Alhamdulillah… Setelah 3 tahun mendirikan rumahtangga, aktress Fazura selamat melahirkan bayi perempuan sebentar tadi di sebuah pusat perubatan.
Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya, Fattah Amin menerusi laman Instagram miliknya dengan meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata sulung itu.
“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini.
“Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.” tulisnya.
Ads
Tambah Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, dia dan isterinya memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama serta wajah bayi mereka sehingga hari ketujuh kelahiran selain berterima kasih kepada orang ramai yang sudi mendoakan.
Ads
” Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.
“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga,” katanya.
Buntu memikirkan bila anak-anak yang semakin membesar tidak mahu mendengar kata. Pelbagai amalan yang dilakukan sejak kecil namun anak masih lagi menunjukkan sikap yang sama.
Sebagai ibu dan ayah, nilai diri kita sendiri. Mungkin kita tersalah mendidik atau tersalah langkah dalam berkongsi ilmu dengan anak-anak. Jangan buntu dan terus menyalahkan diri kerana masih ada ruang untuk anak kecil kita berubah.
Empat pesanan yang dikongsikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dalam mendidik anak-anak di zaman ini kita kena ikuti.
Memulakan dengan kata-kata yang baik adalah kunci kepada segala kebaikan. Ikuti segala perkongsian olehnya.
Anak-anak yang mendengar kata ibu dan ayah pastinya menjadi satu kebanggaan. Tiada yang lebih membahagiakan buat hati ayah dan ibu melainkan memperoleh anak yang mendengar kata, rajin tolong ayah ibu, rajin pergi sekalah, tak tinggal solat dan sebagainya.
Semua ini antara ciri-ciri anak yang sentiasa menjadi kebanggaan. Namun tidak semua anak membesar dengan baik dan menuruti segala kata-kata ibu ayah. Ini yang boleh diamalkan dalam kehidupan harian. Ingatlah bahawa setiap kata-kata kita adalah satu doa!
Keluarkan Kata-Kata Baik
Sentiasa mengeluarkan perkataan yang positif buat anak-anak kita seperti anak bertuah, anak bijak, anak mama sayang, anak ayah sayang dan sebagainya. Elakkan sama sekali perkataan negatif buat anak kita ketika kita sedang marah. Takut dan dibimbangi kata-kata yang kita gunakan ini mustajab kerana ianya satu doa!
Tegur Dengan Baik
Tegurlah anak dengan penuh berhemah dan kasih sayang. Anak-anak adalah ujian dari Allah, buat ibu dan ayah bagi menilai kesabaran mereka dalam mendidik anak-anak. Jadi tegurlah mereka dengan baik, penuh berhemah dan kasih sayang. Gunakan perkataan yang paling baik dan nada lembut dalam menegur mereka.
Sentiasa Gunakan Nama Allah
Sentiasalah gunakan nama Allah dan Rasulullah. Sebagai contoh, “Anak ibu sayang Allah dan Nabi tak?” Kalau sayang Allah jangan tinggalkan solat dan jangan lawan cakap mak ayah sebab kita semua nak masuk syurga dan dapat syafaat daripada Allah SWT. Sentiasalah gunakan nama Allah dalam seharian bagi mendidik sifat mulia anak.
Banyakkan Berdoa
Kunci kepada segala kebaikan adalah berdoa kepada Allah SWT. Ibu dan ayah janganlah putus doa pada anak. Sentiasalah berdoa kepada mereka untuk terus menjadi anak yang baik, patuh pada ibu ayah dan menjadi anak yang terpuji.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Momen indah bergelar raja sehari adalah saat yang dinantikan bagi setiap pasangan yang bakal bergelar suami isteri. Termaktub sudah ikatan pernikahan antara lelaki dan wanita. Pasti debaran lebih kepada sang suami yang bakal berjabat tangan dengan tok kadi sebelum sang isteri menjadi miliknya yang sah.
Namun, bagi pasangan suami isteri istimewa ini cukup berbeza. Bila mana saat pengantin lelaki ‘melafazkan’ nikah dalam bahasa isyarat membuatkan tetamu hadir sebak dan terharu. Ini kerana majlis kad nikah itu membabitkan pasangan pengantin bisu.
Kisah pasangan pengantin ini dimuat naik menerusi satu rakaman video, si pengantin lelaki menyempurnakan akad nikah menggunakan bahasa isyarat sambil diiringi oleh guru sekolahnya untuk proses alih bahasa.
Itu perkongsian seorang pengguna Twitter bernama Erin Kahar apabila memuat naik satu rakaman video menunjukkan pengantin lelaki bernama Muhammad Faiz menggunakan bahasa isyarat ketika melafazkan akad nikah yang kemudian diterjemahkan oleh guru sekolahnya.
Atas bantuan guru itu, Muhammad Faiz dan pasangannya bernama Fara sah bergelar suami isteri.
Percintaan bermula di bangku sekolah itu membuatkan netizen berasa kagum dan sehingga kini video tular itu meraih lebih 500,000 tontonan.
Perkongsian video tersebut turut mengundang rasa sebak netizen kerana melihat kelancaran pengantin lelaki menggunakan bahasa isyarat terutama mengeja nama pengantin perempuan.
Tular dalam media sosial satu kejadian melibatkan seorang lelaki dipercayai meninggal dunia selepas rebah dan tidak sedarkan diri ketika sedang bersarapan di sebuah restoran.
Menerusi gambar yang turut tersebar dalam aplikasi mesej Whatsapp itu, lelaki berkenaan didakwa baru sahaja mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.
Berita tidak benar itu terus tersebar dan isterinya tampil memberi kenyataan dan meminta orang ramai supaya menghentikan menyebarkan berita palsu yang kononnya pengambilan dos penggalak menjadi punca atau penyebab kematian suaminya.
Ini sebagaimana memetik berita di Harian Metro, Rabunah Abdu Rashid iaitu merupakan isteri kepada arwah ada memberi kenyataan jelas terhadap hal tersebut.
5 Tahun Sakit Jantung
“Suami saya memang ada penyakit jantung dan darah tinggi. Kematian dia bukanlah disebabkan dos penggalak seperti dakwaan tular itu,” kata Rabunah Abdu Rashid, isteri kepada Hamsan Hashim, 54.
Hamsan yang juga pekerja kilang di Shah Alam meninggal dunia ketika menikmati sarapan di sebuah restoran di Bukit Sentosa, di sini, pagi hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial mendakwa kematian Hamsan disebabkan serangan jantung dan baru sahaja selepas mengambil dos penggalak.
Rabunah, 49, berkata, dia hanya mengetahui mengenai dakwaan itu selepas dihubungi pegawai penyiasat kes berkenaan kira-kira jam 4 petang.
“Sebelum kejadian, suami memaklumkan dia mahu bersarapan dengan rakannya di restoran berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah kami sebelum pergi ke tempat kerja.
“Kira-kira 7.15 pagi, saya menerima panggilan daripada seseorang yang memaklumkan suami pengsan di restoran terbabit sebelum saya bergegas ke sana.
“Sebaik tiba, saya melihat suami sudah tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Tiada Sebarang Simptom
Dia yang juga suri rumah berkata, suaminya menghidap penyakit jantung serta darah tinggi sejak lima tahun lalu dan menjalani pemeriksaan perubatan setiap bulan di Hospital Selayang.
“Suami memang baru sahaja mengambil dos penggalak pada 12 Januari lalu, namun dia tidak mengeluh atau menunjukkan mengalami sebarang simptom serius kecuali lenguh pada bahagian tangan.
“Apabila saya dimaklumkan oleh pihak polis mengenai dakwaan itu, saya amat terkejut kerana saya tidak pernah menyatakan dalam laporan kematian suami ada kaitan dengan dos penggalak,” katanya.
Dia meminta orang ramai supaya menghentikan menyebarkan berita palsu berkenaan kerana pengambilan dos penggalak bukan penyebab kematian suaminya.
“Saya minta mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu ini supaya berhenti berbuat demikian. Saya dan keluarga termasuk tiga anak berusia antara 13 hingga 20 tahun reda dengan pemergian suami,” katanya.
Menurutnya, jenazah Hamsan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Beruntung kira-kira 3 petang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 7 pagi.
“Pemeriksaan oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Serendah mengesahkan lelaki berkenaan meninggal dunia.
“Isteri lelaki terbabit juga mengesahkan dia menghidap penyakit jantung serta darah tinggi sejak lima tahun lalu dan masih menerima rawatan di Hospital Selayang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Arsad berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat.
“Hasil ujian saringan dilakukan mendapati lelaki itu negatif Covid-19 dan pihak doktor mengesahkan punca kematian disebabkan sakit jantung kronik (coronary artery disease).
“Siasatan awal pihak polis juga mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian lelaki berkenaan yang tular di media sosial.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.