Bila nampak je kucing,mesti pecinta kucing jadi teruja sehingga ada yang sanggup berhenti dari berjalan dan mengusap lembut haiwan kesayangan Nabi Muhammad SWT itu. Malah kucing adalah antara haiwan kesayangan yang sering dijadikan peneman setia.
Tetapi, dalam ramai yang menyukai si bulus ini, hakikatnya masih terdapat ramai orang yang takut terhadap kucing, malah ada juga yang tak senang dengan bau najis mereka.
Isu kucing jiran berak merata-rata di rumah orang lain bukanlah benda yang asing. Lebih-lebih lagi bukan sekali perkara itu terjadi di rumah kita dan berkali-kali menegur namun tiada penyelesaian dibuat. Waktu tu mula lah, ‘nak marah, tapi kena sabar…’.
Itulah yang dirasai oleh seorang pesara guru, Puan Abidah Mohd Noor, yang mengalami masalah kucing berak di rumahnya.
Ads
Dalam video yang dikongsikan di laman Tiktok miliknya, ketika sedang santai membersihkan perkarangan rumahnya, dia seakan-akan berubah bad mood kerana rupanya telah tersapu najis kucing milik jirannya.
“Taik kucing… Satu dua tiga, sampai tiga longgok ni. Bela kucing menyusahkan jiran.” katanya dalam video tersebut.
Ads
Tahap kesabarannya telah melebihi had memandangkan situasi sebegitu sudah dihadapi selama puluhan tahun. Bukan sahaja berak di laman rumah, malahan pernah juga kain alas kaki terpaksa dibuang ekoran menjadi ‘target’ kucing jirannya. Malah, pernah juga berlaku ketika pergi bercuti selama 3 hari apabila dia mendapati 8 longgok najis kucing terkumpul di dalam dapur miliknya.
Langsung tidak membenci haiwan tersebut, namun dia berharap agar tuan badan dapat menjaga kucing-kucing mereka sebaiknya.
@abidahmohdnoorkucing mmg kesayangan nabi so pastikan kucing anda tidak membuang di laman jiran
Meninjau di ruangan komen, ada yang mengadu turut hadapi masalah yang sama kucing berak di halaman rumah mereka sehingga ada yang tidak bertegur sapa dengan jiran disebabkan masalah ini. Malah, ada juga yang bersifat positif menganggap itu semua sebagai ujian.
Tanggal 28 April merupakan ulang tahun kelahiran bintang legenda, Datuk Sarimah Ahmad.. Menariknya dia punya cara tersendiri sebagai hadiah atas penambahan usianya.
Rupa-rupanya dia menghadiahkan dirinya dengan khatam al-Quran. Itulah rutin hidupnya setiap kali tibanya tarikh istimewa tersebut.
“Rutin harian saya lebih kepada mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa, sejak tidak berlakon. Saya bangun awal pagi dan selesaikan apa yang patut. Selepas menunaikan solat Dhuha, barulah saya mengambil sarapan dan melakukan senaman ringan.
“Saya akan pastikan mengaji al-Quran, setiap hari. Seingat saya, setiap kali hari ulang tahun kelahiran, saya akan khatam membaca al-Quran.
“Tahun ini, saya mula mengaji pada hari pertama Ramadan dan Alhamdulillah, sehari sebelum tarikh hari jadi tiba pada 28 April, saya sudah pun khatam sebanyak dua kali.
“Saya meluahkan rasa syukur kerana inilah sahaja cara saya untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri,” katanya lagi.
Meskipun keadaan kesihatannya tidak menentu, namun dia kecewa kerana ada yang membuat Cerita kononnya dia kritikal.
“Saya dapat tahu mengenai berita ini apabila ada bertanya benarkah saya terlantar sakit. Sejujurnya, adalah juga perasaan kecewa apabila dimaklumkan mengenai berita palsu yang tersebar.
“Namun, apabila difikirkan semula, tak perlulah nak simpan perasaan apa-apa. Orang boleh kata apa sahaja. Doakan sahaja semoga saya dikurniakan kesihatan baik,” kata pemenang trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia Kedua menerusi filem Dia Ibuku ini.
Terdahulu, pelakon yang mendapat jolokan Primadona Filem Melayu ini menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Prof Dr Md Nasir Ibrahim di kediaman anaknya, di Subang Jaya, semalam.
Pada pertemuan yang berlangsung hampir dua jam itu, selain bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan, Md Nasir turut ‘melamar’ Sarimah untuk terbabit dalam projek Dokumentari Bintang Nostalgia yang kini sedang dalam pembikinan.
“Selagi Belum Berkeluarga, Akan Terus Bersama..”-Triplet Berniaga Burger Bersama, Tarik Perhatian!
Perjalanan hidup si kembar seiras sering mencuri perhatian, walau ke mana mereka pergi ada sahaja yang memandang dek kerana wajah mereka yang sama. Apatah lagi jika dilahirkan kembar tiga.
Persamaan yang mereka miliki cukup unik bahkan kita juga sedia maklum lazimnya buat si kembar turut berkongsi mempunyai minat yang sama dan hubungan mereka sangat rapat antara satu sama lain.
Begitu juga dengan kehidupan kembar tiga, Siti Aminah, Siti Khadijah dan Siti Aishah Hisamudin atau dikenali Triplet Hisham yang tular di TikTok setiap kali mereka bersiaran langsung di platform berkenaan.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Celoteh dan juga keletah kembar tiga ini cukup mencuri tumpuan. Mana tidaknya, sambil berinteraksi dengan pengikut, mereka yang menetap di Taman Sri Jaya, di sini, sempat menyiapkan burger pesanan pelanggan.
Jadi, tidak hairan jika kembar tiga berusia 22 tahun itu mampu mengumpul lebih 138,000 pengikut di TikTok.
Memetik perkongsian di Harian Metro, Siti Aminah mewakili Triplet Hisham berkata, mereka bertiga adalah anak keenam, ketujuh dan kelapan dalam keluarga daripada lapan beradik.
“Kami hanya ‘budak’ lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saja dan tak sanggup berpisah, disebabkan itu ambil keputusan bekerja selepas tamat sekolah.
“Ikutkan, kami bertiga ada pekerjaan lain pada sebelah pagi, namun jadi pembantu gerai selepas Aidilfitri lalu.
“Gerai diberi nama ‘Sofia Burger’ itu adalah milik abang ipar dan kami menawarkan diri untuk membantu selepas gerai abang ipar kembali stabil selepas dua tahun terkesan akibat Covid-19,” katanya.
LIVE di TikTok
Menurut Siti Aminah, mereka bertiga pada awalnya menjual burger seperti peniaga lain dengan menunggu pelanggan datang ke gerai atau mengambil pesanan menerusi WhatsApp atau aplikasi Grab.
Memandangkan gerai burger abang ipar mereka itu sudah dibuka sejak 2015 maka ada pelanggan tetap yang masih datang membeli.
“Itu cara berniaga pada awalnya sehingga satu hari apabila salah seorang daripada kami cadangkan supaya siaran langsung di TikTok kerana mahu cari kelainan.
“Selain muat naik video, kami turut aktif bersiaran langsung di TikTok dan percubaan itu berhasil kerana dapat pelanggan baru sejak ketengahkan diri di situ.
“Kami juga bersyukur kerana ada dalam kalangan pelanggan membeli burger untuk diinfaq,” katanya.
Siti Aminah berkata, kebanyakan pelanggan yang datang ke gerai pasti terkejut dan keliru apabila melihat mereka bertiga.
Katanya, ia reaksi biasa yang mereka dapat lihat daripada pelanggan sejak bekerja sambilan di gerai burger berkenaan.
