‘Sakit Mata’ Tengok Karpet Terkepak, Rupanya Senang Je Nak Luruskan Balik!

Share

Beli karpet letak kat rumah untuk selesa duduk dan nampak kemas pada rumah. Tapi yang tak bestnya, bila dah lama guna mulalah hujungnya terkepak! Bila lalu lalang, salah jalan boleh tersadung dah tak pasal-pasal luka sana sini jadinya.

Dah cuba untuk kepak balik, tapi masih lagi tak jadi elok seperti asal. Sampai buntu jadinya! Kalau nak tukar karpet, karpetnya masih ok. Rugi pula nak tukar!

Tak payah fikir banyak, ikut je cara yang diajar oleh seorang pengguna laman Tiktok ini,  @julespitch mengenai cara untuk luruskan balik karpet yang terlipat.

CARA UNTUK LURUSKAN KARPET

1. Ambil kain basah atau lembab. Letakkan ke atas karpet yang terlipat tadi.

2. Kemudian, ambil iron baju dan on kan macam biasa. Tak kisah iron jenis apa sekali pun janji panas. Lalu gosokan ke atas karpet yang telah diletakkan kain yang basah tadi. Gosok macam biasa sahaja. Macam iron baju. Lama-lama bahagian kepak akan terus lurus balik.

Kenapa tak boleh terus iron ke atas karpet tanpa perlu alas? Ini kerana akan menyebabkan kesan pada permukaan iron tersebut.

Dah siap! Karpet dah lurus.

@julespitch Tiada lagi yang ada tersadung punca bucu carpet terkepak 😂 Selamat mencuba! #tipsdapur #tipskemasrumah #tipsrumahbersih #petua ♬ SWIPE – ALYPH

ARTIKEL LAIN :

Nak Kawin Sebab Apa? Ustaz Ini Kongsikan 3 Perkara Yang Harus Anda Buat Sebelum Kahwin – KELUARGA

Bapa Meninggal 6 Jam Sebelum Majlis Konvokesyen, Anak Kuatkan Semangat Terima Skrol Tanpa… – KELUARGA

Mengadu Sakit Perut, Anak 6 Tahun Meninggal Dunia  Dalam Pangkuan Ibu – KELUARGA

Sumber: Tiktok @julespitch

 

IKLAN