Siapa pun tentu puas hati kalau tuala putih yang digunakan sentiasa nampak putih bersih dan berseri-seri. Pun begitu, diakui bukan mudah sebenarnya untuk pastikan tuala putih kekal putih meskipun setelah dicuci.
Bukan apa, tak dinafikan apabila kita mencuci fabik berwarna putih agak renyah kerjanya. Selain perlu asingkan dengan pakaian yang berwarna malah jika sudah terlalu lama fabrik tersebut mudah terlihat kekuning-kuningan.
Itu belum lagi kesan kuning yang terhasil kesan daripada air paip yang berkarat, memang tak akan putih bersih fabrik yang dicuci. Tak puas hati pula jadinya.
Jadi usah merungut, sebenarnya ada cara dan teknik yang boleh anda praktikkan setiap kali mencuci fabrik berwarna putih khususnya tuala dan cadar sepertimana yang biasa dilakukan oleh Zaza Zalina.
Oleh itu baca perkongsian tip daripadanya untuk dijadikan panduan.
Cadar putih ni memang cantik, nampak cerah dan bersih bila di bentang atas katil. Begitu juga dengan tuala putih. Masalah bila cuci selalu ada karat kotoran dari air paip.
Kaedah jimat gunakan tuala tangan yang kecil, masukkan ke dalam tempat letak sabun. Dapat juga lah mengurangkn karat terjun terus ke kain cucian. Alhamdulillah dah tak ada kotoran tu lagi.
Ads
Sesekali boleh gunakan nila untuk nampak berseri-seri gitu… Bila guna nila jangan letak pelembut kain sekali ya…sebab akan mnyebabkn nila bertompok-bertompok tak sekata pada kain cucian.
Cara cucian yang betul anda perlu bancuh sedikit nila di dalam baldi dahulu sebelum dicurah masuk bercampur air yang ada dalam mesin basuh. Saya suka nila yang cair sedikit.
Tuala cuci 3 atau 5 hari sekali. Tuala selalunya saya cuci berasingan dengan pakaian yang lain sebab kalau yang baru tu ada keluar bulu-bulunya. Jika tuala putih tu dah kusam bole rendam dengan sedikit clorox semalaman. Pastu cuci dengan sabun. Last bilas masukkan nila sikit. Putih berseri balik.
Malang tidak berbau, demikian berlaku kepada anak tiri Dato’ Seri Siti Nurhaliza ketika terbabit dalam satu kemalangan apabila keretanya dilanggar lori.
Hal tersebut dikongsikan oleh suami kesayangan Tya Ariffin menerusi laman instagramnya. Menyifatkan musibah tersebut sebagai peringatan dari tuhan terhadap dirinya, Asyraf Khalid bagaimana pun reda dengan apa yang berlaku.
“Baru-baru ini saya dilanda musibah, kereta kesayangan saya dilanggar lori dan kami tidak sempat untuk mengambil nombor plat lori tersebut kerana ia berlalu pergi dengan cepat.
“Apabila saya diuji, perkara pertama saya fikir adalah ujian ini datang dari Allah mungkin kerana saya lalai mengingati-Nya atau mungkin saya tidak menjaga waktu solat saya.
“Bila kita ambil ujian Allah ini sebagai satu peringatan, kita akan berada di jalan yang lurus, insya-Allah perbuatan kita akan diredai oleh-Nya dan dari situlah datangnya rezeki yang lebih besar,” tulisnya.
Perkongsian tersebut mendapat respond dari pengikutnya yang rata-rata memberi kata semangat dan memintanya bersabar.
z.zliza39Saya pun sedang dilanda ujian dari Allah..dan Allah dah temukan saya dgn post ni. Terima kasih @asyrafkhalid skrg saya lebih yakin yg Allah akan gantikan dgn hikmah lebih besar atas peringatan dari Nya. Mohon share ya.
rozyroseshahAgreed and well said..positif thinking will generate positing outcome.
cestmoihasnulJika kita diuji dengan musibah, itu tandanya Allah rindu pada kita.. supaya kita mengadu, mengingati dia. . So yeah, I agree that once things like this happen, you have to check if there is anythung missing.
