak tahu bila berlaku banjir. Ini berdasarkan pengalaman 3 kali duduk pusat pemindahan banjir.
1. Makanan BUKAN satu masalah besar. Malah ia berlimpah ruah sampai beberapa bulan tak habis. Semua bagi bantuan makanan. *Sambil kongsi gambar banjir lepas. Baca di setiap gambar.
2. Masalah terbesar adalah TANDAS.
Semua tandas TAK BERFUNGSI. Lubang tandas dipenuhi air. Tak boleh flush sebab sekeliling kawasan pusat pemindahan banjir juga digenangi air.
Kasihan orang tua, ibu mengandung atau yang ada anak kecil. Bayangkan situasi itu. Siksa & ngeri.
3. Penternak binatang paling kasihan. Ada beratus-ratus ekor lembu, kambing, puluh ribu ekor ayam kena pindah ke tempat lain.
Takde kandang utk letak. Takde makanan (rumput tenggelam). Banyak binatang lemas.
Itu belum ayam, kucing dll yang 1-2 minggu duduk atas pokok tak makan.
4. Banyak pokok mati.
Bila air bertakung, banyak pokok (buah-buahan, bunga, sayur dll) akan lemas.
Kampung aku langsung takde pokok durian. Ia pokok paling manja. 100% confirm mati bila banjir.
Pokok paling tahan, pokok sawit. Sebulan bergenang air, takde satupun yang mati.
5. Banyak perabot rosak & pintu tak boleh buka.
Kenapa? Perabot zaman sekarang semua dari serbuk kayu. Bila terendam air, kitchen cabinet, almari baju, meja makan, perabot Ikea dll akan kembang & rosak.
Pintu kayu merantipun kembang. Kena ketam semula. SEMUA kena beli lain
6. Selamat tinggal karpet dan tikar getah. Kawasan yang selalu banjir akan pasang tiles satu rumah. Senang nak kemas.
7. Binatang dalam tanah semua keluar. Cacing banyak keluar di lantai tanah (tak timbul). Panjangnya dekat 1 meter. Takut kalau nampak.
8. Kena jauhi pokok. Semua jenis binatang liar akan panjat pokok untuk berlindung. Ular sawa, ular tedung, biawak, musang dll.
9. Kejadian kecurian berleluasa. Setiap kali musim banjir, banyak rumah kena pecah masuk. Diaorang ambil kesempatan rumah kosong.
10. Banyak penyakit kulit & cirit birit berlaku kat mangsa selama berminggu-minggu.
Cukuplah setakat ini. Semoga semua tempat yang dilanda banjir di seluruh negara segera pulih.
Ujian banjir ini seksanya hanya yang pernah alami faham. Emosi, fizikal dan kewangan akan terjejas.
Semoga mangsa banjir tabah dan bersabar hadapi situasi kini yang melanda kawasan masing-masing.
Sumber: Faisal Rahim
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dua bulan menimang cahaya mata pertama, pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan suaminya, Aiman Hakim Ridza hari ini mendedahkan wajah anak lelaki tersayang kepada umum.
Menerusi muat naik di Instagram Zahirah dan Aiman, mereka telah berkongsi gambar buah hati tersayang beserta nama.
Memilih nama Isaac Raees kepada putera sulung , pasangan ini mendoakan agar bayi mereka membesar dengan sihat, kuat dan baik.
Zahirah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 8 Januari 2021 di Australia. Dia dan Aiman telah berangkat pulang ke kediaman keluarga Zahirah pada Oktober tahun lalu iaitu kira-kira tiga bulan sebelum bersalin.
Semua ibu bapa ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak tetapi tanpa sedar kadangkala ibu bapa juga ada berbuat kesilapan.
Sesetengah kaedah keibubapaan yang digunakan menjadi toksik kepada tumbesaran anak sehingga dewasa.
Sememangnya ia satu perkara yang subjektif dan sangat sukar untuk dibincangkan dalam masyarakat. Namun kini kesedaran masyarakat terhadap kesihatan mental membuatkan ramai yang berusaha untuk belajar menjadi ibu bapa yang tidak toksik.
Bukan hendak menunding jari pada kaedah keibubapaan orang dulu-dulu tetapi jika ada yang tidak bersesuaian digunakan dalam mendidik anak zaman sekarang maka tak salah kalau kita hendak meninggalkannya.
Photo by RODNAE Productions
Mendidik anak terutama di zaman sekarang memerlukan setiap ibu bapa itu belajar pelbagai ilmu keibubapaan.
Perkongsian daripada Dr Azlina Rodzy, Clinical Psychologist tentang beberapa tanda ibu bapa toksik boleh sama-sama kita jadikan garis panduan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.
8 TANDA IBU BAPA TOKSIK
Membesar dalam suasana yang toksik adalah sesuatu yang tidak mampu dibayang oleh seorang anak dan kesannya boleh memberi impak berpanjangan sehingga anak-anak telah menjadi dewasa.
Kebanyakan ibu bapa sebaiknya ingin memberikan yang terbaik buat anak-anak. Namun ada masa ibu bapa juga ada membuat kesilapan dan tidak menyangka bahawa tindakan mereka sebenarnya toksik untuk anak-anak.
Ada beberapa tanda toksik oleh ibu bapa yang dilaporkan meninggalkan kesan psikologi dan emosi terhadap anak-anak.
1. Gagal menyediakan keselamatan dan peneguhan untuk anak
2. Terlebih kritikal.
3. Menagih perhatian anak.
4. Membuat gurauan toksik tentang anak.
5. Mengutamakan perasaan mereka daripada anak.
6. Memberikan “silent treatment.”
7. Mengabaikan sempadan sihat.
8. Meletakkan tanggungjawab kegembiraan mereka atas bahu anak.
8. Mengunakan wang dan perasaan bersalah untuk mengawal anak.
Nak tambah ilmu keibubapaan sebelum bergelar papa mama? Jom sertai webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Pasangan pengantin mencuri perhatian ramai apabila memilih konsep perkahwinan bertemakan Doom & Gothic, sesuatu yang jarang sekali dilihat dalam majlis perkahwinan di Malaysia.