Memasuki 32 minggu, pastinya pasangan ini berdebar menantikan saat si kembar yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Menurut Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan isteri, mereka mengharapkan anak kembar ini bakal disambut secara normal.
Begitu pun, Dr Sheikh Muszaphar memberitahu ia bergantung kepada kedudukan bayi dalam kandungan sebelum kelahiran mereka.
“Alhamdulillah, anak kembar membesar dengan baik dalam perut. Bayi kembar lelaki kini 2.1 kilogram (kg) dan perempuan pula 1.9 kg.
“Kami mengharapkan kelahiran normal kali ini tetapi semuanya bergantung pada kedudukan bayi pertama. Kepalanya perlu berada di bawah.
Ads
“Nampaknya yang si perempuan itu seronok bermain akrobat dan kedudukannya songsang,” katanya.
Dr Sheikh Muszaphar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut beliau memuat naik rakaman video doktor sedang melalukan imbasan di perut isterinya.
Ads
Dalam pada itu, Angkasawan pertama negara ini turut berkongsi keadaan Dr. Halina yang kini sedang sarat. Menurut Dr Sheikh Muszaphar, isteri kesayangannya itu kini sering mengalami sakit belakang.
“Halina kini semakin sarat, dia sering mengadu sakit belakang dan sukar untuk tidur malam. Sehinggakan dia hendak menangis menahan kesakitan. Kalau lah saya dapat mengambil alih tempatnya.
Ads
“Apa-apa pun saya doakan agar ia dipermudahkan,” katanya lagi.
Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Sejak Isnin lalu, telah bermulanya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi anak-anak tingkatan lima seluruh negara. Ketika ini segala rasa takut, cemas, gementar ada dalam jiwa anak-anak dan juga ibu bapa kerana peperiksaan inilah sebagai penentu untuk masa depan pendidikan mereka.
Bagi mengelakkan rasa cemas dan buntu ketika memikirkan jawapan sepanjang peperiksaan berlangsung, Pendakwah Selebriti, Ustaz Don telah memberi tip untuk adik-adik calon SPM di laman Instagramnya. Dia yang ketika itu sedang dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah sempat ‘belanja’ gambar lama ketika tahun 2014, iaitu 13 tahun selepas habis menduduki peperiksaan tersebut.
“Berpesan para Ulama’ dan orang-orang soleh, ketika menduduki peperiksaan, banyakkan berselawat terutamanya ketika kita buntu tak dapat jawapan, letakkan pen ataupun pensil seketika, luangkan masa 5 minit untuk berselawat hanya 5 minit jaa. InshaaAllah berkat selawat yang kita baca tadi, Allah akan membuka Futuhat (pintu2 kefahaman) supaya kita memahami dan ada idea untuk kita menjawab soalan yang kita buntu tadi. Berkat nama Nabi Muhammad SAW. Wallahu’alam” tulisnya.
Dalam pada itu, Ustaz Don berharap tip ini dapat membantu adik-adik yang menduduki SPM.
.
“Semoga tips ini membantu abang-abang dan kakak-kakak yang sedang menduduki SPM yang dalam keadaan cemas dan sebagainya yang hanya tinggai diri dia dengan Allah ta’ala sahaja ketika peperiksaan itu, membantu. Wallahu’alam.” tambahnya.
Meninjau di ruangan komen, ada beberapa pengikut di laman Instagram ustaz mengakui keberkesanan mengamalkan selawat ketika buntu dan panik semasa peperiksaan berlangsung. Malah ada yang turut mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi tip untuk anak-anak SPM
Sumber : Instagram Ustaz Don Daniyal
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Suami isteri apabila sayang antara satu sama lain tentu akan sentiasa ingat mengingati walaupun berjauhan. Malah momen bersama pasangan akan dikenang sehingga akhir hayat. Walaupun pasangan hanya melakukan hal-hal yang biasa-biasa aje tetapi ia tetap memberi kenangan manis dalam hidup.
Begitulah apa yang dirasa oleh Muhammad Hassan yang telah berkongsi rasa apa yang dilaluinya. Katanya, sementara pasangan hidup hargai dan santunilah mereka.
Ikuti perkongsiannya.
3 hari dalam hutan tanpa signal telefon teramat rindu nak dengar suara anak isteri. Orang yang paling risau adalah wife. Tepat jam 3.48pm hari isnin semalam barulah ada signal 3g.
Orang pertama yang saya reply mesej adalah bunga cinta hati saya. Beratus mesej wife dan anak hantar,itu belum mesej dari pejabat,rakan-rakan yang tak tau pun saya masuk hutan.
Apabila baca whatsapp yang wife hantar sebak tak tertahan. “sayang setiap hari bangun solat hajat waktu malam mendoakan keselamatan abang,dapat kembali pulang dengan selamat”.
punyalah risau selama 3 hari wife whatsapp tapi tiada blue tick. Call, jangan ceritalah confrm tak dapat. Hebatnya iman siti hajar bertawakkal kepada Allah saat Nabi Ibrahim a.s meninggalkan dia bersama Nabi ismail a.s di makkah tanpa apa apa bekalan demi perintah Allah.
Waktu inilah kita didik diri,isteri supaya bergantung harap hanya kepada Allah. Minta pertolongan hanya kepada Allah.
Waktu paling sebak dan menitis air mata saya adalah waktu masak dan makan. Yelah setiap kali makan walaupun outstation tetap akan hantar gambar makanan kepada wife.
Lagilah dirumah,sayalah orang yang super sibuk masak dan sepahkan barang dapur,riuh didapur bersama anak bagaikan nak masak untuk majlis kenduri.
BILA BERJAUHAN RINDU PADA PASANGAN
Ya Allah.. Rindunya saat ini. Rindu nak bersembang ketika masak,isteri bantu di dapur. Baru saya faham kenapa umar r.hu diam walaupun isteri membebel. Sebab umar r.hu tahu isteri sedang bercakap dan dia akan dengar dengan setia.
Sebab itulah saya selalu pesan. Pesan kepada diri sendiri. Jangan berkasar dengan isteri. Hargailah pasangan dan anak anak ketika mereka bersama kita.
Selalulah senyum kepada isteri,selalu pegang tangan isteri,selalu urut urut kaki isteri. Selalu ucap,hantar WhatsApp i love sayang,saya rindu awak,saya cinta awak.
Selalu beri hadiah kepada pasangan walaupun sehelai baju yang berharga RM20. Suapkan makanan kepada pasangan ketika makan,tunggu pasangan makan walaupun kita dah siap makan,minum air dari gelas yang isteri minum.
Tolong basuhkan pinggan yang isteri makan. Tengok isteri basuh tangan cepat cepat kita pergi basuhkan tangan dia. Jadilah suami yang romantis,yang manja dengan isteri,suami yang setia mendengar,suami yang buatkan isteri tergila gilakan kita.
Ada salah silap,sedikit kekurangan maafkanlah. Jangan berkira sangat dengan isteri jika dia nak itu ini selagi kita mampu. Layanlah pasangan kita sehinggakan sikit pun kekurangan dia kita tak nampak.
Saya ibaratkan ‘mati’ 3 hari.
Semuanya dikenang semula. Sehinggakan isteri potong kuku pun terasa besar sangat jasa dia.
Rupanya dah lama tak potong kuku sendiri. Itu belum lagi susah payah dia lahirkan anak,susukan anak berjaga siang malam,jaga makan minum kita,sehinggakan jika nak outstation semua keperluan dah siap.
Sahabatku semua. Hargai pasangan kita. Hargailah saat bersama isteri. Detik yang kita akan kenang saat nyawa isteri tercinta kembali kepada Tuhan Yang Maha Esa.
Isteri dan anak anak bukan nak apa apa pun dari kita melainkan perhatian seorang bapa kepada anak,perhatian seorang suami kepada isteri.
Puding kastard dengan kuah susu dan koktail buah-buahan campuran ini seringkali menjadi pilihan hidangan pencuci mulut untuk hidang seisi keluarga mahupun ketika menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah.
Rasa pudingnya yang enak, kuah susunya yang manis berlemak di samping buah-buahan yang berwarna warni mampu membuka selera sesiapa sahaja, terutamanya anak-anak. Apa kata sesekali cuba buat puding istimewa ini.
Cara-cara membuatnya tidaklah sesukar mana, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Bahan-Bahan (Puding):
1 tin susu cair jenama IDEAL
1 tin tepung kastard Bird Custard (ikut sukatan tin susu)
4 tin air
Setengah tin gula pasir
Cara Membuat:
1.Larutkan semua bahan didalam kuali.
2.Setelah larut, barulah letakkan kuali tersebut diatas dapur dan buka api.
3.Guna api yang paling perlahan dan kacau selalu adunan tersebut sehingga ia nampak pekat dan berkilat.
4.Kemudian,masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.
5.Biarkan puding sejuk seketika dan simpan didalam peti sejuk.
Bahan-Bahan (Kuah Susu):
2 tin susu cair jenama (IDEAL)
1 tin susu pekat
1tin @ 3/4 tin gula pasir (ikut kemanisan)
1/2 tin air
1 tin buah-buahan koktail
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk kecuali buah-buahan koktail didalam tin.
2.Kacau sebati atas dapur dengan menggunakan api yang paling kecil, cukup sekadar memanaskan kuah susu dan tidak perlu sehingga kuah susu mendidih.
3.Setelah suam,masukkan air dan buah-buahan koktail dan simpan didalam peti sejuk.
Tip ekstra:
Simpan semalam didalam peti sejuk semalaman dan jangan letak ais pada kuah susu kerana ia akan membuatkan kuah susu cair.
Boleh juga campurkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, peach dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...