Tahukah anda apabila tahap kolestrol jahat tinggi boleh menjadi penyebab rasa sakit, lenguh dan kejang pada otot.
Masalah tahap “kolesterol jahat” yang tinggi memang mempunyai kaitan dengan masalah saluran darah yang tersumbat dan sehingga menyebabkan serangan sakit jantung.
Namun pakar perubatan bersetuju bahawa masalah ini juga memberikan kesan buruk pada bahagian tubuh lain.
Ads
Dalam satu kajian yang dilakukan mengaitkan tahap kolesterol jahat yang tinggi berkait rapat dengan rasa sakit dan kecederaan pada otot-otot besar pada tubuh. Kajian ini dilakukan pada tahun 2015 oleh dua buah institusi, University of Canberra dan Monash University. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal “Sport Medicine”.
Bahkan, risiko untuk mengalami kecederaan otot di bahu dan otot di kaki lebih mudah berlaku jika tahap kolesterol jahat mereka tinggi.
Ads
Para saintis memberikan pendapat bahawa tahap “kolesterol jahat” yang tinggi selalu akan mengundang berlakunya keradangan, yang kemudiannya berpotensi mengubah struktur otot dan akhirnya menyebabkan otot tidak berfungsi dengan baik dan mudah mengalai rasa sakit.
Rasa sakit ini mungkin menandakan penyumbatan saluran darah di otot kaki yang menyebabkan mudah rasa sakit dan kejang walaupun kita tidak melakukan akitiviti fizikal yang berat.
Ads
Jadi bila rasa sakit, kejang atau lenguh pada kaki walaupun berjalan dalam jarak yang dekat atau berdiri dalam jangka masa yang pendek, elok buat pemeriksaan tahap “kolesterol jahat” dalam tubuh.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak sampai sebulan lagi sesi persekolahan baru bakal bermula. Waktu ini mungkin ibu bapa sibuk membeli kelengkapan seperti pakaian,kasut, buku tulis dan sebagainya.
Segala persiapan awla dilakukan supaya memasuki persekolahan kelak tidak ada yang tercicir. Namun ada satu perkara lagi yang perlu ibu bapa ambil berat.
BUKU TEKS.Anak-anak pasti sudah mendapat buku masing-masing kan. Cuba lihat sama ada buku tersebut dalam keadaan elok atau sebaliknya.
Nampak remeh namun penting sebenarnya. Nak nak lagi jika dapat buku teks yang lusuh atau sudah terkoyak.
Perkongsian seorang guru Mohd Fadli Salleh ini mungkin boleh membantu supaya ibu bapa lebih cakna akan hal ini.
” Cikgu! Kenapa bagi buku koyak kat anak saya ni? Nanti akhir tahun cikgu salahkan anak saya dan anak saya yang kena denda pula.
Saya nak tukar buku lain yang elok dan baru!” Tegas dan tinggi suara seorang bapa mengadu.
……
Jika anak kau dapat buku teks sebegini, kau perlu tahu kenapa jadi macam tu.
1. Murid tahun lepas hantar buku satu ‘bundle’. Dah ikat siap-siap.
2. Cikgu kira dari tepi sahaja. Tanpa buka ikatan. Bila bilangan buku cukup dan nampak dari sisi elok, maka dianggap semua elok. Maka diserahkan pada murid untuk kegunaan tahun depan.
3. Kalau buka setiap ‘bundle’, kau bayangkan nak kira dan ‘check’ satu-satu dan ikat semula. Kalau murid 2000 orang, dan setiap murid terima 20 buah buku, cikgu tu kena kira 40,000 buah buku tahu tak? Mati kepenatan cikgu tu nanti.
4. Itu kecuaian murid tahun lepas sebenarnya. Murid tu tak jujur waktu serahan buku teks. Dan guru terlepas pandang hal ini.
5. Buku percuma ni ramai sangat orang tak hargai. Sebab bukan beli guna duit mak ayah dia. Murid tak jaga, ibu ayah pun jarang bagi ingatan pada anak supaya jaga buku tu elok-elok.
6. Sampai satu masa, buku rosak lebih banyak dari murid yg memerlukan. Nak tunggu stok buku baru, mungkin sampai lewat. Maka, solusinya bagi jelah buku walau rosak sedikit asal murid boleh belajar.
2. Tanya jika masih ada buku elok, jika ada tukarlah. Jika tiada, kau balut buku elok-elok dan bagitahu guru yang itu bukan silap anak kau. Jadi akhir tahun nanti dia tak perlu ganti.
Cara penyelesaian PALING AGUNG.
– Kau pergi kedai, beli buku teks baru untuk anak kau. Balut elok-elok dan cermat. Akhir tahun nanti kau jumpa guru sambil hantar buku dan cakap,
” Cikgu, sebenarnya akhir tahun lepas anak saya dapat buku teks koyak. Saya belikan baru agar anak saya selesa guna. Dan ni, saya nak wakafkan untuk pihak sekolah. Semoga banyak memberi manfaat pada murid-murid yang gunakan buku ini nanti.”
Kan hebat tu. Guru pun pandang kau dengan hormat. Murid lain pun dapat manfaat. Kau pun dapat saham akhirat. Lengkap!
Dari kau pergi ke sekolah marah-marah hanya kerana sebuah buku teks yang harganya tak sampai RM10 pun. Mana lagi elok :-
– Kerana sebuah buku koyak martabat kau sebagai ibu bapa hebat jatuh.
– Kerana menggantikan sebuah buku, kau dipandang sebagai ibu bapa yang cakna.
Dan, hargailah buku percuma yang diberi saban tahun. Didik anak jaga dengan baik. Balut dan susun dengan elok agar buku tahan lama.
Didikan sebenarnya bermula dari rumah. Dan kita ibu bapa merupakan guru pertama dan selamanya untuk anak-anak kita.
Pilu dan menyentuh hati. Itu yang boleh digambarkan tatkala membaca kisah yang cukup menyedihkan ini. Kisah ibu dan anak ini dikongsikan oleh Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor.
Dalam satu perkongsian, pihak skuad menerima info seorang pemuda yang telah terlibat dalam kemalangan dua bulan lalu. Pemuda ini berasal dari Sabah dan merantau seorang diri di Selangor untuk mencari rezeki bagi meyara keluarga di Sabah. Kemalangan berlaku 2 bulan lalu akibat terbabas ketika menunggang motorsikal semasa perjalanan balik kerja.
Sepanjang 2 bulan di Hospital, ayah dan ibunya dari Sabah datang menjaganya yang berada dalam keadaan koma. Mereka berdua hanya menumpang di Balai Pelawat Hospital.
Dua bulan bertarung nyawa
Oleh kerana keadaannya yang tidak menunjukkan perkembangan, doktor pakar memanggil pihak Zakat Selangor dan berbincang mengenai urusan memindahkannya ke Hospital di Sabah agar lebih mudah penjagaan dan kebajikan ibu bapanya mencukupi.
Namun, Allah lebih menyayanginya. Dua bulan bertarung naywa akhirnya lelaki tersebut kembali kerahmatullah.
Awalnya si ibu memilih untuk membawa pulang jenazah ke Sabah. Setelah perbincangan dan penerangan dari SSU, ibu dan bapa ini bersetuju untuk di uruskan jenazah ini di semenanjung pada hari ini.
Ciuman ibu buat kali terakhir
Saat anak dikapan dan diturunkan ke liang lahad, kelihatan si ibu ini mengambil kesempatan buat terakhir kalinya mencium anaknya dengan aliran air mata meredhai pemergian anaknya.
Dalam pada itu, Zakat Selangor turut membantu sepenuhnya bagi urusan ini sehingga dikebumikan. Selain itu, pihak zakat turut bermurah hati menerbangkan ibu dan bapa arwah untuk pulang terus ke Sabah dengan bantuan wang zakat kerana mereka dari keluarga yang tidak berkemampuan.
