Sambal kicap memang pelbagai gunanya. Kalau bukan sebagai sambal Pisang Goreng dan tempe, makan bersama hidangan lain seperti bihun dan mi goreng juga bangkit seleranya. Terangkat!

Perkongsian yang dikongsikan oleh Fatimah Naamat mengenai sambal kicap yang disimpan lama di dalam peti sejuk memang patut kita cuba. Paling menarik katanya, sambal kicap ini mampu bertahan lama, sehingga bertahun lamanya. Jom kita ikut caranya.

Rahsia nak buat sambal kicap yang tahan lama ni Tim belajar dari kak ipar, Kak Ngah namanya. Nilah seronok beripar duai, kita belajar teknik masakan yang banyak.

Sambal Kicap Letop Terlajak Sedap Kalau Ikut Cara Ni, Confirm Habis Licin!

1. Cili dan kicap mesti sama sukatannya.
Kalau semangkuk cili, kicap pun mesti semangkuk. Tim suka pakai kicap lemak manis. Nak pakai kicap masin kena tambah gula sikit. Letak beberapa ulas bawang putih.

2. Kisar lama
Kisar cili dan kicap sampai hancur setiap biji cili. Kisar biar lama sikit. Kalau nak pedas piaw pakailah cili padi semua. Tim campurkan cili siam dan sikit cili hijau.

IKLAN

Sambal Kicap Letop Terlajak Sedap Kalau Ikut Cara Ni, Confirm Habis Licin!

3. Masak Lama
Masak atas api perlahan sampai ianya pekat dan likat. Kiranya sampai campuran kicap dan cili jadi separuh dari asalnya. Campur cuka atau limau untuk ada elemen masam.

Sambal kicap ni boleh simpan bertahun-tahun dalam peti ais. Boleh cicah dengan ikan bakar atau letak dalam sup panas.

IKLAN

Bukan sahaja perkongsian 3 cara ini, malah tiga rakan-rakan Fb juga berkongsi rahsia mereka sendiri untuk memastikan Sambal Kicap lagi sedap dan power. Jom tiru.

Sambal Kicap Letop Terlajak Sedap Kalau Ikut Cara Ni, Confirm Habis Licin!

Thanks pada kawan-kawan di FB kasi tips extra.

IKLAN

i. Puan Aini Bakar bawang putih sekali dengan kulit dia sebelum masuk blender. Sambal kicap akan lebih wangi.

ii. Puan NisaBoleh campur belacan goreng pada yang suka.

iii. Puan FawzikaGoreng layu dengan sedikit minyak bawang putih, cili dan sedikit kismis sebelum kisar dan masak. Letakkan sedikit cuka ketika masak. Sambal jadi berkilat.

Selamat mencuba.

Credit : Fatimah Naamat

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI