Umumnya semua tahu bahawa sayur-sayuran mengandungi khasiatnya seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih sihat untuk yang mengamalkan makan sayur dalam diet harian.
Pun begitu, tidak dinafikan sayuran yang dijual untuk memastikan segar, petani akan menggunakan semburan racun perosak pada tanaman. Ini bermakna sayuran yang kita makan juga perlu dibersihkan sebaiknya agar kita tidak termakan racun,ulat kecil dan sebagainya.
Berkongsi cara yang lebih mudah, ringkas dan jimat berkenaan cara cuci sayur, seorang doktor yang juga cukup dikenali di media sosial, iaitu Dr Syahr Musafir berkongsi info di facebook untuk dimanfaatkan bersama.
Ini perkongsiannya.
Selesai semua urusan ‘awal malam’ termasuk tidurkan anak-anak, rutin malam hari saya rendam sayur-sayuran untuk guna masak #SarapanPagi dan #BekalSekolah esok hari dalam air garam.
Saya guna garam kasar (ketul besar). Fungsinya sama seperti garam halus tu, untuk buang segala bahan kimia yang ada pada sayuran dan garam kasar ini juga senang larut sama macam garam halus, cuma garam kasar ini lebih murah. Dapat jimat kos. Tips rendam sayur dalam air garam ini adalah tips universal, semua orang yang memasak kena buat ni.
Istimewa jika rendam brokoli dan bunga kobis/cauliflower, saya akan titiskan beberapa titik cecair pencuci botol susu anak ke dalam air garam ini supaya ulat-ulat dalam brokoli, jika ada ulat, lebih mudah mati dan dikeluarkan apabila bilas/toskan esok pagi selepas direndam semalaman. Tips ini saya belajar daripada rakan sekerja saya, seorang professor bidang Patologi warga Australia, ketika belajar dan bekerja di Australia dulu.
Ads
Biasanya rendam 1 jam pun sudah cukup. Tetapi untuk sayuran yang keras dan tak mudah lembik, saya rendam semalaman. Ikut jenis sayuran, macam tomato dan timun, saya rendam 1 jam saja, takut jadi lembik apabila direndam lama.
Merendam dalam air garam ini penting untuk hilangkan kesan bahan kimia seperti racun sayuran, ‘pengawet supaya sayur tahan lama dan nampak segar’ dan seumpamanya. Selepas rendam, bilas supaya dibersihkan dan ditoskan/dikeringkan sebelum guna memasak.
Khas untuk sayur-sayuran dan buah-buahan yang beli dari kedai/pasar. Kalau dari tanaman sendiri yang bebas racun dan seumpamanya, tak rendam air garam pun tak apa. Bilas air je
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Musim raya ni mesti dah start banyak jamuan. Biasanya di tempat kerja atau sekolah mesti buat gaya potluck. Siapa je taktahu potluck. Potluck tu bila masing-masing bawak makanan sendiri untuk makan bersama.
Biasanya time ni la nak bertanding siapa bawak makanan paling hebat kan. Sama lah bila di sekolah, ibu-ibu mesti cuba sehabis baik untuk sediakan makanan yang sedap untuk anak bawak ke sekolah.
Bukan ibu-ibu je, anak-anak pon lawan makanan siapa paling laku dan cepat habis kan. Tapi yang tak habis licin tu jangan lah terasa. Mungkin kawan-kawan dah kenyang. Boleh tapau bawak balik rumah.
Ha ibu-ibu dah ada idea ke tu nak sediakan menu apa untuk jamuan raya anak di sekolah? Kena pilih menu yang sesuai dengan kanak-kanak contohnya pencuci mulut. Boleh cuba resepi di bawah ni. Jom tengok!
