Tragedi kolam kumbahan Sibu Jaya yang meragut nyawa tiga kanak-kanak, termasuk dua daripadanya adik-beradik, telah menggemparkan penduduk sekitar Pangsapuri Sibu Jaya, Sarawak, pada petang Rabu. Insiden pilu ini bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga mangsa, malah mengundang rasa sebak dalam kalangan ibu bapa yang mengikuti perkembangan berita tersebut.
Dalam sekelip mata, suasana riang kanak-kanak bertukar menjadi episod hitam yang tidak akan dilupakan oleh komuniti setempat. Kejadian ini sekali lagi membuka mata banyak pihak tentang risiko kawasan berbahaya yang wujud berhampiran kawasan perumahan.
Kolam kumbahan berkenaan dilaporkan mempunyai kedalaman kira-kira dua meter,
Kronologi Kejadian Tragis
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.03 petang. Susulan itu, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya segera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.
Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati tiga mangsa kanak-kanak, terdiri daripada dua perempuan dan seorang lelaki, dipercayai terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran kawasan perumahan tersebut. Kolam kumbahan berkenaan dilaporkan mempunyai kedalaman kira-kira dua meter, sekali gus menjadikannya sangat berbahaya terutama kepada kanak-kanak.
Keadaan kolam yang tidak berpagar dan terletak berhampiran laluan awam dipercayai menjadi faktor utama risiko, khususnya kepada kanak-kanak yang bermain tanpa menyedari bahaya tersembunyi di sekeliling mereka.
Walaupun usaha menyelamat dilakukan secepat mungkin, keadaan mangsa ketika ditemui sudah terlalu kritikal
Usaha Orang Awam dan Pasukan Penyelamat
Bagaimanapun, sebelum ketibaan pasukan bomba, ketiga-tiga mangsa telah dibawa naik ke tebing kolam kumbahan oleh orang awam yang berada di lokasi. Tindakan pantas masyarakat setempat jelas menunjukkan keprihatinan terhadap keselamatan kanak-kanak, namun takdir menentukan sebaliknya.
Ads
Walaupun usaha menyelamat dilakukan secepat mungkin, keadaan mangsa ketika ditemui sudah terlalu kritikal. Detik-detik cemas itu disaksikan oleh penduduk sekitar yang hanya mampu berdoa agar keajaiban berlaku.
Identiti Mangsa Dikenal Pasti
Identiti mangsa kemudiannya dikenal pasti sebagai dua beradik, Macx Devdynne Sharie Merdeka, 12, dan Macx Welwait Merdeka, 9, serta seorang lagi kanak-kanak perempuan, Daniella Arissa Tayas Maringgai, 10. Kehilangan dua anak dalam satu masa pastinya menjadi ujian paling berat buat ibu bapa dan ahli keluarga mereka.
Ramai penduduk tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui mangsa terdiri daripada kanak-kanak yang masih mentah usianya, sekali gus menambahkan kesedihan terhadap tragedi kolam kumbahan Sibu Jaya ini.
Ads
Pengesahan Kematian dan Siasatan
Kakitangan paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan ketiga-tiga mangsa telah meninggal dunia. Suasana hiba menyelubungi kawasan perumahan berkenaan apabila berita pengesahan kematian disampaikan, meruntun hati sesiapa sahaja yang berada di tempat kejadian.
Mayat kesemua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Dalam masa sama, insiden ini turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat berhubung tahap keselamatan kawasan berisiko di sekitar perumahan mereka.
Keselamatan Anak Tanggungjawab Bersama
Tragedi kolam kumbahan Sibu Jaya ini seharusnya menjadi peringatan besar kepada semua pihak. Kawasan berbahaya seperti kolam kumbahan, longkang besar atau tapak pembinaan perlu dipantau rapi serta dilengkapi langkah keselamatan yang mencukupi bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Ads
Dalam konteks keluarga, ibu bapa juga disaran agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak, mengetahui lokasi mereka bermain dan memberikan pendedahan awal tentang bahaya di persekitaran. Walaupun sukar mengawal setiap langkah anak, kesedaran dan pendidikan awal mampu mengurangkan risiko tragedi seumpama ini berulang.
Semoga roh ketiga-tiga kanak-kanak ini dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah. Kehilangan mereka bukan sekadar duka sebuah keluarga, tetapi peringatan buat kita semua tentang betapa berharganya nyawa dan amanah menjaga keselamatan anak-anak.
Bantuan STR bantu pasangan muda sambut bayi sulung. Menyambut kelahiran anak memerlukan perbelanjaan yang besar, lebih-lebih lagi jika ia adalah anak sulung.
Nur Amera Fatiha Hamsan, 26, yang dijangka bergelar ibu pada Ogos ini, mengakui sedang menyediakan kelengkapan bayi secara perlahan-lahan agar tidak terbeban, memandangkan mereka perlu membeli barangan baharu sepenuhnya.
Namun, suri rumah dari Taman Tasik Utama, Ayer Keroh itu merasa lega apabila menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang banyak membantu meringankan kewangan beliau dan suaminya, Irfan Faiz Azhar, 28, dalam menyambut kelahiran anak pertama mereka.
“Saya berkahwin pada Oktober lepas dan Alhamdulillah, ada rezeki menimang cahaya mata selepas beberapa bulan. Cuma, agak mencabar juga untuk menyediakan barangan bayi kerana suami saya bekerja sebagai penjawat awam rendah.
“Syukur, bantuan STR digunakan dengan sebaiknya untuk membeli barangan bayi seperti pakaian, lampin kain dan tilam,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Untuk lebih berjimat dan memaksimumkan nilai bantuan itu, Nur Amera Fatiha memilih untuk membeli semasa promosi jualan murah sama ada di platform e-dagang atau secara fizikal di pusat beli-belah.
Sementara itu, Irfan Faiz, 28, berkata selain STR, mereka juga menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan secara automatik ke MyKad, yang membantunya membeli keperluan dapur tanpa perlu mengeluarkan wang tunai dalam jumlah besar.
“Walaupun masih berdua, bantuan ini sangat meringankan beban kewangan bulanan kami, terutamanya kami baharu memulakan kehidupan berumah tangga dan akan menyambut anak tidak lama lagi,” katanya.
KERAJAAN MENYALURKAN PEMBAYARAN STR FASA DUA BERMULA 24 MAC, DENGAN PERUNTUKAN RM1.7 BILION BERBANDING RM1.5 BILION PADA TAHUN LEPAS, MELIBATKAN HAMPIR SEMBILAN JUTA PENERIMA TERDIRI DARIPADA 60 PERATUS RAKYAT DEWASA MALAYSIA MENDAPAT BANTUAN SEHINGGA RM650.
SARA pula merupakan usaha Kerajaan MADANI bagi meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah menerusi bantuan dikreditkan ke MyKad penerima.
Bermula 1 April, program SARA diperluas kepada 5.4 juta penerima, meningkat hampir lapan kali ganda berbanding 700,000 penerima sedia ada dan dengan kadar bantuan bulanan dinaikkan sehingga RM200 mengikut kategori berbanding RM100 sebelum ini.
Pelakon Elfira Loy, 26, meluahkan rasa sedih dan kesal selepas puteri, Nur Aria Mikayla telah mengalami kecederaan selepas terlanggar kabinet.
Menurut Elfira, anaknya kerap lebam di kepala namun kali ini kecederaan anaknya agak teruk kerana melibatkan bahagian hadapan muka sehingga hidung dan dahi kelihatan lebam.
“Anak saya sorang ni memang sukalah setiap minggu lebam kat kepala. tak kanan kiri . Cuma Kalini agak nampak teruk sikit sebab memang setepek depan muka langgar cabinet so hidung dia pun nampak lebam.
Sebagai ibu pastinya sedih melihat keadaan anak perempuannya yang masih kecil itu. Bagaimana pun gelagat anaknya mencuit hati apabila mengatakan kecederaan yang dialami tidak menyakitkan.
“Sedih tengoknya. I ada tanya dia. ” adik , does it hurt or not ” she said ” No , its okay its not pain pun ” ” im strong ” haha
taktahu nak baca doa apa dah lari tu laju sangat pastu no fear. Rasa macam tiada penghalangnya
Menurut pelakon drama Tentang Bulan The Series lagi, kejadian yang menimpa anaknya adalah kali ke dua yang berlaku di sekolah.
Dalam pada itu, pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri turut bertanya tip apakah yang perlu dia lakukan untuk mengelak perkara itu berulang. Meninjau di ruangan komen rata-rata memberi tahu kanak-kanak pada usia sebegini seorang yang aktif. Namun sebagai ibu bapa perlu mengawasi anak.
“Its ok tak perlu risau mommy…kita mmg tak boleh nk stop…biar mereka belajar consequence sesuatu benda. cuma kita kena monitor kalau teruk mcm darah kat hidung, atau muntah2, atau dia jd tak aktif…terus pergi jumpa doc.”
“Anak no2 mmg begitu. My parents said once masa kecik saya lari laju langgar dinding sampai bergegar rumah tapi lepas tu rilek je macam tiada apa berlaku hahhahahhaha.”
“My daughter anak no 2 pon mcm ni. Yg abg rileks je. Adik lebam sana sini kepala tu. Now dah besar sikit, kurang sgt dah Lebam.”
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Muhammad Rayyan Khalaf 4, dan Nur Aria Mikayla yang baru berusia 2 tahun.
Kemelut rumah tangga kahwin cerai biasanyaa setelah kes curang. Namun ada juga disebabkan faktor lain penceraian itu berlaku antaranya tiada pemberian nafkah dan persefahaman.
Menjalani kehidupan berumahtangga memang bukan perkara yang mudah. Ia menjadi lebih mencabar apabila pasangan memiliki personaliti yang bertentangan, di mana seorang bersifat dominan, manakala yang satu lagi lebih lembut dan berkompromi.
Menarik perkongsian aktivis Mona Din di laman Facebook miliknya, di mana beliau membincangkan isu perceraian secara umum yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat.
“Menjadi Isteri Yang Berkuasa?
“Alam rumahtangga itu sesungguhnya tidak mudah. Tambah sukar, apabila pasangan sangat berlainan karekter, sorang dominan dan sorang lagi pelembut.
Menambah ribut, jika yang dominan itu wanita atau isteri, dan yang serba cool dan calm itu lelaki, si suami.”
“Wanita seperti ini, berpersonaliti keras, selalunya juga sangat kuat bekerja, tegas, bersuara lantang, lasak dan sering mempunyai misi dan visi yang jelas dalam hidup. Mereka ini golongan kaum hawa yang sering set the target, and always work hard to make things happen.”
“To the opposite, suami terkadang lebih santai, lebih slow, tidak suka gopoh-gopoh, tidak mahu kecoh-kecoh, lebih rela menerima keadaan seadanya, lebih prefer yang tenang dari serabut, yang terkadang kelihatan seperti tidak work hard enough to change / achieve something.”
ISTERI ANGGAP TULANG BELAKANG KELUARGA HINGGA LUAH UNGKAPAN AIBKAN SUAMI
Beliau juga dikenali sebagai seorang aktivis yang memperjuangkan nasib remaja Sindrom Down dikenali Bella, turut memberi nasihat bahawa kemelut rumah tangga berlaku apabila isteri beranggapan menjadi tulang belakang kejayaan keluarga.
Sering terjadi, apabila target dicapai, sang isteri seronok mendabik dada, merasakan beliau lah menjadi tunggak jaya, beliau lah yang bekerja kuat, beliaulah yang make things happened, beliau lah yang banyak menafkahi keluarga, kerana mostly wang yang di curah di dalam keluarga, banyaknya dari keringat dia.
Maka keluarlah ungkapanungkapan sebegini, baju-baju raya saya yang beli, kuih-kuih raya saya yang order, ganti langsir dan carpet setiap tahun saya yang buat, juadah ketupat rendang untuk keluarga awak pun saya yang tempah, kalau harap awak, kita masih tinggal di rumah pangsa.
Maka sangat pentinglah peranan sang isteri, berbanding dengan si suami yang sepertinya dianggap tidak functioning.
Mengukur betapa tidak bergunanya sang suami, mungkin akan terbit kata-kata ini, hatta kueh raya pun awak tidak membeli!
SUAMI ANGGAP ISTERI CUKUP SEMPURNA TETAPI AKHIRNYA ‘MAKAN DIRI’
Kata Mona lagi, kemampuan isteri untuk melakukan semua perkara membuatkan suami menggunakan pendekatan menuruti sahaja tanpa halangan.
Ya, si isteri melakukan itu semua kerana dia rasa dia mampu, dia lebih banyak duit, dia yang layak membeli dan memberi. Maka dia yang memilih dan menentukan, berapa banyaknya baju2 raya, kueh2, duit raya segala. Si suami pula, merasakan isteri sudah cukup sempurna melaksana, beliau memilih untuk hanya menurut sahaja. Senangkan isteri, katanya.
Dan kala si-isteri ‘bertugas’ sebagai ketua, menentukan segala, si suami merelakan, membenarkn isteri berkuasa, sebagai tanda support, bangga dengan keupayaan seorang wanita.
Terkadang, tanpa suami sedar, kerelaan dan support itu, satu hari nanti mungkin menjadi senjata yang bakal menoreh berdarah akan dirinya.
Kerana suami mungkin tidak menyangka, bahawa isteri boleh terlupa, atau tidak perasan, kala isteri sebok bertugas di luar, si suami lah yang sedang sebok berkhidmat di rumah, melayani anak-anak, menemani mengulangkaji dan mendodoi mereka tidur, mengisi kelopongan tugasan yang ditinggalkn oleh seorang ibu.
Mungkin juga si isteri tidak teringat, kejayaannya ke hulu ke hilir mengejar dunia, adalah atas izin seorang suami, yang merelakan dirinya terlihat kurang gagah, dek mahu si isteri mengecap jaya.
Sehingga mungkin si suami membuat khilaf, tidak menghulur perbelanjaan keluarga seperti selayaknya, mungkin kerana menganggap, tak apalah, isteri saya sudah memberi, kerana wang dia, adalah juga wang saya, kerana kami bekerja bersama…
Tambah sulit, apabila bertelingkah, si suami lebih memilih untuk berdiam diri, dan si isteri merasa si suami kurang bersungguh memujuk rayu dalam berusaha memulihkan kembali, sedang suami pula sebenarnya kalah dalam mencari arah, akibat sikap isteri yang sukar ditembusi.
SUAMI MEMILIH BERSIKAP TENANG
Dalam pada itu, Mona juga memberi peringatan bahawa sikap lelaki yang memilih untuk tenang dan berdiam diri sebenarnya menjadi ‘barah’ buat wanita itu.
Dan being lelaki yang suka memilih tenang. Beliau mungkin merasakan, kita diam saja dulu, time will heal all wounds. Juga being a man, para lelaki yang sering di anggap kurang sensitif, mungkin tidak sedar yang berdiam diri membiarkan masa merawat luka itu sangat menyakitkan buat si isteri, sering menjadi kudis yang boleh merebak sehingga bernanah.
Maka dari sini-lah, small things boleh trigger menjadi benda besar, terkadang menjadi gunung berapi yang tiba-tiba meletus. Salah siapa? Wallahualam.
BELAJAR MENGHARGAI, DUA INSAN TIDAK PERNAH SEMPURNA
Katanya lagi, menjalani kehidupan berumahtangga sememangnya bukan satu perkara yang mudah. Jadi belajar untuk menghargai dengan pasangang yang tidak pernah sempurna.
Saya sendiri melalui pengalaman melayari hidup berumahtangga dalam suasana pasangan yang mempunyai karektar berbeza ini. Saya dengan sifat strong character. Mr hubby pula, cukup sekadar memandang wajahnya, semua orang akan berkata, dia seorang lelaki yang baik!
Memang benar. Saya akui hakikat itu. Dan berlaku jujur dengan diri sendiri ; mengakui suami kita memang seorang lelaki yang baik, sebab memang terbukti beliau benar2 baik, kita sebagai isteri bersaksi sepanjang perkahwinan, tidak pernah kita di caci-maki, tidak pernah kita di sentuh di pukul hatta hujung jari sekalipun, tidak pernah dia berskandal hingga membawa kepada hubungan gelap dan zina, tidak pernah berjudi, tidak pernah melupakan tanggungjawabnya menafkahi keluarga (walau mungkin tidak sebanyak wang kita) maka semua itu, itu lah yang menjadi benteng untuk kita berpaut kepadanya. Berpaut lah. Berpaut lah di dalam sebuah rumahtangga yang pasti tidak akan pernah sempurna.
TIDAK PERNAH. Pilihlah untuk terus teguh mencinta, walaupun ada ketika, kita mungkin merasa benci akan dirinya. Selalu ingat, ada perkara kita tidak berpuas hati tentang dirinya, dan sudah tentu, ada perkara tentang diri kita, yang juga sangat tidak disukainya.
Namun mereka para suami memilih untuk berdiam diri, menerima, bukan kerana mereka suka, tetapi kerana mereka redha, sesungguhnya takdir itu yang telah meletakkan kita ini, jodoh mereka.
Lalu mari kita para isteri, belajar menghargai. Kita harus akur, perkahwinan yang sempurna itu, adalah tentang dua insan yang tidak pernah sempurna, yang perlu berusaha menerima kekurangan each other, dan tidak mudah menyerah kalah.
Kerana sesungguhnya, perkahwinan itu adalah sebuah ikatan, yang memerlukan kerja keras untuk menjayakan, selalu memerlukan pengorbanan. Berkorban lah, selagi mana suami kita itu, masih menjadi seorang lelaki yang baik. Dia mungkin tidak segagah kita, namun di dalam kelembutannya, itulah tempat paling indah buat kita seorang isteri.
Tulisan ini buat diri saya sendiri, mengambil iktibar dari kejadian insan-insan lain, sebagai pedoman. Buat Mr Hubby, terimakasih sentiasa teguh berdiri di sisi saya, dalam segala keadaan.
Terimakasih sering bersabar dengan saya, isteri strong character yang sentiasa mahu menang setiap kali kita bersengketa. Terimakasih sentiasa memberi peluang, again and again, untuk kita sama2 memperbaiki apa jua yang kurang sempurna.
Terimakasih masih kekal mencintai saya, despite all weaknesses i have. Terimakasih Ya Allah, sering mengingatkan saya untuk terus bersyukur, walau ada keadaan saya hampir lupa diri, kerana saya juga adalah seorang wanita yang lebih sering mengikut perasaan & emosi berbanding akal.
Teruskan Ya Allah, berikan saya kemampuan berfikir, bahawa di dalam hidup berumahtangga ini, bukan sahaja tentang kita suami-isteri, tetapi ada hak hati dan perasaan anak-anak, yang perlu kita fikirkan, kita jagai. Jangan kerana perkara yang boleh kita atasi, kita memilih untuk mengikut hati, akibatnya ia menjadi tragedi sedih di dalam kehidupan anakcucu, yang mungkin menghantui mereka sepanjang hayat.
Kita ini, ibubapa, adalah sandaran untuk anak-anak, menantu-menantu, cucu cicit kita. Marilah kita berusaha menjadi contoh yang baik. Walau kita insan biasa yang tidak pernah sempurna, sentiasalah cuba berbuat sesuatu yang baik, buat lah dengan baik, demi untuk mendapat hasil yang terbaik. Semoga segala yang baik2 sahaja menjadi landasan hidup kita, dalam mencari redha Allah, agar Dia sudi memberi yang terbaik dalam hidup kita semua, dunia dan akhirat Amiin