Musim panas menyebabkan anda mungkin menggunakan penyaman udara atau aircond lebih dari kebiasaan. Namun, jangan hanya pandai guna sahaja. Jika mahu memastikan ia berada dalam keadaan yang baik, tahan lama dan sentiasa sejuk, unit penyaman udara mestilah diselenggara selalu.
Walaupun ia masih berfungsi dengan baik, penyelenggaraan dan servis adalah penting untuk memastikan ketahanan dan kebolehupayaan penyaman udara dalam memberi kesejukan mengikut kapasiti awal.
Untuk anda yang ingin membersihkan sendiri penyaman udara, lakukan teknik ini.
• Selepas mengggunakannya di malam hari, JANGAN matikan terus, sebaliknya lakukan langkah berikut jika mahu bersihkan penyaman udara anda sendiri.
Ads
• Tetapkan mode daripada “Cool” ke mod “Fan”, tetapkan kelajuan kipas ke tahap paling tinggi.
• Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
• Kemudian barulah matikan aircond.
Ads
Mengapa tetapkan ke mode “Fan”?
• Tujuan kita tetapkan ke Mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat. Dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) dan udara bertiup.
Ads
• Ia akan mengeringkan kelembapan dalaman unit penghawa dingin anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran dan kelembapan)
Pesanan : Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “Cool” apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sambutan Tahun Baru Cina ini tentu sahaja ramai antara kita ingin mengambil kesempatan untuk bercuti panjang sama ada pulang ke kampung atau melancong ke destinasi menarik bersama keluarga tercinta.
Selain keterujaan untuk bercuti, jangan pula kita abaikan keselamatan kenderaan yang bakal dipandu sepanjang meredah perjalanan panjang untuk ke destinasi dituju. Sebaiknya buatlah pemeriksaan kenderaan tersebut.
Jadi sebenarnya anda masih ada masa untuk berbuat demikian!
Apatah lagi bila PUSPAKOM ada menawarkan hadiah istimewa untuk pelanggannya. Jadi jangan tunggu lagi, jom ke sana!
PUSPAKOM melancarkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma sempena Tahun Baru Cina sambil memberi peluang kepada pelanggan memenangi hadiah lumayan sepanjang tempoh kempen bermula hari ini hingga 20 Januari 2023.
Dengan tanda pagar #drivesafenoregrets PUSPAKOM ingin mengingatkan orang ramai khususnya pemilik kenderaan persendirian yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina supaya memastikan kenderaan mereka berada di tahap kondisi yang terbaik sebelum memulakan perjalanan.
Orang ramai boleh mendapatkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau dengan nama singkatan VVI (Voluntary Vehicle Inspection) secara percuma ini di mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali cawangan Taman Bukit Maluri, Shah Alam dan Pasir Gudang) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan membuat janji temu di www.mypuspakom.com.my atau aplikasi mudah alih MyPUSPAKOM.
Demi kemudahan orang ramai, PUSPAKOM turut mengerah Unit Pemeriksaan Bergerak bagi menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada orang ramai di beberapa lokasi terpilih seperti berikut:
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, ”Kempen VVI percuma ini bertujuan membantu orang ramai mendapat maklumat tentang kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan kenderaan menggunakan peralatan berkomputer supaya mereka dapat melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya sebelum pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina”.
”PUSPAKOM amat menitikberatkan kepentingan keselamatan kenderaan dan menjadikan pemeriksaan kenderaan percuma ini sebagai tanggungjawab korporat kami sebagai badan pemeriksaan kenderaan yang dilantik kerajaan. PUSPAKOM juga berhasrat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan kenderaan melalui pemeriksaan terutamanya ketika musim perayaan yang kebanyakan pemilik kenderaan melakukan perjalanan jauh”, ujar Shukor.
”Berlainan dengan pemeriksaan kenderaan yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat. VVI PUSPAKOM melibatkan 25 item pemeriksaan yang menggunakan alatan berkomputer yang dikalibrasi setaraf dengan alatan yang digunakan oleh negara maju seperti Perancis, Belgium dan Sepanyol yang mengikut standard piawaian antarabangsa. Pemeriksaan ini lebih tertumpu kepada aspek keselamatan iaitu melibatkan pemeriksaan brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bawah dan atas kenderaan, cermin gelap dan lain-lain lagi”, kata Shukor lagi.
Untuk maklumat lanjut dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma ini dan cara memenangi hadiah, sila layari Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menghadirkan tanaman dalam rumah atau indoor plant sebagai salah satu elemen dekorasi untuk terlihat cantik dan segar mata memandang kini kian menjadi trend.
Pun begitu, tahukah anda tanaman ini juga perlu penjagaan rapi untuk pastikan ianya dapat hidup dengan subur.
Masalah seperti daun bertukar warna kuning-kekuningan juga suatu yang lumrah terjadi.
Usah terlalu risau namun ada beberapa perkara perlu dilakukan segera sepertimana dikongsikan oleh Huda Zainal ini. Jom semak perkongsiannya.
