Susah betul nak tanggalkan pelekat roadtax atau cukai jalan! Tentunya ada segelintir antara kita tidak mengetahui cara yang betul untuk menampal roadtax.
Situasi itu mengakibatkan ada pengguna kereta menghadapi masalah untuk menanggalkan roadtax akibat gam terlalu kuat sehingga merosakan cermin kereta.
Nampak biasa aje hal ini tapi jik salah teknik tampal akan menjejaskan cermin kereta.
Sebagaimana perkongsian oleh Carput.my menerusi TikTok menyediakan panduan mudah untuk menampal roadtax.
Ikuti langkah berikut.
Ads
Mudah aje. Lepas ni boleh cuba trik ni. Nak lagi mudah faham lihat video nii.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Umum mengetahui bahawa pelakon dan usahawan Aeril Zafrel telah di sahkan positif Covid-19.
Menerusi memuat naik video di laman Instagram mengakui dirinya dijangkiti virus bahaya tu. Aeril kini kuarantin kendiri di rumah.
Terbaru, isterinya, Wawa Zainal dan keluarga lain keputusan ujian negatif Covid-19 yang dimaklumkan menerusi Instagram milik Wawa.
Bagaimana pun dalam tempoh kuaratin pastinya perlu mematuhi SOP yang ketat mengelak jangkitan kepada ahli keluarga yang lain.
Begitu juga dengan Aeril yang memastikan dirinya tidak berada berdekatan dengan ahli keluarganya.
Menerusi muat naik video jelas mengambarkan Aeril berada di dalam bilik, namun apa yang menarik perhatian apabila rakaman isterinya yang memasuki bilik dengan berpakaian lengkap nyah kuman.
“Nampak sekejap pun jadilah. Hehe macam pocong dah . Cer teka sapa”
Menurut isterinya sebelum suaminya kuarantin kendiri di rumah, segala kelengkapan telah diambil namun terlupa beberapa helai pakaian sehingga memaksanya memasuki bilik suaminya namun dengan berpakaian lengkap nyah kuman.
“Sblm naik mcm2 benda nak ambil pencuci muka . serum ubat2an..sekali da naik lupa semua benda baju je sempat capai panas pakai ppe suit tu.”- Wawa
Dah lumrah, bila tular sesuatu isu di negara kita ni, ada juga lah berita seakan demikian sama naik tularnya tapi yang penting memberi imput yang positif bagi yang menontonnya.
Misalnya sekarang tengah hangat dibual isu poligami dan zuriat, sana sini tak habis-habis geram dengan abang Tesla kononnya. Nak-nak lagi si isteri, walaupun tak terbabit turut beri amaran kepada suami supaya tidak berperangai sebegitu.
Lain pula dengan perkongsian satu ini yang turut tular di sosial media tentang satu video dikongsi seorang pengguna Tiktok bernama Adam Harith yang memaparkan perjalanan hidup bersama isteri tercintanya.
Mereka berkawan begitu lama sejak di bangku sekolah lagi iaitu selama 17 tahun sehinggalah mereka bergelar suami isteri.
Namun, perjalanan kehidupan rumah tangga mereka bukan mudah kerana kedua-duanya perlu menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ) kerana tuntutan kerja.
Bercakap kepada mStar, Inspektor Mohd Ruzaimi Adam, 33, mengakui dia dan isteri lama hidup berdua selepas bernikah pada 2016.
Kenal Sejak Tahun 2006
Dia yang mengenali isterinya ketika sama-sama belajar di Sekolah Menengah Belara di Manir, Kuala Terengganu, Terengganu pada 2006 bagaimanapun menganggapnya sebagai cabaran rumah tangga mereka.
“Video yang saya kongsikan itu untuk menceritakan tentang perjalanan hidup kami suami isteri yang belum ada anak lagi masa tu. Masa mula-mula kahwin pun beli kereta Axia je.
“Walaupun belum dikurniakan zuriat, kita jangan putus asa. Jangan ambil jalan singkat untuk kahwin lain kerana anak adalah rezeki daripada Allah, Dia yang menentukan pada bila-bila masa,” katanya memetik laporan Mstar.
Ruzaimi tidak mahu mensia-siakan masanya lantas membuat keputusan untuk menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Penguatkuasaan Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor.
“Tentu sedih apabila kami masih belum dikurniakan zuriat selepas bertahun-tahun kahwin. Ada saudara-mara yang baru kahwin pun ada yang hamil dan dapat anak.
“Memang mencabar juga terutama setiap kali nak balik kampung beraya, saudara-mara tanya bila lagi, bila lagi. Tapi kami anggap masih belum ada rezeki.
“Saya pula menggembirakan diri dengan cara sambung Master, fokus pada belajar dan keluarga. Itu adalah keutamaan saya ketika itu,” ujarnya yang berasal dari Kuala Terengganu.
6 Tahun Menanti Zuriat, Diserikan Dengan Rezeki Anak Kembar
Mengulas lanjut, Ruzaimi dan isteri pergi berjumpa dengan pakar dan mendapati isterinya mengalami masalah cyst atau j4ngkitan pada ovari yang menyukarkan kehamilan.
Dia yang menetap di Kuala Lumpur berkata, isterinya yang bertugas sebagai guru kemudian menjalani rawatan dan pembedahan sekitar September 2021.
Walaupun belum dikurniakan zuriat, kita jangan putus asa. Jangan ambil jalan singkat untuk kahwin lain kerana anak adalah rezeki daripada Allah.
