Sambal Balado, Dr Mazliana Ni Kongsi Resipi Original Belajar Dari Orang Indonesia. Memang Padu!

Share

Ada antara kita memang diakui perlu ada sambal balado setiap kali ingin menjamu hidangan tengah hari. Tak kiralah makan dengan apa pun, baik dimakan bersama nasi putih hatta menjadi pelengkap untuk dinikmati bersama menu nasi goreng, bihun goreng dan sebagainya.

Berkongsi tentang sambal balado ini, Dr Mazliana Mazlan juga punya ceritanya yang tersendiri. Difahamkan resipi yang dikongsikan ini dipelajari cara membuatnya daripada kawan adiknya yang berasal dari Indonesia.

 

 

 

“Lepas saya cuba resepi dari Indonesia ini, saya dah tak pernah buat carian resepi lagi di internet untuk sambal balado. Saya dah jumpa resepi yang betul-betul kena dengan lidah. Padu sangat rasa dia, pelbagai guna lagi, memang stok yang tak pernah putus yang perlu ada di rumah saya.

“Tumis bawang, kemudian masukkan sambal dan telur, gaul dengan nasi. Siap nasi goreng tak sampai 5 minit.

“Tumis bawang holland, masukkan sambal, masuk air dan perasakan dengan garam. Siap untuk digaul dengan ayam atau ikan goreng. Makan dengan sup sayur pun dah tak ingat orang sebelah,” ceritanya ringkas berkenaan resipi sambal berlado yang dikongsikan di salah satu group masakan di facebook tidak lama dahulu.

Jadi buat anda peminat sambal, anda wajib cuba resepi sambal berlado yang satu ini.

 

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

ARTIKEL MENARIK

 

Resepi sambal balado ala Indonesia

(Kuantiti yang saya tulis hanya sebagai guideline sahaja. Boleh ubah ikut tahap kepedasan yang diingini. Saya banyak kali cuba olah bawang lebih, sambal lebih, tomato lebih, akhirnya saya suka dengan kuantiti yang ini.)

Bahan-bahan :

1 biji bawang besar

1 biji tomato

3 ulas bawang putih

3 biji cili merah

3 genggam cili padi (campur merah dan hijau ikut tahap kepedasan masing-masing)

2 inci belacan

2 sudu besar gula

Garam secukup rasa

Minyak

Cara penyediaan :

Langkah 1 :

Kalau rajin, boleh tumbuk bahan-bahan ini. Cara saya yang kurang sikit rajinnya dan nak cepat, saya masukkan semua dalam food processor. Jangan letak air langsung ye. Kalau guna blender biasa pun boleh, letak air sikit je okay.

Langkah 2 :

Kisar jangan lumat sangat, biar nampak ada serdak-serdak cili gitu.

Langkah 3 :

Panaskan minyak, agak-agak je. Saya guna minyak masak lebihan goreng ikan bilis masa buat sambal tempoyak haritu. Sekali harung buat stok semua bahan.

Langkah 4 :

Masukkan dalam kuali. Masak sampai agak kering airnya untuk tahan lama, biar betul-betul kering.

Langkah 5 :

Masukkan gula dalam 2 sudu. Saya guna organic raw cane sugar.

Langkah 6:

Masukkan garam Himalaya secukup rasa. Apa-apa garam pun boleh.

Langkah 7 :

Siap! Boleh simpan dalam bekas dan masukkan dalam chiller. Tak perlu sejuk beku, boleh tahan dalam 2 minggu.

 

Sumber : Dr Mazliana Mazlan

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

IKLAN