Rupanya Wanita Ni Tanam Capsicum, Semai Guna Bijinya Je. Hasilnya Superb!

Share

Melihat hasil tuaian capsicum yang ditanam oleh Fakriyah Hanafi pastinya mengundang rasa ‘cemburu’ dan geram.

Terlihat begitu segar dan ‘menjadi’ hasil tanamannya walau hanya ditanam di dalam pasu.

Jadi untuk anda yang berasa teruja untuk  mencuba menanam pokok capsicum sepertinya, boleh dicuba.

Ini memandangkan Fakriyah telah berkongsi cara dan ilmu untuk menanam capsicum dengan cara yang mudah.

Menurutnya, biji benih diambil daripada capsicum yang dibeli di pasar sahaja.

Nak lebih detail, ini perkongsiannya.

Cara Tanam Capsicum

Gambar hiasan
  1. Untuk mendapatkan biji benih, beli sahaja capsicum yang segar di pasar, ambil bijinya (boleh rendam semlaman dan ambil biji yang tenggelam sahaja)

2. Setelah itu letakkan biji benih di dalam bekas yang dialas dengan tisu. Saya letak di tepi singki dapur sahaja. Periksa tisu, kalau kering sembur air. Tunggu sehingga biji benih bercambah.

3. Bila sudah bercambah, nampak ada ekor putih barulah saya masukkan ke dalam tray semaian. Siram dua kali sehari.

4. Bila sudah keluar 3-4 helai daun, bolehlah alohkan ke dalam pasu.

5. Saya letak tanah yang beli di nursery  6 in 1 dan tambah dengan tanah RM2.50 satu beg. Campurkan juga dengan tinja kambing.

6. Penggunaan baja, ada dua tiga jenis baja saya gunakan. Ada baja jenis siram, baja NPK dan sembur.

7. Bila buah sebesar duit syiling 50 sen, buah tersebut perlu dibalut untuk elak serangga perosak. Macam saya, saya balut menggunakan uncang net.

8. Capsicum ini saya tanam dalam pasu dan saya letakkan di tepi rumah sahaja. Masih ada kena cahaya dan bila hujan kena tempias sahaja.

Inilah hasil tuaian daripada pokok capsicum yang ditanam

Sumber : Fakriyah Hanafi

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN