Ramai yang kagum dengan keperibadian dan ketokohan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam melaksanakan tanggung jawabnya. Ini termasuklah seorang remaja autisme yang dikatakan menghantar surat kepada beliau.
Kisah ini dimuat naik sendiri oleh Datuk Seri Dr Zulkifli menerusi laman facebooknya.
Menerusi beliau, remaja yang dikenali sebagai Wan Aiman itu pernah menulis surat kepadanya dan mengaku cukup meminati beliau. Bagi yang mengikuti saya sejak beberapa tahun lepas, pasti kenal Wan Aiman, remaja autisme ini. Beliau suka menulis surat kepada saya dan menurutnya, beliau sentiasa mengikuti perkembangan saya.
Pagi ini beliau memberikan sepucuk surat kepada saya selepas Kuliah Dhuha Muslimat di Surau Annur, Bandar Baru Bangi. Saya amat terharu dengan kepercayaan dan harapan yang beliau berikan kepada saya. Saya doakan anakanda Aiman membesar menjadi anak yang soleh, bijak, dan membanggakan kedua-dua ibu bapa bila dewasa nanti.
Ads
Ads
Ads
Bagi yang mengikuti saya sejak beberapa tahun lepas, pasti kenal Wan Aiman, remaja autisme ini. Beliau suka menulis…
Sering kali orang melabelkan ‘anak mak’ kepada lelaki yang cukup rapat dengan ibunya. Justeru, apabila lelaki ini mahu mendirikan rumah tangga, ada yang berpendapat sukar untuk menantu dan mentua untuk sepakat dalam segala hal. Kerana itu, ada yang cuba mengelak dari bertemu jodoh dengan ‘anak mak’.
Namun, kalau sudah jodoh, terima pasangan seadanya dan cubalah mencari alternatif supaya rumah tangga yang dibina aman bahagia. Dalam masa yang sama hubungan dengan mentua tetap jernih.
Sebenarnya, terpulang kepada bagaimana suami isteri itu melayari mahligai hidup bersama. Masing-masing kena memainkan peranan dalam memastikan rumah tangga yang harmoni, saling menghormati dan mencari jalan agar tidak melukakan hati pasangan dalam segala tindak tanduk.
Ada teori yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud, secara semula jadinya anak lelaki sememangnya lebih cenderung untuk rapat dengan ibu manakala anak perempuan pula lebih senang untuk bersama bapa.
Cuma, apabila ada anak lelaki terbawa-bawa sikap itu hingga dewasa dan lebih parah selepas melangsungkan perkahwinan pun segala keputusan berkaitan rumah tangganya akan dirujuk kepada ibunya terlebih dulu hingga mengetepikan perasaan isteri sendiri.
Jika keadaan ini tidak dibendung, mulalah berlaku banyak pergaduhan antara suami isteri, isteri bermasam muka dengan ibu mertua dan lebih teruk, berlaku perceraian kerana sikap suami yang melebihkan ibu sendiri dalam semua hal.
Hadamkan perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin tentang isu ini.
Boleh nak jadi “anak mak”, tapi berlakulah adil…
Semua isteri tahu yg syurga seorang lelaki itu tetap bersama ibunya…semua isteri sedar akan perkara ini, tp janganlah jadikan itu sebagai alasan utk kita berlaku tidak adil dgn isteri, iaitu melebihkan ibu sehingga mengabaikan tanggungjawab2 terhadap si isteri dan anak2…
Susah isteri nak berlapang dada bila jd mcm ni…
Nak buat keputusan utk keluarga sendiri hatta keputusan yg kecil, simple seperti nak p jalan2, nk kluar makan, nak belanja anak2, nak beli barang – semua tanya mak…
Apa jua yg berlaku dlm rumahtangga, isteri masak tak sedap, isteri blk keje lambat, isteri sibuk dgn anak2, isteri p kursus seminggu, isteri balik umah org tuanya – semua bgtau kat mak…
“Mak saya kalau potong sayur, dia x potong mcm awk potong…mak saya klu siang ikan, dia akan buang isi perut ikan dlu…mak saya klu sidai baju, dia akan libas2 dulu baju…” – Semua dibandingkan dgn apa yg mak buat…
Apa yg perlu kita tahu, cara mak dgn cara isteri TAK SAMA tp at the end, keputusannya SAMA, hasilnya SAMA…sayur bleh mkn walaupun dipotong mcm tu, ikan boleh digoreng walaupun disiang mcm tu dan baju boleh kering dan dilipat walaupun dijemur mcm tu…
Ada kebaikan, ada keburukan jika kita nk tanya, bgtau dan bandingkan dgn mak akan smua perkara yg berlaku dlm rumahtangga kita…cumanya, kita perlu menilai dari sudut perlu atau tak kita berbuat sedemikian…apa kesannya jika kita berbuat sedemikian…
Jadi seorang anak tak susah klu kita tahu cara nk jadi seorang suami yg baik…tp klu kita hanya tahu cara utk menjadi seorang anak sahaja, maka kita akan buat salah dlm menjadi seorang suami…
Letakkanlah mereka berdua di tempat yang sama, yg istimewa dalam hati kita kerana kedua-duanya adalah tanggungjawab utk dijaga dan disayangi oleh kita sebagai seorang suami dan anak…
Jgn syurga yg kita cari, tapi neraka yg kita dapat dek kerana penganiayaan yg kita buat terhadap isteri dan anak2 kita sendiri…✌️
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ada pendapat mrngatakan, kalau nak tahu sama ada penghuni rumah tu bersih atau tak, tengok bahagian tandasnya. Agak-agak betul tak?
Tak dinafikan bilik air dan tandas antara ruang yang wajib diberi perhatian. Apa tidaknya, di sini kuga tempat pembiajan bakteria. Tidak hairanlah ada antara ibu-ibu yang mengeluh kepenatan apabila membersihkan tempat ini.
Nak nak lagi, terpsl menyental untuk memastikan tempat berkilat dan bersih. Sebenarnya ada cara yang boleh jimatkan tenaga dan masa ibu-ibu. Nak tahu caranya, jom baca perkongsian ini.
Power giler pakai GANSO stain remover ni.. beli dekat kedai ECO haritu… 😂😂 Fyi, cuci bnyk kali tandas ni..tp msih kuning..lepas pakai ganso remover.. putih trus…. (rumah sewa..)
Puas hati den.. (saje nk share since smua org share product kedai eco dlm group ni) hehehe..
Nota penting:
* AKAN PENING sbb bau chemical kuat…
* Kne pakai MASK & GLOVE
* JANGAN la setiap hari cuci tandas pakai ni… Seksa diri kang…
* Tak nak pakai ni then jangan pakai k….
* SIS pun first time pakai ni… Tu excited tnjuk keberkesanannye…. 😂
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.