Inilah sebahagian fungsi wang zakat, diagihkan sebaiknya. Marilah sama – sama kita doakan agar pemuda ini dikurniakan keampunan dari Allah, dirahmati rohnya dan ditempatkan di kalangan orang yang beramal soleh. “bersama kami membantu mustahiq”
Masih segar di ingatan bencana alam luar biasa yang telah menimpa negara Jepun pada 11 Mac 2011. Fenomena ombak besar ini telah memusnahkan kota Honshu.
Apa yang lebih menyedihkan, angka korban pada benca tersebut lebih 20000 orang manakala 2500 lagi dilaporkan masih belum ditemui hingga kini.
Selepas kejadian itu, negara Jepun telah menjalankan kerja-kerja pembaikan dan pembinaan semula infrastruktur Honshu dan kawansan-kawasan yang terkesan dengan bencana tersebut.
Kejadiaan itu telah meninggalkan kenangan hitam kepada penduduk di sana dan kekal tersemat di hati mereka sampai bila-bila.
Seperti yang dialami oleh seorang lelaki, pada kejadian tersebut dia telah kehilangan isterinya yang sehingga kini masih belum ditemui.
Apa yang lebih menghibakan, walaupun kejadian itu sudah 12 tahun berlalu namun lelaki tersebut, Yasuo Takamatsu tetap berjuang mencari isterinya walaupun semuanya gagal.
Pada hari kejadian, Yasuo Takamatsu telah menghantar isterinya ke tempat kerja. Ini adalah kronologi sebelum kejadian berlaku.
1. Pada pagi 11 Mac 2022, Mr Tamakatsu menghantar Yuko ke tempat kerja (bank).
2. Kemudian, dia menghantar ibu mentuanya ke pusat rawatan yang berjarak 0.24km, tiba-tiba gegaran kuat berlaku.
3. Dia dapat berita anaknya di universiti selamat, namun Yuko gagal dihubungi.
4. Pada jam 3.21 petang, dia terima mesej dari Yuko. “Awak okey tak? Saya nak balik rumah”
5. Dia bergegas ke lokasi, namun dihalang pihak bomba kerana keadaan sangat kucar-kacir.
6. Mr Tamakatsu pergi ke semua ceruk tempat, setiap tingkat setiap bangunan, setiap orang ditanya. Namun keberadaan Yuko tak diketahui sesiapa.
Sejak hari itu, dia tidak pernah berhenti mencari Yuko walau di darat atau di laut.
Bayangkan di usia yang semakin senja, dia sanggup mendaftar kelas scuba diving sebagai usaha mencari isteri di lautan. Dia sudah menyelam lebih 600 kali di tempat berbeza tak kira siang ataupun malam semata-mata untuk mencari isterinya.
Rata-rata masyarakat menjadikan kisah mereka ini sebagai bukti cinta sejati.
Sewaktu pihak keselamatan menjalankan kerja-kerja menyelamat, Mr Tamakatsu sengaja mendekati anggota penyelamat untuk mendengar laporan semasa di walkie talkie. Apabila terdengar ada penemuan baru, dia akan segera ke lokasi untuk memastikan sama ada itu adalah Yuko atau bukan.
Sesekali, dia menarik nafas lega jika tubuh yang dijumpai itu bukan Yuko kerana Mr Tamakatsu berharap isterinya masih hidup.
Apa yang lebih menyedihkan lagi, sebulan selepas fenomena itu, pembersihan di kawasan bank dimulakan. Mereka menemukan telefon bimbit Yuko dengan sebuah mesej yang tidak sempat dihantar pada jam 3.25 petang.
Sehingga kini, walaupun usianya sudah menjangkau 66 tahu, namun kesetiaanya pada isteri tidak perlu diragui. Dia masih setia mencari Yuko di segenap tempat.
Selagi hayat dikandung badan, lelaki ini akui serba salah jika dia tidak berusaha membawa Yuko, walaupun entah bila detik itu akan tiba.