Jika diikutkan petua orang dulu-dulu memang banyak, salah satunya jaga kesihatan dan berubat dengan menggunakan halba. Malah khasiat halba ini kini telah diakui oleh saintis yang mana menemui banyak khasiat halba untuk dimanfaatkan. Ini sebagai mana perkongsian daripada Dr Suri Roowi, saintis MARDI.

KHASIAT HALBA

Saintis MARDI Ni Listkan Khasiat Halba. Terbukti Memang Banyak & Jom Amalkan Air Rebusannya Untuk Ibu Yang Nak Langsing!

  1. Halba boleh membantu mengatasi masalah diabetes dan menurunkan kolesterol.

2. Bahan berkhasiat utama dalam biji halba adalah 4-hidroksi-isoleusin, trigonellin dan diosgenin.

Biji halba juga mengandungi;
a. 20 – 30% protein
b. 45 – 60% karbohidrat (terutamanya galactomannan)
c. 5 – 10% lemak

3. Biji halba membantu menurunkan glukosa darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2 terutamanya dikalangan ‘mild type 2 diabetes’

Saintis MARDI Ni Listkan Khasiat Halba. Terbukti Memang Banyak & Jom Amalkan Air Rebusannya Untuk Ibu Yang Nak Langsing!

IKLAN

4. Pengambilan halba pada kadar 5 g/sehari lebih menampakkan kesan yang nyata. Walaubagaimanapun jika dimakan bersama makanan berlemak contohnya yoghurt, ianya tidak boleh menurunkan kolesterol (LDL) dan trigliserida (TG) darah

5. Penggunaan halba dalam makanan seperti kari memberikan kesan yang tidak konsisten

6. Halba lebih memberikan kesan jika hanya dibancuh bersama air panas

Saintis MARDI Ni Listkan Khasiat Halba. Terbukti Memang Banyak & Jom Amalkan Air Rebusannya Untuk Ibu Yang Nak Langsing!

IKLAN

7. Kajian juga menunjukkan halba juga boleh meningkatkan penghasilan susu ibu

8. Walau bagaimanapun, penggunaan halba perlu dielakkan dikalangan ibu-ibu mengandung kerana mungkin boleh mengakibatkan keguguran.

Dapatkan nasihat Dr anda terlebih dahulu

Rujukan : Singletary, K. W. (2017). Nutrition Today. Vol. 52(2) 93-111

IKLAN

Melihat para saintis juga memperakui kehebatan halba ini, apa kata anda amalkan minum air rebusan halba untuk mendapatkan manfaatnya. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh puan Hamizah Zakaria.

Menurutnya dengan mengamalkan minuman halba, berat badannya turun dan semakin langsing. Jom semak bagaimana menghasilkan air rebusan halba tersebut.

“Hmmm.. Ramai kata Ratu dah khurosss sikit dari beranak anak tiga aritu. Orang kata, anak tiga slim biasa jer, tapi kalau dari sekarang tak jaga tak mampu jugakks. Ye dakkkk.

Rasa dia sesedap minum air tembikai susu di kocak kocak dengan susu. Rasa sekali mesti nak lagi. Nak kurus nak kurus khennn. Tapi tak boleh tak makan nasi, tak makan pizza. So boleh amalkan ni jerr. Halba bahan utamanya. kawan kawannya tambahan jer. Kalau rerajin letak daun pandan sepotong dua tiga.”-Hamizah Zakaria

Bahan-bahan:
Halba satu sudu kecil
Air segelas
Madu satu sudu besar(boleh ganti gula kabung) guna sudu plastik tau.
Limau kasturi(option lemon, limau nipis) tak masuk kan pun tak pe.

Cara-cara: 

  1. Rebus halba sehingga mendidih. Biarkan sejuk.
  2. Kemudian masukkan madu dan perah jus limau.
  3. Kacau rata, dan terus minum. Amalkan setiap pagi, Inshaallah akan rasa perubahannya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI