Bila kita bersedia jadi pasangan hidup seseorang, maknanya kita dah bersedia untuk berkongsi hidup dengan mereka. Nama pun berkongsi hidup, mestilah kena ada toleransi, persefahaman dan paling utama dalam perhubungan ialah saling mempercayai antara satu sama lain. Betul tak?

Tak dinafikan, setiap orang ada ego masing-masing yang mahukan orang lain untuk ikut apa yang kita mahukan, Tapi, jangan sebab terlalu nak menangkan ego sendiri sampai sifat tu jadi toksik dalam perhubungan! Fuhh toksik ye, macam mana tu? Nak tahu? Jom tengok perkongsian Redza Zainol ni, harap kita jauh la dari sifat macam ni ye.

4 Sifat Toksik Ni Sangat Beracun Dalam Hubungan Suami Isteri. Suami Isteri Wajib Tahu & Wajib Jauhi.

1) Pasangan yang sengaja jauhkan kita dari kawan dan keluarga sendiri.

  • Kita tak boleh balik jenguk mak ayah sendiri. Tak bagi kita telefon keluarga sendiri. Tak bagi adik beradik datang melawat kita.
  • Pasangan begini, dia cuba nak kuasai semua aspek kehidupan kita. Pada mereka, “Pasanganku hanya milik aku seorang.”

Rupanya Selama Ni Kita Jadi Toksik Dalam Hubungan! Awas, Perbaiki Semula Diri Sebelum Terlambat

IKLAN

2) Pasangan yang akan sentiasa mengkritik setiap tindakan kita.

  • Dia tak pernah rasa gembira dengan diri atau kejayaan kita. Dia akan memanipulasi setiap keadaan dan buatkan pasangan rasa hilang semua keyakinan diri.

3) Dia mengugut pasangan.

“Aku akan tinggalkan kau kalau kau tak ikut setiap suruhan aku.”

IKLAN

“Aku akan tinggalkan kau kalau badan jadi gemuk.”

  • Cara ni antara cara paling lama digunakan lelaki supaya isteri tak tinggalkan mereka.
  • Pasangan begini hidup dalam situasi “Pemangsa dan mangsa” (Predator and Prey). Setiap kali berkomunikasi, ia bukan atas sebab cinta. Tapi atas sebab ketakutan yang amat.
  • Si isteri bertanya pada suami nak minum air atau tak bukan sebab nak berikan keselesaan pada suami, tapi sebab tak mahu suami jadi berang dan jadi agresif secara tiba-tiba.

Rupanya Selama Ni Kita Jadi Toksik Dalam Hubungan! Awas, Perbaiki Semula Diri Sebelum Terlambat

IKLAN

4) Dia buat pasangan jadi terperangkap.

  • Telefon, kad bank, duit, kereta, pasport semuanya dikawal. Mereka ini akan kawal setiap pergerakan pasangan.
  • Mereka akan sentiasa berkata yang pasangannya tak mampu hidup seorang diri dan perlukan dirinya.
  • Si isteri/suami akan rasa seperti sesak nafas kerana seluruh hidupnya dikawal dan rasa dunia mereka dah tak ada harapan.

Tolong saya #sebarkan ilmu ni sebab ada suami isteri yang tak tahu pun yang mereka sebenarnya hidup dalam hubungan bertoksik.

Sebak.

Ucapkan terima kasih pada pasangan masing-masing jika hubungan anda tiada sifat toksik begini. Moga lagi ramai suami isteri yang bahagia.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI