Sempena hari kemerdekaan pada Sabtu ini, mak ayah pasti berubah gigih untuk mempersiapkan anak-anak ke sekolah yang turut sama menyambutnya di sekolah.
MUA terkenal, MUA Bellaz tidak tercuali mempersiapkan anak-anak ke sekolah untuk sambutan merdeka. Namun penampilan anak sulungnya, Eica dilihat cukup sempurna. Tak hairanlah dipuji wargamaya.
“Tadaa full outfit kakak Eica bersempena kemerdekaan tema kali ni, kebudayaan ❤️. Macam mana cantik dak hampa?
“Bellaz nak boh full accessories Eica dia tak mau dia kata sakgi nak makan payah,” kongsi Bellaz di ruangan kapsyen.
Ads
Menariknya kata Bellaz ada dicerita disebalik outfit sempurna itu bila mana kain anaknya singkat. Namun dia bersyukur kerana masalah itu selesai.
“Jutaan terima kasih membantu Bellaz malam tadi. Cerita dia macam ni, malam tadi baju dia sampai last minute kain tu singkat hampa. Kesian pulak tengok muka sedih tu, sebab Eica ada masuk pertandingan sajak.
Ads
“Mak ni apa lagi nak yang terbaik laa. Tanya-tanya orang ada hamba Allah bantu bellaz untuk pakaian Merdeka ni. Alhamdulilah syukur sangat-sangat dipermudahkan. Menang kalah belakang kira janji mama dan kakak buat yang terbaik dah insyallah,” tulisnya menerusi kapsyen.
Ternyata penampilan anak sulung Mua Bellaz cukup cantik. Ditambah pula dengan solekan sempurna hasil sentuhan ibunya yang bertepatan dengan tema merdeka. Memang perfect!
Ads
Menurut perkongsian Bellaz, anaknya turut bakal memasuki pertandingan deklamasi sajak di sekolah.
Anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Bila mereka dah meningkat dewasa, mempunyai kerja dan kehidupan yang lebih baik, mereka dituntut untuk berbakti kepada orang tua sebagai membalas jasa.
Ada sesetengah ibu bapa tidak mengharapkan anak-anak membalas jasa dengan wang ringgit, cukup mendoakan mereka. Malah ada juga yang seakan-akan mengharapkan pengorbanan mereka dibalas dengan wang ringgit tanpa memikirkan anak yang belum kukuh dari segi kewangan sepenuhnya.
Itulah yang dikongsikan oleh Fedtri Yahya di media sosial beliau, ada seorang insan mengadu sikap ibu bapanya yang mewajibkan kesemua naak untuk membuat pinjaman peribadi sbeanyak RM50,000 sebagai tanda membalas jasa. Namun, bagi dirinya tidak mampu berbuat demikian atas faktor-faktor tertentu serta kos sara hidup yang tinggi.
Dek kerana tidak mampu berbuat demikian kerana telah pun berumahtangga dan juga ada komitmen lain untuk ditanggung dia dicop sebagai anak yang tidak mengenang budi.
Malah, orang tuanya selamba meletakkan kesalahan tidak hulurkan duit menjadi asbab dia belum ada rezeki anak.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata terkejut dengan luahan individu tersebut dan tidak menyangka wujud sikap ibu bapa seperti ini. Bagaimanapun, merek juga memebri kata-kata semangat dan idea yang bernas untuk diambil kerana mereka itu tetap ibu bapa kita.
Terdahulu, pelbagai kisah realiti kehidupan sebenar dikongsikan oleh Fedtri Yahya hasil dari respon orang ramai di akaun media sosial beliau.
Pelajar KPTM dan pelajar Madrasah Tahfiz dipilih sebagai imam tarawih sepanjang Ramadan. Dua pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) di Ipoh yang mengikuti program Pemerkasaan Huffaz telah terpilih untuk berkhidmat sebagai imam solat tarawih di sekitar Ipoh sepanjang bulan Ramadan ini.
Salah seorang pelajar, Mohammed Hanef Hafizuddin, 21, yang mengikuti pengajian Diploma Reka Bentuk Permainan (Game Design), berkongsi pengalaman lapan tahunnya sebagai imam jemputan memberi kelebihan kepadanya untuk menggalas tanggungjawab mengetuai jemaah di Masjid Al-Ijtimaaiah, Taman Sri Kurau, Bercham. Dia akan berkhidmat di masjid tersebut pada dua minggu terakhir Ramadan.
Menurut Mohammed Hanef, cabaran menjadi imam tidak begitu besar baginya kerana dia sudah berpengalaman mengimamkan solat tarawih sejak usia 13 tahun di sekitar Selangor.
“Jika ada cabaran pun, ia lebih kepada memenuhi kehendak jemaah sama ada mahu menunaikan solat sunat lapan rakaat atau 20 rakaat. Dari segi bacaan, saya lebih menumpukan kepada sebutan yang jelas dan tartil berbanding penggunaan taranum yang berlebihan. Jika berpeluang, saya akan membaca surah dari juzuk satu hingga juzuk 10,” katanya.
Mengenai bayaran, bekas pelajar tahfiz itu memaklumkan pihak masjid menyediakan bayaran sekitar RM1,000 bagi tempoh dua minggu perkhidmatannya.
“Itu adalah kadar biasa yang diterima oleh imam muda, dan paling tinggi pun sekitar RM2,000 kerana saya masih bergelar pelajar,” tambahnya.
Sementara itu, Muhammad Amar Anas Muhd Isham, 19, yang mengikuti Diploma Bisnes Digital di KPTM, menganggap peluang menjadi imam muda tarawih sebagai satu cara untuk menambah pahala ibadah sepanjang Ramadan.
“Ini pengalaman pertama saya. Sudah tentu ada rasa gementar kerana mengetuai jemaah yang lebih berpengalaman berbeza dengan menjadi imam dalam kalangan rakan-rakan di sekolah tahfiz sebelum ini,” katanya.
Beliau merancang untuk membaca surah dari juzuk satu hingga juzuk tujuh sepanjang tempoh 15 hari Ramadan dengan memberi penekanan kepada bacaan yang jelas dari segi taranum dan tajwid.
Muhammad Amar turut menerima bayaran sekitar RM1,000 dan menganggap pengalaman ini sebagai satu bentuk khidmat kepada masyarakat.
Di Senawang, seorang lagi pelajar Madrasah Tahfiz Khoirul Anam, Mohd Yasin Ibramsa, 16, turut terpilih menjadi imam tarawih di Surau Insaniah, Taman Bandar Senawang.
Beliau membuat persiapan dengan menghafaz 10 juzuk setiap hari dari Subuh hingga Asar dan telah khatam al-Quran lebih 30 kali pada bulan Syaaban lalu.
“Saya sangat teruja kerana ini pengalaman pertama saya. Pihak madrasah memberi kepercayaan kepada saya untuk menimba pengalaman agar hafazan yang dilakukan di madrasah dapat dipraktikkan di luar,” katanya.
Mengenai upah, beliau menjelaskan bahawa imam yang baru dilantik biasanya menerima wang sagu hati sekitar RM2,000 untuk sebulan.
“Namun, jumlah upah bukan ukuran kerana diberi kepercayaan menjadi imam buat pertama kali adalah lebih berharga,” tambahnya.
Kisah pasangan kembar siam Ahmad dan Muhammad suatu ketika dahulu pernah mendapat perhatian umum hatta hingga keperingkat dunia apabila pasangan kembar yang bercantum di bahagian dada dan punggung ini berjaya menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard, Arab Saudi pada tahun 2002.
Kini , pejam celik pejam celik begitu cepat masa berlalu, adik beradik kembar ini sudah pun berusia 21 tahun dan kini menyambung pelajaran di Managemant and Science Univercity (MSU) di Shah Alam sejak Mac 2016. Mengetahui lanjut kisah adik beradik kembar ini, ianya telah dikongsikan di page KampusUols.
Sambung pengajian
Ahmad Rosli dan Muhammad Rosli, 21 tahun kini menyambung pengajian di Management and Science University (MSU) di Shah Alam sejak Mac 2016.
Ahmad mengambil jurusan Diploma Reka Bentuk Grafik manakala adiknya Muhammad mengikuti pengajian Ijazah Sains Komputer dalam bidang Teknologi Maklumat.