Bila nampak daun dah berubah kuning, dalam hati mesti risau. Alamak, nak mati dah ke ni?
Banyak sebab faktor daun berubah kuning, antaranya penuaan, tak cukup air pun boleh jadi juga.
Tapikan pokok tu memang berendam dalam air. Check semula, kadang-kadang stem dia tergantung dan tak terendam. Pun boleh jadi punca kuning.
Bukan baby je demam kuning tau. Hehehe.
Maka apa perlu dibuat bila pokok yang kita sayang berubah kuning.
1. Tak boleh dibiarkan berlama-lamaan kuning dan membusuk dalam balang.
2. Ambil bawa ke sinki
3. Keluarkan pokok daripada balang
4. Buang air yang lama.
5. Gunting semua daun yang kekuningan pada bahagian hujung batang daun.
6. Check bahagian akar, mana yang dah lembik, hitam dan busuk. Buang dan bersihkan.
7. Masukkan air bersih. Dapat guna air tapis lebih bagus berbanding air paip.
8. Susun semula daun-daun yang dikeluarkan tadi ikut seni tangan masing-masing.
9. Sambil buat tu bersembanglah dengan pokok. Selain mampu menurunkan stress, bercakap atau menyanyi dengan pokok mampu memangjangkan hayat pokok itu sendiri.
Laluan hidup pelakon Laila Nasir, dalam membesarkan dua anak lelaki sejak kematian suami tercinta kira-kira lapan tahun lalu tidak semudah disangkakan.
Biarpun kelibatnya dalam dunia lakonan tidaklah segah pelakon lain, namun wajahnya sering menghiasi kaca TV. Keupayaannya memegang watak baik mahupun antagonis dengan baik membuatkan namanya jarang tercicir daripada senarai pilihan penerbit mahupun pengarah.
Lemah & Lost Lepas Suami Pergi
Menelusuri sisi sebagai seorang ibu, akui damatis ini, ia bukan semudah disangkakan. Sementelah suami tersayang pergi buat selama-lamanya.
“Menjadi ibu tunggal sekelip mata selepas suami meninggal dunia merubah segala-galanya. Tapi ketika itu saya bernasib baik memandangkan kedua anak sudah bersekolah menengah. Jadi mereka sudah pandai bawa diri.
“Saya juga menjaga mereka tanpa bantuan sesiapa. Waktu itu ada ketika saya bagai lemah dan ‘lost’. Tapi anak jadi suntikan semangat untuk saya kerja lebih kuat.
“Awalnya memang sukar untuk saya membahagikan masa antara kerjaya seni dan tanggungjawab. Manalah nak uruskan anak dan ‘shooting’ selain berniaga,” tambahnya lagi lebih-lebih lagi anak-anaknya masih kecil dan dia satu-satunya tempat mereka bergantung.
Ibu jadi nadi dan pembakar semangat
Dek kerana itu, dia cuba positifkan diri dan tidak menjadikan gelaran ibu tunggal sebagai penghalang.
“Tak mudah sebenarnya nak mengharungi hidup tanpa suami. Dengan pandangan itu ini daripada masyarakat. Tapi saya tak larut dengan semua itu. Saya tanamkan semangat positif dalam diri.
“Dalam soal membesarkan anak, saya pasti mahukan yang terbaik untuk mereka tanpa fikir lelah. Kalau kita tak buat itu ini, ibarat takkan ada yang lakukan semua diingini. Jadi, belajarlah buat semua sendirian.
“Keluarga terutama emak menjadi nadi dan pembakar semangat buat saya. Terutamanya emak yang banyak membantu menjaga anak dan memberikan semangat. Doa ibu itu kan sangat mukjizat,” katanya lagi.
Anak ikut jejak Dalam bidang seni
Berkongsi mengenai perkembangan anak-anaknya, Laila mendedahkan anak bongsunya kini mulai berminat untuk mengikut jejak langkahnya dalam bidang seni.
“Cuma yang bongsu itu lebih kepada minat kerja belakang tabir dan bercita cita nak jadi pengarah kelak. Dia baru tamat pengajian dalam jurusan perfileman di Kuala Lumpur Film School.
“Sekarang tengah menjalani latihan praktikal di bawah seliaan Adlin Aman Ramlie. Sebagai ibu saya tumpang bangga dan mendoakan yang terbaik untuknya,” katanya yang baru sahaja selesai penggambaran drama Cinta Yang Tertangguh arahan Amie Maziah.
Tidak sekadar aktif Dalam dunia lakonan, Laila juga turut mengusahakan bisnes minyak wangi dan pelbagai sambal bilis sejak 2014 lagi. Terbaru, Laila menerima Anugerah Kelantan Business Ikon Awards pada 17 Disember lalu.
“Dengan dunia berlakon dan berniaga itulah saya dapat membesarkan anak serta meneruskan kelangsungan hidup,” katanya lagi.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...