“Alhamdulillah selepas enam tahun menanti, isteri saya disahkan hamil pada Disember 2021 dan bersalin pada Julai 2022. Bulan keenam, scan kandungan tengok baby kembar.
“Syukur rezeki berganda, dapat dua anak sekali gus,” katanya yang turut mengusahakan homestay di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Ruzaimi sekali lagi diuji apabila isterinya yang hamil sering keluar masuk hospital waktu itu dan dia pula sibuk untuk menduduki peperiksaan semester akhir.
“Isteri masuk hospital kerana alahan. Dan masa hari exam tu, isteri masuk hospital, saya hantarkan dan syukur pensyarah beri pelepasan dalam tempoh tiga hari exam secara online.
“Syukur Alhamdulillah juga saya dapat sokongan daripada rakan-rakan satu team yang juga buat PJJ (pengajian jarak jauh). Apa pun, saya utamakan keluarga,” katanya yang kini berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana.
Dalam pada itu, Ruzaimi turut menitipkan pesanan kepada kaum suami yang mengalami nasib sama dengannya menantikan zuriat agar tidak mudah berputus asa.
“Kepada suami-suami lain yang tak minat belajar, buatlah apa anda suka. Macam buat bisnes cari peluang ilmu bisnes. Saya pula mahu upgrade diri saya dengan sambung belajar.
“Fokus dengan apa yang kita minat dan utamakan isteri serta keluarga yang selama ini menyokong anda. Saya percaya anda tidak akan terfikir untuk berkahwin lain,” katanya sambil menambah kereta Axia yang dibelinya kini menjadi kegunaan harian ibu dan adiknya di kampung.
Jika nak rezeki melimpah, salah satu caranya kenalah berikan kasih sayang kepada isteri dan anak-anak serta keluarga. Kadang kala, apabila kita berbuat baik kepada orang yang kita sayang ini sepenuh hati, tanpa kita duga rezeki datang bertandang.
Memang tidak dinafikan apabila suami sakitkan hati isteri, buat hatinya kecewa, rezeki akan berkurang. Malah tanggungjawab kepada anak dan ibu bapa serta mertua juga jangan diabaik.Mereka juga punca rezeki kita. Bukan kisah rekaan, tetapi kisah benar. Inilah yang dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew yang menasihati bahawa setiap rezeki yang Allah beri dengan melakukan kebaikkan kepada keluarga tersayang. Moga perkongsian ini inspirasi buat suami-suami.
Malam tadi jumpa dengan kontraktor yang jujur dan rajin. Terkesan dan kagum bila jumpa dalam masa 3 tahun ni. Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Jujur dalam kerja dan jujur dalam keluarga..Jaga isteri, ibubapa dan jujur…itulah kuncinya dalam pekerjaan. Ya Allah….kaulah segalanya.. Subhanallah, lawa rumah. Cantiknya..yerlah kontraktor..buat sendiri jer.. Dia ucap terima kaseh pada saya. Kerana baru dia siapkan 3 projek besar. Berjuta nilainya.. Dia ucap terima kasih pada saya kerana ramai kawan-kawan fb ustaz beri projek padanya. Jawab saya, itu semua dari Allah selagi kita jujur dan beri yang terbaik kerana Allah. Semuanya cuma bermakna bila kita buat kerana Allah.. saya takkan cerita pada orang jika kerjanya teruk, tak jujur dan berkualiti. Yang gerakkan hati untuk menulis pun Allah. Bila berbual dia tak lekang menyebut isterinya. Katanya sehingga hari ini dia lepas solat tak pernah tinggal doakan ibubapa, ibubapa mertua dan isteri. Ramai orang hidup jadi kelam kabut. Bila tanya rupanya tak sempat berdoa. Solat pun tak..bagaimana harapkan rezeki jika tak sujud pada pemberi rezeki. Seterusnya katanya saya mendapat doa isteri. Isterinya yang sentiasa mendoakannya. Saya tahu rezeki saya kerana Allah sayang isteri saya. Rezeki anak-anak. Saya jaga hatinya. Saya jujur padanya. Saya tahu dia memang begitu. Dia selalu khidmat mak ayah mertua ke sana sini. Katanya pada saya, betul kata ustaz..siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya TAK BERKAT. TAK BERJAYA. Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga..mereka amanah dan anugerah Allah. Saya pun panggil isteri saya. Isteriku Bidadari. Saya baca buku isteriku Bidadari tu dari kulit sampai kulit. Saya dah ulang 5 kali ustaz..benar-benar menusuk kalbu. Saya cuba amalkan setiap bab. Saya beli dan hadiah pada kawan-kawan kontraktor yang lain. Saya kata baca buku ini rezeki bukan tentang pandai cari duit. Tapi jadi hamba Allah yang baik dan sayangi keluarga..jujur pada isteri. Jujur pada orang kita sayang. Ramai orang ingat, duit cuma bekerja siang malam. Ramai orang ingat rezeki bila pandai, cantik, glamour. Ramai orang terlupa ada orang memiliki semua tapi dicabut bahagia dalam hidupnya. Dia tak tahu erti syukur. Ada isteri tak hargai. Ada anak tak dipandang. Ada ibubapa tidak dihormati. Hakikatnya semua dari Allah. Allah beri bila kita buat baik pada isteri buat baik pada mak ayah dan semua. Bagaimana kita melayani yang dibumi. Begitulah kita dikasihi dan disayangi Allah. #Hargai_Isteri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.