winzieRecently banyak ujian yg saya hadapi.. dgn membaca ur post ianya menjadi inspirasi dan iktibar buat diri saya.. thank u for sharing… semoga Allah melindungi mu n family n di murahkan rezeki.. # ur son is such a adorable never miss a day watching him..Blesssed
nurdelisha_yanaterbaikk..allah nk kite lg dekat pada Allah..jgn terlalu fikirkan duniawi..dlu sy leka dgn duniawi spai lupa pd allah..mcm2 ujian dtg..skang alhamdulillah
dessy_belva_ramadhanSetiap kita di beri musibah itu artinya Allah SWT sedang mengingingkan kita utk lebih dekat lagi dengan nya. Bersabar dan terus lah berdoa. Insya Allah .. Allah akan memberikan yg terbaik utk hidup kita
republic_shadesYakin dan percayalah. Allah akan ganti pemberian yg jauh lebih baik. Kita tak nampak hari ni atau esok lusa hikmah tu. Kadang makan bulan/ tahun. Didiklah hati banyakkan berprasangka baik. Inilah kehidupan up down dalam hidup. Nak bahagia, haruslah di beri ujian dulu. Lalui moment ujian ni, chill bro
acu_eima80Setuju apa yg dikatakn saat kita diuji itu adalah kerana kita kurang beringat atau alpa biasa la kita manusia biasa mustahil semua ya sempurna apa pun sabar dengan ujian Allah swt semoga dirahmati dan diberkati dunia dan akhirat amin.
Doa seorang ibu tiada hijabnya. Selepas menanti selama hampir setahun, akhirnya keadilan memihak kepada arwah Muhammad Adib Mohd Kasim.
Kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Balai Subang Jaya, Muhammad Adib diputuskan oleh pihak mahkamah disebabkan oleh tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali.
Mahkamah Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusannya paga tadi selepas prosiding perbicaraan memakan masa 41 hari.
Dalam keputusannya, Rofiah berkata, kecederaan lung chest trauma dialami Muhammad Adib disebabkan arwah telah ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).
“Saya merumuskan bahawa kecederaan lung chest trauma yang dialami Muhammad Adib adalah bukan perbuatan diri,” katanya.
Menurutnya, kegagalan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal keadaan semasa turut menyumbang kepada kematian Muhammad Adib.
“Polis gagal mengawal perusuh yang menyerang FRT dan EMRS sebaik sahaja sampai ke lokasi untuk memadamkan kebakaran,” katanya.
Sehubungan itu, Rofiah berkata, mahkamah menyerahkan dapatan tersebut kepada Ketua Polis Negara dan Peguam Negara untuk menjalankan siasatan dan pendakwaan sekiranya diperlukan.
Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota bantuan kecemasan JPBM Subang Jaya parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat.
Sementara itu, kedua ibu bapa Muhammad Adib meluahkan rasa syukur dan lega dengan keputusan tersebut.
“Dari malam tadi hingga pagi ini, perasaan saya sangat berdebar. Namun sebaik saja dimaklumkan keputusan inkues menyebelahi arwah, saya berasa sangat lega,” kata Asma Aziz, 52.
Ibu kepada anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim itu berkata, apabila mengetahui keputusan inkues kematian anaknya, beliau dan suami, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, terus mengucapkan kesyukuran dengan deraian air mata.
Beliau berkata, doa mereka sebagai ibu bapa termakbul selepas hampir setahun menanti keadilan ditegakkan untuk arwah.
“Perasaan itu tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Walaupun berasa lega, Adib sudah tiada… Saya berharap selepas ini, penjenayah yang memukul arwah dapat ditangkap polis.
“Saya mahu melihat sendiri wajah orang yang memukul anak saya. Saya mahukan keadilan untuk arwah dan si pelaku mesti dijatuhkan hukuman setimpal,” katanya.
Ibu kepada empat anak itu berkata, beliau sangat berterima kasih kepada semua pihak yang membantu, termasuk rakyat Malaysia yang mendoakan dan memberi semangat.
Katanya, beliau dan suami sepatut berada di Mahkamah Koroner Shah Alam untuk mendengar keputusan inkues, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, mereka kemudian membatalkan hasrat itu kerana perasaan tidak menentu dan risau sekiranya keputusan inkues tidak memihak kepada Allahyarham.
“Namun petang ini, saya dan suami akan ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan anak yang berada di sana,” katanya.
Mohd Kassim pula berkata, keputusan inkues itu adalah berita gembira untuk dirinya sebagai bapa Allahyarham, selain turut berterima kasih kepada semua pengamal media yang memberikan liputan baik terhadap kes berkenaan.
“Alhamdulillah, saya gembira dengan keputusan ini. Segalanya sudah terjawab,” katanya.
Mahkamah Koroner Shah Alam, hari ini, memutuskan punca kematian Muhammad Adib ialah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.
Sumber: Sinar Harian & Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya bab anak perempuan datang haid buat pertama kalinya, ada yang beranggapan menjadi tugas seorang ibu memberikan pencerahan berkenaan apa yang perlu dilakukan.
Maklumlah pengalaman pertama anak-anak mamasuki usia baligh, tidak dinafikan ada yang rasa takut, sedih, bungung dan pelbagai lagi emosi bercampur aduk.
Pun begitu, peranan bapa juga sebanarnya tidak kurang pentingnya dalam memberi penerangan detail kepada anak-anak perempuan yang didatangi haid buat kali pertama.
Ini sebagaimana perkongsian daripada seorang bapa, Firdaus Mokhtar dan bolehlah dijadikan panduan untuk bapa di luar sana untuk berdepan dengan situasi ini di masa akan datang.
Ini yang perlu kita pesan ke anak-anak perempuan saat dia akil baligh
Anak yang sulong, Isymah datang haid untuk kali pertama. Ummi dia lah uruskan hal tentang pengurusan diri.
Cuma lepas selesai, saya sebagai ayah panggil Isymah untuk bercakap sikit. Kita berpesan ke dia.
Ini yang perlu kita pesan ke anak-anak perempuan saat dia akil baligh;
Sejak umur baligh, segala syariat dah tertakluk atas diri sendiri. Dia wajib sembahyang, jaga aurat, berpuasa dan segala yang disyariatkan atas manusia.
Kalau buat dah ada pahala dan kalau tinggal dah ada dosa sendiri.
Cuma istimewa sebagai anak perempuan, dosanya terkait dengan ayah. Anak buat dosa, ayah biarkan, ayah juga berdosa.
Saya pesan selalu perkara ini. Contohnya kalau dia tak jaga aurat, dia dan Walid sama berdosa kalau sama-sama biarkan.
Sebab apa? Sebab di sekolah kita tak ada nak perhatikan. Jadi dia kena pandai jaga diri. Baik dengan kawan lelaki dan kawan perempuan.
Dengan sepupu lelaki yang dah dewasa dah tak boleh bersalaman. Pakcik yang bukan mahram pun sama. Bukan semua boleh salam dan bersentuhan bertepuk tampar.
Tudung, stokin tangan dan stokin kaki semua dia tahu. Sebab ummi dia memang pakai semua tu. Semuanya ada peranan. Jadi dia biasa tengok dan tahu kegunaan.
Saya pesan juga, makin besar nanti tubuh badan akan berubah ke badan dewasa, ini lagi kena jaga. Tentang pilihan baju, seluar atau kain. Dah kena belajar daripada hari ini.
Lelaki atau perempuan kena ada sifat malu. Malu untuk lakukan dosa. Malu untuk berlebih-lebihan mengada atau menggedik depan orang lain.
Iyalah, perempuan kan. Memang ada sifat manja dan berlembut tu. Jadi kena jaga, ikut suasana dan tempat.
Sebab itu pada Islam, malu itu sebahagian daripada iman.
Pengurusan diri berkait dengan haid ini sangat perlu kepada ilmu kebersihan. Jadi yang ini saya pesan ke dia, belajar dengan Ummi dia.
Sebab mudah nak tunjuk praktikal dan cara yang betul.
Soal bersihkan diri, bersihkan tuala wanita yang dah digunakan dan kebersihan pakaian. Hal darah ni jangan buat main, tak bersih betul-betul sakit boleh datang nanti.
Bab ini lah buatkan saya sedar, kenapa perempuan sangat teliti soal tarikh. Huhu.
Sebabnya mereka kena jaga hal yang berkait penting dengan diri mereka. Setiap kali datang bulan, kiraan hari sangat penting.
Sama ada kiraan untuk pastikan tempoh kesuburan atau soal ibadah, dua dua penting. Kalau bab kiraan ini tak jaga, boleh jadi terlanggar hari dah wajib sembahyang dan beribadah. Berdosa terus.
Sebab itu perempuan sangat mudah ingat tarikh berbanding lelaki. Haa kan?
Ini pun saya cuma pesan. Cuma ilmunya saya ulangkan ke dia. Saya cerita juga ada ramai pelajar saya jumpa dulu masa saya mengajar dah baligh tapi mandi wajib tak tahu.
Tak tahu kena mandi wajib pun ada. Saya pesan ke dia, ada sahaja perkara tak tahu, tanya terus ke saya atau Ummi dia.
anak-anak bertanya dan jadikan siapa sebagai rujukan?
Tekun Isymah dengar saya pesan setiap poin.
Kawan-kawan, kita sebagai mak ayah kadang bukan nak tunjuk pandai berpesan itu ini. Memang mereka dah belajar dekat sekolah tentang semua ini.
Cuma kita nak letakkan diri kita sebagai ibu bapa yang mereka boleh percaya untuk bercerita dan bertanya. Tentang semuanya termasuklah hal sistem reproduksi diri ini.
Kalian tahu berapa ramai dekat luar sana yang malu nak bercakap soal ini dengan anak-anak, maka anak-anak bertanya dan jadikan siapa sebagai rujukan?
Paling dekat dengan mereka adalah kawan-kawan. Atau entah siapa orang luar yang dia percaya berbanding kita di rumah. Moga dijauhkan.
Begitulah pesan ke Isymah. Harap ada manfaat ke kawan-kawan yang lain. Guna untuk pesan ke anak kalian juga. InsyaAllah.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.