“Adik saya berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sedangkan saya masih di peringkat diploma. Saya tak sempat habiskan pengajian diploma kerana sebelum ini saya berhadapan dengan masalah kesihatan dan memaksa saya untuk membuat perubahan jadual. Jadi ia memakan masa untuk menguruskannya,” kata Ahmad ketika dihubungi wartawan Kampus Uols.
“Alhamdulillah, sepanjang belajar kami tidak berhadapan dengan kesukaran kerana di MSU ada menyediakan kemudahan untuk golongan OKU. Nak ke kelas mudah kerana ada disediakan lif untuk OKU, tandas juga mesra OKU, termasuklah surau dan kafeteria. Malah untuk pergerakan ke kelas atau kuliah juga kami tidak perlu jauh kerana kedudukan bangunan saling berdekatan.
“Dulu, kononnya nak ambil jurusan seni halus, namun di MSU tak ada jurusan tersebut. Kalau nak kena ambil di universiti lain, tapi tak ada disediakan kemudahan OKU pula. Selepas berfikir, saya buat keputusan untuk menerima tawaran belajar di MSU,” katanya.
Akui Ahmad walaupun ketika bercakap menampakkan dia seorang peramah namun realiti sebenar dia seorang yang pendiam dan tidak mempunyai ramai kawan di kampus. Namun berbeza dengan Muhammad, dia seorang yang peramah dan mempunyai ramai kawan baik.
“Kami memang serasi untuk bersama dan boleh dikatakan Muhammad ibarat kawan baik saya. Pergi ke mana-mana berdua. Buat keputusan pun bersama,” katanya.
Kekurangan bukan halangan Pasangan yang mendapat tajaan dari Lembaga Zakat Selangor ini juga bersyukur kerana dihadiahkan dua kerusi roda hasil sumbangan pihak tertentu untuk memudahkan pergerakan mereka.
“Sejak ada kerusi roda ini, kami dah tak pakai tongkat. Kerusi roda manual ini sangat membantu dalam memudahkan pergerakan kami dengan lebih cepat. Kalau sebelum ini kami guna kerusi roda jenis hospital, susah nak tolak sebab besar dan tangan jadi cepat melecet,” katanya.
Bercerita tentang waktu kuliah, jelas Ahmad, disebabkan mereka berlainan jurusan, maka waktu kelas juga kadang-kadang berbeza. Ada masanya kelas Ahmad pada sesi pagi dan Muhammad sesi petang atau sebaliknya.
“Kami akan datang ke kelas setiap pagi meskipun salah seorang dari kami ada kelas petang. Biasanya Muhammad mula kelas 8 pagi manakala saya ada kelas jam 4 petang. Kami akan tunggu sampai masing-masing tamat kelas dan barulah kami balik ke rumah.
“Memang lama juga nak tunggu sampai waktu kelas tamat, tapi kami tak nak susahkan ayah, Rosli Abdul Rahim, 48, dan ibu tiri, Junaidah Awang, 43, untuk kerap hantar dan ambil kami ke kelas, lagipun mereka juga perlu hantar dan ambil adik-adik dari sekolah, yang berumur 17,14,11 dan 6 tahun.
“Dalam tempoh menunggu tu, saya banyak habiskan masa dengan melukis. Saya suka melukis potret dan yang selalu jadi mangsa adalah Muhammad. Saya akan ke surau untuk melukis kerana di situ saya boleh meniarap. Tambahan pula saya dan Muhammad tak boleh duduk terlalu lama sebab daging pinggul tak ada, jadi cepat lenguh apabila duduk,” katanya lagi.
Selaku anak sulung dalam keluarga, Ahmad mahupun Muhammad sebolehnya mahu menjadi contoh dan teladan yang baik buat adik-adiknya dan tidak menjadikan ‘kekurangan’ sebagai halangan untuk melakukan kerja seperti manusia normal yang lain.
“Insya ALLAH mungkin selepas tamat diploma ni saya akan cari kerja atau berkhidmat sebagai pereka grafik bebas. Bukannya saya tak mahu sambung belajar ke peringkat ijazah, tapi tahap kesihatan yang tidak menentu tidak mengizinkan saya berbuat demikian. Manakala Muhammad katanya, dia mahu bekerja atau sambung ke peringkat Master,” kata pasangan ini yang pernah menjalani latihan praktikal di SIRIM.
sumber : Kampus Uols.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.