PUDDING TUTTI FRUITTY COMEL
BAHAN-BAHAN: (anggaran satu adunan dapat 25-30 bekas)
• 10g serbuk agar-agar (warna clear)
• 1tin susu cair
• 3tin air
• 1tin susu full cream
• 1tin susu pekat
• 2sudu tepung kastard
• 1sudu essen vanila
• 1cawan gula pasir (kalau nak manis)
• Filling kiwi, blueberry & mango (beli di kedai bahan kek)
RESEPI PUDDING TUTTI FRUITTY
CARA MEMBUAT:
1. Lorekkan filling pada tepi bekas acuan kemudian biarkan (rujuk gambar).
2. Masukkan semua bahan masak atas api sederhana hingga mendidih dan sejukkan.
3. Selepas sejuk, curah dalam bekas acuan yg telah dilorekkan filling tadi. Biarkan seketika dan boleh simpan dalam peti sejuk.
4. Sedia untuk dimakan selepas sejuk.
NOTA: Kalau nak lebih cantik, boleh lorekkan lagi filling pada atas permukaan agar-agar tadi selepas agar-agar keras.
Bercerita tentang penyediaan hidangan, umumnya di bulan puasa ini semangat memasak menu yang istimewa untuk keluarga lain macam dirasakan. Boleh dikatakan terlebih teruja berbanding hari-hari biasa.
Jadi apa kata kali ini kita mencuba rasa menu yang cukup istimewa ini, Kerabu Kerang Ala Thai. Resipi ini telah dikongsikan oleh puan Muslinda Kamal . Nyata, menu ini cukup menggoda selera. Bagai terasa tidak sabar pula dicuba untuk dijadikan menu istimewa ketika berbuka di bulan Ramadan ini.
“Sedap rupanya kerabu kerang ala-ala Thai ni..nak buat pun mudah…sesuailah untuk tekak yang baru pulih dari demam-demam ni…ada rasa masam-masam manis…kena pula kerang yang comei kecik-kecik molek ni.”
Bahan-bahan:
Kerang rebus dan kopek.
4 ulas bawang putih(tumbuk bawang putih dengan cili padi)
10 biji cili padi (kurangkan kalau tak nak pedas)
Asam jawa
Tomato
Limau nipis perah dan letak sekali kulit
Sos ikan
Garam
Gula
Perasa
Daun ketumbar
Cara Penyediaan :
Semua bahan-bahan di atas campur dan gaul-gaulkan dengan kerang yang direbus tadi.
Selain itu memetik info daripada Hello Sehat ada mengatakan kandungan nutrisi yang terdapat pada 85gm kerang adalah seperti berikut :
Protein: 11 gram atau 22 persen dari angka kecukupan gizi (AKG) harian
Lemak: 1 gram atau 1 persen dari AKG
Asam lemak omega-3: 168 miligram
Zat besi: 12 miligram atau 66 persen dari AKG
Vitamin A: 10 mikrogram atau 9 persen dari AKG
Vitamin B12: 42 mikrogram atau 700 persen dari AKG
Vitamin C: 11,1 miligram atau 18 persen dari AKG
Kalsium: 78,2 miligram atau 7 persen dari AKG
Kalium: 533,8 miligram atau 15 persen dari AKG
Mangan: 0,4 miligram atau 21 persen dari AKG
Selenium: 20,7 mikrogram atau 30 persen dari AKG
Karbohidrat: 2 gram atau 1 persen dari AKG
Kalori: 63 kkal
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ada waktu rasa tak tahu nak makan apa. Walaupun ketika itu macam-macam menu dah masak, tapi masih lagi tak kena dengan selera.
Haaa cer try buat satu menu ni, memang kena lah dengan selera orang-orang kampung, terlajak usia macam kita ni! Hehe. Apa lagi kalau bukan ikan masin duri masak asam!
Tambah pula kalau ada sambal belacan dan ulam-ulaman, lagi lengkap lah hidangan ni. Terus jadi bertambah selera jadinya! Aterr jom lah cuba resepi dari pengguna laman Facebook, Muhamad Ismail Mohd Ali ni.