Anak-anak yang mana duduk kat asrama tu, kalau mereka balik rumah pastinya ada sahaja bekalan nak bawa pulang ke asrama. Kalau boleh apa sahaja yang ada kat rumah tu nak bawa ke asrama. Kalau bukan dia sendiri nak bawa, mak-mak yang lebih risau bekalkan untuk mereka!

Bagi yang sikit-sikit rindu masakan mak kat asrama tu, boleh la mak-mak bekalkan sambal tempe krup krap ni buat jadi lauk tambahan anak-anak makan dengan nasi. Tak pun, ratah gitu pun sedap. Lagi lah kalau tambah kentang ke kacang, lagi selera lah mengunyah! Jom tengok cara Puan Afidah sediakan buat bekal anak nak masuk asrama, selamat mencuba!

SAMBAL TEMPE KRUP KRAP…

Sorry lupa tepek resipi sekali. Sy edit dgn resipi sekali ye…. selalu sy letak kentang juga. Tapi harini terlupa beli kentang. Kalau nak letak kentang hiris je nipis2 dan goreng. Nanti gaul je sekali. Memang takkan lemau kalau masa menumis untuk sambal tu minyaknya banyak dan gulanya ngam2 elok. Kentang tu pastikan hiris nipis2 dan goreng dalam minyak yang betul2 panas ye…

Bahan-bahannya:-

Tempe 10 bungkus
Ikan bilis 2 genggam
Bawang besar 7 ulas – kisar
Bawang putih 5 ulas – kisar
Halia besar ibu jari – kisar
Cili kering yang dikisar 10 susu besar
Gula putih 10 sudu besar nak ganti dgn gula melaka pun boleh
Air asam jawa
Garam secukup rasa

Sambal Tempe Krup Krap Bekal Anak Balik Asrama. Ada Rahsia Nak Bagi Rangup Tahan Lama!

IKLAN

Cara-caranyanya:-

1. Goreng sampai garing tempe dan ikan bilis.

2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Dh naik bau masukkan cili kering. Masak sampai pecah minyak.

3. Masukkan air asam jawa dan garam.

4. Dah agak kering masukkan gula. Gula dah cair dan sambal dh pekat tutup api.

IKLAN

Sambal Tempe Krup Krap Bekal Anak Balik Asrama. Ada Rahsia Nak Bagi Rangup Tahan Lama!

5. Masukkan tempe dan bilis yang dh digoreng. Gaul sebati.

Siap.

Sambal Tempe Krup Krap Bekal Anak Balik Asrama. Ada Rahsia Nak Bagi Rangup Tahan Lama!

IKLAN

Untuk tempe dan bilis kekal garing minyak mmg kena banyak sbb nak bg cili dan bawang tu betul2 masak. Untuk rasa manis, masin dan masamnya boleh rasa. Kalau rasa tak cukup tambahlah apa yang patut.

Sambal Tempe Krup Krap Bekal Anak Balik Asrama. Ada Rahsia Nak Bagi Rangup Tahan Lama!

Sambal Tempe Krup Krap Bekal Anak Balik Asrama. Ada Rahsia Nak Bagi Rangup Tahan Lama!

Sumber : Nurul Afidah Omar

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI