Snek antara salah satu menu yang sememangnya menjadi kegemaran ramai bukan sahaja anak kecil, malah orang dewasa pun suka.

Selalunya kalau nak buat snek pasti runsing memikirkan bahan yang banyak. Tetapi kali ini, resipi yang dikongsikan oleh sangat mudah kerana hanya menggunakan 4 bahan sahaja.

Karamel popcorn roti ini sangat mudah dibuat dan dijamin pasti tak cukup. Jika anda ada lebihan roti dan tak ada idea nak buat apa, bolehlah cuba resipi ini. Selamat mencuba.

Guna 4 Bahan Je? Karamel Popcorn Roti Paling Mudah Untuk Snek Anak-Anak

Bahan-Bahan: 

  1. 2 keping roti
  2. Gula
  3. Mentega
  4. Air

Baca Juga:

  1. Meriah Raya Bila Masak Sambal Goreng Jawa Ni. Boleh Makan Satu Keluarga
  2. Mi Rebus Utara Atau Mi Sup Selatan, Masak Main Campak-campak Tapi Rasa Memang Padu!
  3. Aiskrim Durian Hidang Pada Tetamu. Cuaca Panas-panas Ni, Mesti Licin Tak Cukup Sorang Satu!

Cara-Cara: 

IKLAN

– Potong roti secara dadu atau petak-petak kecil. Bakarkan roti dalam kuali sehingga rangup dan bila dah keperang-perangan boleh angkat.

Guna 4 Bahan Je? Karamel Popcorn Roti Paling Mudah Untuk Snek Anak-Anak Guna 4 Bahan Je? Karamel Popcorn Roti Paling Mudah Untuk Snek Anak-Anak

– Untuk buat sos karamel, masukkan 3 sudu besar gula, 2 sudu besar air dan masakkan dengan api yang kecil. Jangan kacau gula dan air tadi dan biarkan ia mencair dengan sendiri sehingga bertukar warna coklat.

Guna 4 Bahan Je? Karamel Popcorn Roti Paling Mudah Untuk Snek Anak-AnakGuna 4 Bahan Je? Karamel Popcorn Roti Paling Mudah Untuk Snek Anak-Anak Guna 4 Bahan Je? Karamel Popcorn Roti Paling Mudah Untuk Snek Anak-Anak

IKLAN

– Kecilkan api sedikit dan masukkan 1 sudu besar mentega ke dalam karamel tadi dan kacau sehingga sebati secara perlahan. Masukkan secubit garam dan gaul sebati.

Guna 4 Bahan Je? Karamel Popcorn Roti Paling Mudah Untuk Snek Anak-AnakGuna 4 Bahan Je? Karamel Popcorn Roti Paling Mudah Untuk Snek Anak-Anak

– Kemudian masukkan 1/2-1 sudu teh air untuk jadikan sos karamel lebih sebati.

IKLAN

Guna 4 Bahan Je? Karamel Popcorn Roti Paling Mudah Untuk Snek Anak-AnakGuna 4 Bahan Je? Karamel Popcorn Roti Paling Mudah Untuk Snek Anak-Anak

– Masukkan 3 sudu besar krim masakan (whip cream). Perlahankan api dan masukkan roti tadi, gaulkan bersama sos karamel hingga sebati secara cepat.

Guna 4 Bahan Je? Karamel Popcorn Roti Paling Mudah Untuk Snek Anak-AnakGuna 4 Bahan Je? Karamel Popcorn Roti Paling Mudah Untuk Snek Anak-Anak

– Bila roti dah bersalut dengan sos karamel, sejukkan sementara di suhu bilik dan boleh dimakan.

Guna 4 Bahan Je? Karamel Popcorn Roti Paling Mudah Untuk Snek Anak-AnakGuna 4 Bahan Je? Karamel Popcorn Roti Paling Mudah Untuk Snek Anak-Anak

Sumber: Basickeli

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI