“Salam Sayang Dari Kami Bertiga” Fattah Kongsi Berita Gembira, Fazura Selamat Lahirkan Baby Girl!

Share

Alhamdulillah… Setelah 3 tahun mendirikan rumahtangga, aktress Fazura selamat melahirkan bayi perempuan sebentar tadi di sebuah pusat perubatan.

Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya, Fattah Amin menerusi laman Instagram miliknya dengan meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata sulung itu.

“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini.

“Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.” tulisnya.

Tambah Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, dia dan isterinya memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama serta wajah bayi mereka sehingga hari ketujuh kelahiran selain berterima kasih kepada orang ramai yang sudi mendoakan.

” Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.

“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga,” katanya.

Sebelum ini, pasangan Nur Fazura dan Fattah Amin telah diijabkabulkan pada 27 November 2017.

Sumber : Instagram Fattah Amin

IKLAN