Kalau menggosok dan baju terkoyak disebabkan panas melampau memang buat kita rasa sakit hati. Bukan hanya baju yang rosak tetapi kesan paling nyata adalah kesan hitam pada belakang seterika.
Walaupun rupanya sudah tidak seperti dahulu tetapi ia masih elok digunakan seperti biasa. Rasa rimas melihat kesan hitamnya? Hilangkannya dengan mudah, ikut langkah ini. Memang berkesan.
Cara 1
Losyen
Caranya:
1. Letak losyen tangan di atas tapak seterika.
2. Sapu rata.
3. Panaskan seterika pada suhu panas dan gosokkan pada permukaan tempat seterika.
Ads
4. Kesan hitam hilang dengan pantas.
Cara 2
Garam halus
2 helai kertas surat khabar
Caranya:
1. Bentangkan surat khabar dan letakkan garam di atasnya.
2. Panaskan seterika pada suhu yang agak panas.
Ads
3. Gosok seterika pada garam berulang kali hingga kesan hitam hilang.
4. Hasilnya bukan saja hilang tapi berkilat macam baru.
Cara 3
Daun pisang
Caranya:
1. Ambil sehelai daun pisang muda.
Ads
2. Panaskan seterika dan gosok di atas daun pisang.
3. Gosok hingga kesan hitam tanggal.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pesona bunga vinca yang penuh warna warni tentu sangat membahagiakan ditatap. Apatah lagi jika menghiasi ruangan laman rumah, cantik berseri pastinya. Selaian cantik, tidak dinafikan penjagaannya juga tidak terlalu rumit.
Oleh yang demikian, seandainya anda sudah pun mempunyai satu pasu pokok vinca itu sebenarnya anda boleh biakkan dengan keratan batang untuk mendapatkan lebih banyak pasu bunga vinca bagi mengindahkan ruangan laman.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Aziza Aziz di salah satu kelab vinca di media sosial.
“Ni kaedah semai keratan batang cucuk terus ke dalam tanah. Hari ni banyak nak semai. Pokok induk dah jadi macam sirih junjung. Sambil trim, boleh semai. Sahabat yang baru nak try semai boleh rujuk step gambar di bawah. Semoga bermanfaat,”Tulisnya di facebook.
Tanam Vinca Menggunakan Keratan Batang
Bahan-bahan yang diperlukan :Keratan batang vinca, tanah 6 in1 dan cocopeat, mangkuk polistrin dan penggalak akar.
Langkah 1 : Sediakan keratan batang vinca
Langkah 2 : Sediakan tanah 6 in 1 dan cocopeat
Langkah 3 : Tebuk lubang di bahagian bawah mangkuk polistrin menggunakan lidi satay dan buatkan seperti ini.
Langkah 5 : Isikan mangkuk polistrin dengan tanah dan siram dengan air untuk basahkan tanah tersebut.
Langkah 6 : Ambil keratan batang vinca dan buangkan terlebih dahulu biji benih, bunga dan daun pada bahagian batang.
Langkah 7 : Celup hujung batang ke dalam penggalak akar
Langkah 8: Cucuk ke dalam tanah.
Langkah 9 : Siram sedikit dengan baja AB dan letak tempat teduh.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Tiada apa yang mustahil dalam hidup ini selagi kita berusaha, ini jugalah yang telah dibuktikan oleh pasangan suami isteri ini dalam usaha untuk mengubah hidup. Siapa sangka dahulunya susah dan kini serba serbinya dicukupkan rezeki olehNya setelah berjuang tanpa mengenal putus asa.
Melalui perkongsian video di Tiktok, Puan Mardhiah Dzulkarnain berkongsi perjalanan hidupnya yang nyata cukup memberi inspirasi dan menarik perhatian wargamaya.
Dilihat ketika itu Puan Mardhiah bukanlah daripada keluarga yang senang. Dia mempunyai 5 orang anak yang masih kecil dan kenderaan yang mereka gunakan sekeluarga pada ketika itu hanyalah motor cabuk roda tiga.
Difahamkan dengan kenderaan tersebut mereka sekeluarga dapat ke sana ke sini bahkan motor itu juga telah dianggap seperti ‘kereta’. Apa yang pasti terlalu banyak jasa ‘kereta’ tersebut kepada keluarganya.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
2016 Detik Perubahan
Pun begitu tidak mahu terus hidup dalam kesusahan, ibu cekal ini memegang prinsip ‘Sampai bila nak macam ni? Tak ada siapa boleh ubah hidup kita melainkan diri kita sendiri’. Berbekalkan kata-kata semangat ini, pada tahun 2016 dia mula buat dropship dan kumpul duit sikit-sikit untuk ambil stok dan jual barang kosmetik.
