Baru-baru ini tular sebuah posting dari seorang pengguna Facebook Mohammad Faeez Harith yang memberitahu mengenai jenis-jenis potongan bawang.
Mesti ramai yang tak pernah terfikir kenapa hidangan yang berbeza memerlukan jenis potongan yang berbeza? Potongan bawang untuk sambal lain, goreng biasa lain, untuk masak stim pun lain dan begitulah sebaliknya.
Ada juga yang mengatakan, kalau silap potong bawang ikut resipi yang ingin kita masak, maka lainlah rasa masakan tersebut. Betul ke?
Pernah juga, sewaktu merewang untuk kenduri jiran setaman, ada makcik yang minta untuk ‘mayang’ bawang. Pasti ramai yang tak pernah dengar kan nama jenis potongan bawang tersebut?
Sebenarnya cara potong masing-masing ada nama, kegunaan dan masanya tertentu untuk guna. Sesetengah potongan tak sesuai untuk sesetengah resipi.
Berikut adalah nama bagi jenis potongan bawang bagi bawang merah.
1) Potong
Potong maksudnya bawang akan dipotong secara melintang.
Bermula dari potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.
2)Gegelung
Mula dari potong, dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki.Potongan gini biasa untuk masak kicap, masak merah.
3)Mayang
Hirisan halus tetapi melintang, kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.
Ads
4)Belah
Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.
5)Baji
Juga disebut ‘wedges’ dalam B.Inggeris. Biasanya potongan ini diguna untuk hiasan, seperti dalam sup atau kari dsb.Juga untuk kebab.
6)Hiris
Potongan nipis, halus secara menegak yang berulang-ulang.Untuk ditumis atau dibuat ulam / rencah sambal/budu/cencaluk dsb.
7) Dadu
Biasanya untuk buat cekodok/jemput-jemput bilis atau bawang.
8) Dadu kecil / cincang kasar
Untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dsb.
9) Cincang
Untuk perapan, tumisan dsb.
Ads
Penting ke potongan ni semua? Sesetengah resipi, penting sebab lain cara potong boleh mempengaruhi rasa masakan dan tempoh memasak.Jadi kena teliti resipinya sebelum mula memotong.
Jenis-Jenis Potongan Bawang Putih
Bawang putih ada beza juga ke cara potong? Ada tapi tak ketara sangat pun dan kebanyakan masa tak payah susah hati sangat.
Cuma kena ingat bawang putih lagi cepat hangit, kena jaga-jaga. Pertama kena kenal dulu banyak mana bawang putih nak diguna.
Ads
Ini dipanggil satu labu/selabu. Dalam satu labu ada 1-15 ulas bawang putih, tengok keadaan. Dalam B.Inggeris kita panggil ni ‘bulb’.’
1) Ulas – Bahagian dari selabu. Dalam B.I kita sebut ‘cloves’ 2) Ketuk – Yang ini paling senang, hampir semua masakan boleh guna gaya ni. 3) Mayang – Potongan melintang. Biasa untuk buat bawang putih goreng untuk hiasan atau masakan tumis. 4) Hiris – Lebih kurang je dengan mayang, cuma dia menegak. 5) Racik kasar/mancis – Ini biasa untuk buat sos, masak stim/kukus, goreng, dan lain-lain. 6) Racik halus – Pun tak jauh beza dengan racik kasar. Tak banyak resepi pun guna potongan ni. 7) Dadu – Untuk sos, tumis, nasi goreng dan lain-lain. 8) Cincang – Untuk sos, tumis dan lain-lain.
Macam aku sebut kat atas, bawang putih cepat hangit, jadi kena jaga api masa menumis. Satu lagi, bawang putih lepas dipotong baru baunya lagi naik bila masak, jadi potong awal sebelum masuk kuali/periuk.
Bukan sahaja bawang merah, tetapi nama untuk potongan bawang putih pun ada tau! Bentuk mereka berbeza dan haruslah ada perbezaan cara potong. Mujurlah ada perkongsian tentang nama potongan bawang ni, kalau tak jenuh terkial-kial depan mak mertua kan?
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Kredit: Mohammad Faeez Harith
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Negeri Kelantan sememangnya terkenal dengan pelbagai makanan yang menarik dan enak untuk dinikmati. Memang tak dinafikan, masakan timur banyak peminatnya dan sesuai selera orang Melayu.
Melalui perkongsian daripada Ben Safwan, bagi sesiapa yang mahukan rasa percik yang asli cara orang kampung harus cuba resipi ini. Selain itu, penggunaan bahan yang segar dan masakan ini perlu dimasak dengan teliti bagi mengekalkan kualiti dan hasil yang memuaskan.
“Aroma arang,ikan selar aduhai sedap. Semestinya dari tunjuk ajar mok”.
Kuah Percik Kelantan Warisan Mok
Bahan-bahan:
3 ulas bawang merah saiz 20 sen
1 sudu teh ketumbar disangai
1/2 sudu makan cili kisar
1/3 inci belacan
1/4 inci hirisan halia
1 ulas bawang putih kecil
1 batang serai diketuk
Cara Penyediaan:
– Kisar lumat semua bahan dengan 25ml air.
– Tuang dalam periuk. Tambah 200ml santan pekat. Letak serai. Perah asam limau nipis sehiris. Nak guna santan segar pun boleh.
– Tambah masuk 2/3 sudu makan gula, 1 sudu teh garam ,1 sudu teh serbuk perasa.
– Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau untuk elak berketul. Bila dah berbuih naik wap, tutup api. Siap.
– Tak perlu letak tepung. Penggunaan tepung hanya untuk jimatkan kos. Ganggu rasa kuah percik yang sebenar.
– Sukatan ini cukup elok dengan kuantiti ikan. Lebihan 1/2 mangkuk kecil sahaja.
Bahan Perap Ikan:
700-900 gram ikan
3 ulas bawang putih sederhana
1 inci kunyit
1/2 inci halia
1 sudu teh garam
Cara Penyediaan:
– Kisar semua bahan lumat. Sapu pada ikan selar yang dikelar. Perap 40 minit minima. Letak dalam peti.
Ada tips nak dapatkan cantik seperti ini:
– 2 kali salutan kuah percik.
– Lepas bakar ikan atas arang hampir masak, cedok sapu kuah satu bahagian ikan,letak atas api sekejap dan teruskan salutan kali pada sebelah lagi serta proses sama.
– Masa cedok tu alas pinggan bawah. Untuk lapik kuah percik yang meleleh turun. Nanti boleh guna balik. Baru tak membazir.
– Orang cakap biar kena asap je dan tukarkan warna asal kuah percik. Jangan lama nanti kering kuah percik dan tak cantik.
Apabila tibanya musim tengkujuh, kita sering melihat beberapa negeri di Malaysia akan mengalami bencana banjir yang teruk sehingga menjejaskan kediaman serta harta benda penduduk setempat.
Penduduk yang terlibat terpaksa menganggung kerugian apabila perabot, barangan hiasan rumah serta perkakasan elektrik mengalami kerosakan teruk dan diselaputi dengan selut atau lumpur.
Peralatan elektrik seperti laptop adalah salah satu gajet yang sering rosak mengalami kerosakan teruk akibat bencana banjir dan ia akan menjejaskan pelajaran anak-anak serta kerjaya anda apabila fail-fail yang terkandung didalamnya tidak dapat diselamatkan.
Adakah ia masih boleh dibaiki atau perlu dibuang begitu sahaja?
Di sini kami senaraikan beberapa tip untuk anda menyelamatkan gajet seperti komputer daripada terus rosak. Ikuti tip di bawah.
1) Bertindak pantas kepada cakera keras komputer yang terkena air
Segera keluarkan cakera keras daripada komputer. Semakin lama cakera keras ditenggelami air, bahagian cakera yang kering boleh rosak. Jika cakera keras dihidupkan, matikan ia dengan serta-merta.
2) Jangan cuba pasang cakera keras
Dilarang sama sekali memasang atau menghidupkan cakera keras untuk melihat sama ada ia masih berfungsi atau tidak. Tindakan pemasangan dan menghidupkannya boleh memburukkan lagi keadaan.
Memasang cakera keras yang rosak disebabkan air bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan berlarutan pada cakera tersebut tetapi juga pada komputer anda atau peranti lain.
Jika cakera keras rosak akibat air dan dihidupkan, adalah mustahil untuk anda mendapatkan semula semua data.
Seterusnya, jangan keringkan cakera keras dengan pengering rambut atau di bawah sinaran matahari. Ini kerana haba yang berlebihan boleh merosakkan cakera dengan lebih teruk.
3) Bilas perlahan-lahan dengan air bersih kemudian simpan di dalam beg ziploc
Bilas cakera keras secara perlahan-lahan dengan air bersih. Kemudian simpan dalam beg ziploc atau bekas lain yang tertutup untuk memastikan ia tidak kering. Tindakan pertama anda mungkin untuk mengeringkan cakera keras, tetapi sebenarnya yang terbaik adalah membiarkannya basah.
4) Berikan cakera keras kepada pakar pemulihan data
Bukan semua pakar mampu mengendalikan pemulihan data dan bukan setiap kedai membaik pulih komputer mempunyai peralatan atau bilik bersih yang akan memberikan hasil yang terbaik.
Anda disarankan membawa cakera keras yang rosak akibat air kepada pakar pemulihan data.
Jika berkesempatan, hantar cakera keras dalam masa 24 jam. Ini boleh mengurangkan risiko komponen cakera keras rosak.
Bagi komputer riba yang terkena air hujan pula, jangan sesekali cuba untuk menghidupkannya bagi memastikan ia masih berfungsi atau tidak.
Apabila anda lakukan juga semasa masih dalam keadaan basah, ia akan membuat peranti tersebut mengalami konsleting elektrik.
Untuk menggelakkan komputer riba daripada rosak, mohon pengguna ikuti langkah ini.
Keluarkan atau cabut bateri agar tiada aliran elektrik.
Cabut semua peranti yang bersambung pada komputer riba seperti tetikus, speaker dan sebagainya.
Gunakan kain lembut atau pembersih vakum dengan penyedut kecil untuk menyedut cecair terutama pada lubang sambungan kuasa, port usb dan lain-lain.
Terbalikkan komputer riba dengan kedudukan papan kekunci berada di bawah serta letakkan kain tebal atau tuala yang dapat menyerap air dengan efektif dan cepat di atas tempat berkenaan.
Gunakan kapas atau kain lembut untuk mengeringkan di kawasan yang agak sukar seperti mainboard/motherboard.
Dalam keadaan komputer riba yang terbuka, keringkan dengan cara lap, angin-anginkan atau kipaskan menggunakan surat khabar bagi membantu mempercepatkan proses pengeringan.
Setelah pasti komputer riba sudah kering, pasang semula komponen yang dipisahkan tadi dengan kemas dan dalam keadaan yang baik kemudian nyalakan (on) seperti biasa.
Di aplikasi TikTok, seorang pemuda turut berkongsi cara untuk menyelamatkan laptop anda selepas ditimpa bencana banjir.
Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang pastinya tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka, seorang pengguna TikTok @amanjamadi berkongsi tips apabila komputer riba dimasuki air akibat banjir.
Berikut adalah tips yang anda boleh ikuti:
1. Lap semua permukaan komputer riba sehingga kering.
2. Elak daripada menggunakan pengering rambut untuk mengeringkan komponen dalaman komputer riba.
3. Cabut bateri jika boleh dicabut. Sekiranya tak boleh, biarkan sahaja.
4. Jangan terus pasang menggunakan kabel komputer riba.
5. Jangan terus hidupkan komputer riba tersebut.
6. Hantar ke kedai untuk pemeriksaan selanjutnya dan lakukan pembersihan mendalam (deep cleaning).
Kek marble antara kek yang popular yang mudah dibuat. Malah rasanya pun sedap dengan kelembutan keknya. Jika dihidangkan ketika panas untuk minum petang memang menyelerakan.
Pastinya sudah ramai yang tahu cara sukatan untuk membuat kek marble ini melalui posting yang dipaparkan di media sosial. Ada yang telah berjaya memasak kek dengan sempurna dengan tahap gebu dan kelembutan. Namun ada juga yang tidak jadi masakannya seperti kek menjadi bantat, tidak naik, tidak gebu dan lembut.
Lazimnya jika kek tidak menjadi ia berkaitan dengan cara penyediaannya.
Nak tahu petua nak jadikan kek marble mengebu dan lembut, ikuti lapan panduan ini.
8 tips hasilkan resipi kek butter marble lembut :
1- Paling utama ialah pemilihan butter.Jangan tertipu dengan nama. Ada sekadar jenama dan bukannya butter. Pilih pure unsalt butter seperti jenama Anchor.
2- Untuk elakkan lapisan atas permukaan kek butter hangit, selepas 30 minit kek dibakar, tukar daripada api atas bawah ke api bawah sahaja dan teruskan bakar kek sehingga masak. Tujuan kita tukar api adalah untuk pastikan lapisan atas tidak terlalu garing hingga perang.
3.Pukul butter hingga betul-betul kembang.Tanda ianya kembang ialah warna bertukar menjadi warna putih dan barulah masukkan gula castor. Pukul sebati menggunakan mixer atau hand mixer.
4.Masukkan telur 1 persatu.Pukul hingga telur kembang berbuih dan tambah essen vanilla,susu pekat serta susu cair.Kacau sekadar sebati dan masukkan tepung yang siap diayak sedikti demi sedikit sambil kacau sebati.
5.Bahagikan adunan kek marble ini kepada dua bahagian. 1 bahagian asal dan 1 bahagian di masukkan serbuk koko serta emulco coklat. Cara kacau ialah dengan gunakan kaedah kaup balik.
6.Ambil loyang bulat 8 inci yg telah dilapik baking paper dan disapu dinding loyang dengan marjerin untuk kek mudah tanggal.Masukkan adunan secara berselang seli.Untuk dapatkan corak zebra, gunakan lidi sate dan masukkan di hujung penjuru loyang. Tarik lidi sate ke tengah loyang. Buat untuk 4 penjuru dah cukup.
7.Sambil itu panaskan oven pada suhu 170’C selama 10 minit.
8.Bakar kek butter marble ini pada suhu 160’C selama 45 minit menggunakan api atas bawah. Bila dah capai masa, nak tahu masak ke tak kek anda, celup lidi sate. Kalau tiada melekat, tanda dah masak. Andai tepung masih melekat, bakar lagi dalam 10 minit.
Untuk tips , gunakan cawan penyukat 250 ml standard. Mudah anda sukat. Ayak bersama tepung superfine dan tepung jagung terlebih dahulu. Serbuk koko pula kalau nak sedap, gunakan brand Delfi atau Van Houten
Selamat mencuba!
Kredit: Puan Umi CT Sha Abdullah via daridapur.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di