Ada antara kita memang diakui perlu ada sambal balado setiap kali ingin menjamu hidangan tengah hari. Tak kiralah makan dengan apa pun, baik dimakan bersama nasi putih hatta menjadi pelengkap untuk dinikmati bersama menu nasi goreng, bihun goreng dan sebagainya.
Berkongsi tentang sambal balado ini, Dr Mazliana Mazlan juga punya ceritanya yang tersendiri. Difahamkan resipi yang dikongsikan ini dipelajari cara membuatnya daripada kawan adiknya yang berasal dari Indonesia.
“Lepas saya cuba resepi dari Indonesia ini, saya dah tak pernah buat carian resepi lagi di internet untuk sambal balado. Saya dah jumpa resepi yang betul-betul kena dengan lidah. Padu sangat rasa dia, pelbagai guna lagi, memang stok yang tak pernah putus yang perlu ada di rumah saya.
“Tumis bawang, kemudian masukkan sambal dan telur, gaul dengan nasi. Siap nasi goreng tak sampai 5 minit.
“Tumis bawang holland, masukkan sambal, masuk air dan perasakan dengan garam. Siap untuk digaul dengan ayam atau ikan goreng. Makan dengan sup sayur pun dah tak ingat orang sebelah,” ceritanya ringkas berkenaan resipi sambal berlado yang dikongsikan di salah satu group masakan di facebook tidak lama dahulu.
Jadi buat anda peminat sambal, anda wajib cuba resepi sambal berlado yang satu ini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
(Kuantiti yang saya tulis hanya sebagai guideline sahaja. Boleh ubah ikut tahap kepedasan yang diingini. Saya banyak kali cuba olah bawang lebih, sambal lebih, tomato lebih, akhirnya saya suka dengan kuantiti yang ini.)
Ads
Bahan-bahan :
1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
3 genggam cili padi (campur merah dan hijau ikut tahap kepedasan masing-masing)
2 inci belacan
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak
Cara penyediaan :
Ads
Langkah 1 :
Kalau rajin, boleh tumbuk bahan-bahan ini. Cara saya yang kurang sikit rajinnya dan nak cepat, saya masukkan semua dalam food processor. Jangan letak air langsung ye. Kalau guna blender biasa pun boleh, letak air sikit je okay.
Langkah 2 :
Kisar jangan lumat sangat, biar nampak ada serdak-serdak cili gitu.
Langkah 3 :
Panaskan minyak, agak-agak je. Saya guna minyak masak lebihan goreng ikan bilis masa buat sambal tempoyak haritu. Sekali harung buat stok semua bahan.
Langkah 4 :
Masukkan dalam kuali. Masak sampai agak kering airnya untuk tahan lama, biar betul-betul kering.
Ads
Langkah 5 :
Masukkan gula dalam 2 sudu. Saya guna organic raw cane sugar.
Langkah 6:
Masukkan garam Himalaya secukup rasa. Apa-apa garam pun boleh.
Langkah 7 :
Siap! Boleh simpan dalam bekas dan masukkan dalam chiller. Tak perlu sejuk beku, boleh tahan dalam 2 minggu.
Bercakap tentang keenakan rasa masakan kari, tentunya terletak pada olahan rasa rempah dan ramuan lain dengan santan yang menjadikan kuah kari rasa berlemak dan enak .
Tetapi, resipi Kari Ayam yang dikongsikan oleh puan Aslyna ini pun tidak kurang hebatnya. Nampak cukup menyelerakan.
Tambah istimewa lagi, rupa-rupanya menu ini adalah masakan asli daripada negara Nepal yang dipelajari daripada abang iparnya.
“Abang ipar saya orang Nepal..dia ada ajar saya masak kari yang berasal dari negaranye. Nama masakkan tu Kukkra Curry atau kita panggil kari ayam.”
Memang sedap,sebab kari diorang ni lain dari yang lain dan tak pakai santan. Kari ni bukan makan dengan nasi je sedap,makan dengan roti arab pun sedap.
RESEPI KUKKRA CURRY
ayam seekor
*bawang merah 5 biji
*bawang putih 3 biji
*halia 1 inci
(blenda bahan yang bertanda *)
tomato 4 biji (potong dadu)
ubi kentang (terpulang)
daun ketumbar 1 pokok (letak lebih lagi sedap)
yogurt ori 5 sudu (yang tak de perisa)
serbuk kari 6 sudu penuh
Cara masak
*tumis semua bahan blenda,masukkan tomato,masukkan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
Kemudian masukkan ayam dan kentang dan masukkan sedikit air. Biarkan mendidih hingga ayam masak.
Kemudian masukkan yogurt. Akhir sekali msukkan daun ketumbar yang sudah dipotong-potong..siap,cuba la.
Sumber : Aslyna Nor Hassan via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apam Gula Hangus, Menu simple untuk minum petang. Cukup mudah cara buat dan simple bahan yang digunakan. Tak perlu banyak step hanya blender dan kukus. Hasilnya memang sedap.
Mesti ramai boleh cuba. Mudah je buatnya ni. Cepat, mudah cara ini, tahu-tahu dah siap. Hasilnya memang sedap dan gebu.
Resipi perkongsian daripada puan Yati Yati ini di ‘shared’ 3k menerusi page Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM). Nak tahu cara buatnya, jom cuba resipi ini. Pasti tak mengecewakan!
Apam gula hangus gebus pkpd menu k. Bidan hr ..ada yg suka ke.. Mudah je buatnya ni.. Blend je.. Cepat je.ni k. Bidan bg resepi senang ckit nk buat kan…jommm… Kita.
Bahan 1
1 cawan gula – Masak dan jadikan gula hangus. -warna macam madu.
1 cawan Air panas
2 sudu marjerin
Bila gula dah hangus masukan air panas kacau sampai gula hancur dan campurkan marjerin.. Sejukan ya
Bahan 2
1 1/2 cawan tepung gandum+ 1 sudu lagi takut cair sangat
2 biji telur
2 sudu susu pekat
1 sudu soda bikabonate
Cara membuat:
Bahan 1 + bahan 2 Blend je. Boleh lah kukus selama 15 minit.
Lepas tu masukkan ke dalam adunan. Jangan penuh sangat sebab nanti ia akan mengembang lebih kurang sekali ganda. Kukus selama 15 minit.
Apa nak masak ya untuk dijamu pada tetamu yang nak datang beraya esok? Apa kata cuba hidangkan Nasi Minyak yang cukup mudah caranya. Dipadankan pula dengan Daging Beriani memandangkan sudah ada daging di rumah kan.
Cukup lengkap sebagai sajian utama. Pasti membuatkan tetamu kekenyangan. Jom tengok resipinya!
– NASI MINYAK SIMPLE –
– 3 cawan beras basmathi
– 1/2 cawan margerin/planta
– 3 1/2 cawan air
– 1 cawan susu cair
– 2 kuntum bunga lawang
– 2 batang kulit kayu manis
– 3 biji buah pelaga
– 2 helai daun pandan
– garam secukupnya
– 1 kuib stok ayam
– Pewarna kuning
BAHAN KISAR:
– 6 biji bawang merag
– 3 ulas bawang putih
– 1 cm halia
BAHAN HIASAN:
– bawang goreng
– daun bawang dihiris
CARA :
1. Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.
2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.
3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.
4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika.
5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap!
– DAGING BERIANI –
– 1 kilo daging ( rebus hingga lembut )
– 1/2cawan minyak
– 1 cawan air
– 125 gm rempah beriani ( agak-agak )
– 2 tangkai daun ketumbar
– sedikit garam
– 2 biji kentang dipotong 4
– sedikit susu cair ( agak2 )
– 2 sudu cili kisar
BAHAN KISAR:
– 7 biji bawang merah
– 5 ulas bawang putih
– 3 labu bawang besar
– 1 1/2 cm halia
CARA :
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.
2. Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan air dan garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!
– SELAMAT MENCUBA –
kredit: angah izan
–
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang banduan yang berjaya memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa menjalani hukuman penjara telah mendapat pengampunan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bersempena...