“Kami sudah bahagikan tugas masing-masing, saya letak sayur dan sos, Dija (Siti Khadijah) ambil pesanan manakala Isha (Siti Aishah) pula akan masak burger.
“Jadi, setiap kali ada pelanggan datang, mereka akan nampak Isha dulu yang sedang masak dan terkejut apabila nampak dua lagi iaitu saya serta Dija.
“Ketika siaran langsung pula, ada yang suka dan sebaliknya. Segelintir kecam kerana tidak suka dengar suara kami nyaring namun kami tidak ambil hati malah moderator iaitu adik-beradik lain akan bantu balas di ruangan komen,” katanya.
Siti Aminah berkata, selagi belum berkeluarga, mereka akan terus bersama kerana tidak dapat bayangkan malah berasa sunyi hidup tanpa satu sama lain.
“Hubungan kami sangat rapat dan jika gaduh pun tidak lama malah lebih suka bercerita dengan satu sama lain berbanding orang luar termasuk ahli keluarga lain.
“Keluarga pernah berpesan supaya kami bertiga belajar untuk bergerak sendiri tetapi lebih selesa bersama, pernah berpisah pun ketika berlainan kelas ketika di sekolah kecuali tingkatan lima.
“Walaupun sudah dewasa, kami kini masih tidur di satu bilik yang sama dan akan kekal begini selagi belum berumah tangga,” katanya.
Perkahwinan adalah membentuk sebuah keluarga bahagia. Diserikan lagi kehadiran anak-anak sebagai penyambung keturunan.
Namun apabila berlaku perpisahan, anak-anak tetap mempunyai hubungan pertalian dengan ibu bapa.
Bagaimana pun, ia akan menjadi konflik apabila pasangan yang sudah bercerai dan berkahwin dengan pasangan barunya yang turut mempunyai anak menerusi perkahwinan sebelumnya.
Barangkali ramai yang tak tahu bahawa hubungan anak berlainan bapa ini mempunyai batas aurat dan pembahagian harta yang lain.
Nak tahu lanjut ikuti perkongsian Prof Madya Dr Yasmin Hanani Mohd Safian yang juga merupakan pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia.
Pensyarah ini berkongsi bagaimana perkahwinan Engku E Dan Nabila mengenai status anak bukan mahramnya.
________________
Anak Engku E dan anak Nabila bukan mahram ya walaupun Engku E dan Nabila berkahwin. Perkahwinan ibu bapa mereka tidak menjadikan mereka mahram kerana masing-masing berlainan ibu dan bapa.
Pengharaman abadi disebabkan perkahwinan atau persemendaan musaharah ada empat iaitu usul zaujah (emak isteri dan ke atas termasuk line nenek isteri dan ke atas tapi emak saudara isteri bukan mahram kita) Ini berdasarkan ayat Allah;
وأمهات نسائكم
Kedua; zaujah usul (isteri bapa atau isteri datuk tapi bukan isteri bapa saudara atau isteri atuk saudara) Ini berdasarkan ayat لا تنكحوا ما نكح آباؤكم من النساء إلا ما قد سلف
Lagi dua ialah zaujah ibn (isteri anak lelaki) قال تعالى : و حلائل أبنائكم الذين من أصلابكم dan bintu zaujah (anak kepada isteri).
Engku E memang tak boleh berkahwin dengan anak Nabila jika anak dia lelaki. Tetapi anak mereka boleh berkahwin sesama mereka.
Pengharaman sementara pula yang berkaitan dengan perkahwinan ialah isteri orang, mengumpulkan dua isteri dari adik beradik atau anak emak saudara, perempuan dalam eddah, dan perempuan mushrik.
Sekian subjek ahwal syaksiah fiqh munakahat untuk hari ini.
Dan kalau boleh jangan gunakan istilah batal air sembahyang untuk merujuk kepada lelaki mahram atau pun bukan. Mazhab lain pegang laki pempuan tak batal air semayang.