“Semakin hari order makin banyak. Alhamdulillah dari puluh-puluh order bertukar jadi beratus-ratus order dalam sehari. Jadi sikit-sikit penuhkan rak, semua stok dekat rumah sahaja dan buat sale secara online”, ceritanya lagi.
Tahun 2018 menjadi kenangan manis buat keluarga ini apabila segala usaha dan penat lelah mencari rezeki akhirnya mendatangkan pendapatan lumayan dan berjaya membeli kereta pertama iaitu Myvi.
“Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya kami waktu tu. Barulah betul-betul merasa naik kereta, walaupun anak lima, sumbat semua duduk belakang. Kami sekeluarga sangat happy dan bersyukur sangat.
“Alhamdulillah pada 2021, saya dan suami berjaya buka kedai kosmetik sendiri bersebelahan rumah yang ketika itu turut sama dibina menggunakan duit sendiri hasil berniaga. Segalanya dibayar cash tanpa loan atas tanah sendiri. Manakala pada tahun berikutnya kami beli kereta kedua pula iaitu kereta Ford Ranger. Senang sikit nak angkut dan ambil stok banyak-banyak dekat pembekal.
“Alhamdulillah tahun 2023 ini berjaya miliki kereta idaman untuk keselesaan keluarga iaigtu kereta Toyota Alphard. Semoga keluarga kecil kami sentiasa dilimpahkan rezeki dan diberkati Allah swt hendaknya, amin,” jelasnya lagi dengan ikhlas.
Umum mengetahui khasiat amalkan minum air lemon ini setiap hari sering diwar-warkan, khususnya dikatakan buah lemon ini kaya dengan vitamin C dan bila diminum bersama air kosong bagus untun pencernaan.
Bukan itu sahaja, malah amalan minum air lemon menjadi teknik atau cara mudah untuk seseorang dapat menurunkan berat badan. Tidak kurang juga ramai yang berkata, khasiat air lemon ini boleh buatkan kulit bertambah sihat dan cantik.
Menyedari begitu banyak lagi khasiat lemon ini, menyebabkan ada antara kita gemar untuk menanam pokok lemon di laman rumah dengan harapan memudahkan untuk digunakan bila berbuah kelak.
Namun tidak dinafikan ada juga yang kecewa dalam bab memastikan pokok lemon yang ditanam dapat mengeluarkan hasil seperti yang diharapkan. Bahkan ada yang terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan pokok lemon yang ditanam berbuah.
Buat anda yang mengalami masalah seperti ini, sebenarnya ada teknik yang boleh anda praktikkan untuk pastikan pokok lemon tersebut berbuah lebat. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Fairose Mohd Noor.
Menurutnya yang berkongsi pengalaman di facebook berkenaan pokok lemonnya itu terlihat kini berbuah lebat. Ujarnya sebelum ini, 2 tahun tidak berbuah. Namun setelah dipraktikkan 4 cara berikut akhirnya pokok lemon meriah berbuah.
Langkah 1 : Pangkas Ranting
Pokok lemon perlu di pangkas ranting/cabang untuk pastikan dapat menghasilkan cabang yang lebih kukuh selain bertujuan untuk produktiviti.
Langkah 2 : Gali Lubang Berdekatan Pokok
Lubang digali berdekatan pokok lemon, boleh rujuk anak panah dalam gambar di atas. Setelah digali masukkan sisa makanan/sisa dapur ke dalamnya. Ia akan bertindak sebagai baja. Bila penuh lubang tersebut kambus dan kemudian boleh gali pula lubang lain berhampiran pokok. Lakukan perkara sama.
Langkah 3 : Sembur Dengan Cuka Kayu
Semburkan cuka kayu pada bahagian daun dan batang pokok. Cuka kayu berfungsi untuk melindungi pokok dari serangan perosak sambil dapat menguatkan daya tahan pokok daripada serangan penyakit. Selang seli sembur cuka kayu dan baja Ezigrow.
Hasil daripada melakukan rutin 4 langkah di atas pada awalnya saya sendiri tak percaya. Alhamdulillah..pokok sentiasa ada buah sehingga susah pula untuk dipangkas sebab sering berbunga…..syukur.