Sakit belakang selepas bersalin adalah perkara yang menakutkan para wanita. Kesan sakit belakang ini mengambil masa yang agak lama untuk dipulihkan.
Sesetengah berpendapat, rasa sakit belakang ini akan semakin pulih apabila anak berusia hampir setahun. Ini bermakna sakit berpanjangan ini berlarutan
sehingga setahun lamanya. Sakit bukan?
Bagi ibu-ibu jangan serik untuk mengandung lagi disebabkan masalah sakit belakang ini. Lapan tip ini patut anda cuba untuk memastikan rasa sakit sedikit
berkurangan.
1. Sentiasa Baring Tika Pantang
Ini petua orang-orang lama. Dikatakan ketika berpantang, ibu haruslah sentiasa berbaring dan elakkan duduk dalam tempoh waktu yang terlalu lama. Kesannya
bukan pada masa ini tetapi apabila selepas habis berpantang juga apabila usia makin meningkat. Jadi baring dan berehatlah semahunya.
2. Kembalikan Berat Asal
Mengandung menyebabkan kenaikan berat badan ibu yang bukan sedikit. Cubalah kembalikan berat badan asal supaya berat lebih stabil dan anda juga lebih yakin. Masalah sakit akan beransur hilang dengan berat yang stabil.
3. Elak Kasut Tinggi
Selepas masuk semula bekerja, elakkan sama sekali memakai kasut tinggi. Ini hanya akan membuatkan tubuh tidak disokong sepenuhnya oleh kaki. Berikan masa kepada tubuh anda untuk kembali kepada postur asalnya dan kemudian barulah mencuba untuk mengenakan kembali kasut cantik anda.
4. Jangan Bongkok Semasa Menyusu
Penyusuan dengan postur tubuh yang tepat adalah langkah mudah mengatasi masalah ini. Elakkan membongkok ketika anda menyusu. Dapatkan sokongan dengan bantal yang dilapik di bawah lengan atau juga mendekatkan bayi kepada kita. Elakkan sama sekali membongkok.
5. Rehatkan Badan
Tidur yang tidak mencukupi dek kerana terpaksa berjaga malam menyebabkan masalah sakit belakang bertambah kronik. Jika punya sedikit waktu, berehatlah dan tidurlah secukupnya. Paling penting, luruskan badan ketika tidur.
6. Tidur Selesa
Tidurlah dalam keadaan yang lebih selesa dengan penggunaan tilam yang tidak berlekuk. Seboleh-bolehnya gunakan tilam yang tebal sebagai alas atau lapik
tempat tidur serta bantal untuk sokongan tambahan.
7. Berurut Jika Perlu
Jika terlalu sakit atau lenguh keterlaluan, sebaiknya pergilah berurut sebulan sekali bagi membuang angin dalam badan juga menghilangkan rasa sakit.
Urutan adakalanya melegakan disamping tubuh dibelai dan dapat berehat untuk seketika.
8. Elak Angkat Berat
Ketika tempoh ini, elakkan sama sekali mengangkat barang yang berat. Juga ketika cuba mengambil barang yang terjatuh, elakkan sekali membongkok secara
terus. Ini penting.
9. Bertungku
Walaupun telah habis berpantang, sesekali bertungkulah pada kawasan sepatutnya. Letakkan kepanasan lebih lama pada tumit kaki dan perut dan belakang badan. Ini sedikit sebanyak membantu badan lebih rasa relaks.
Jadikan aktiviti sihat antara rutin harian kita sebagai ibu. Yang pasti kita haruslah sentiasa sihat untuk menjaga suami dan anak-anak tersayang.