Menyentuh bab harta pusaka sering juga kita dengar berlakunya kes ada adik beradik atau waris si mati bergaduh berebut harta dek kerana kurang arif tentang pembahagian harta tersebut. Sering menganggap, dialah yang berhak bahkan menafikan hak orang lain.  Malah, ada juga beranggapan asal harta si mati semuanya kena faraidkan.

Agar lebih jelas dan tidak terkeliru tentang hal tersebut, peguam ini jelaskan untuk info bersama.

Tak semua harta atas nama si mati adalah harta pusaka.. dan tak semua harta atas nama si mati kena difaraidkan..

Jadi, harta yang bagaimana yang akan dianggap sebagai harta pusaka dan akan tertakluk kepada hukum faraid?

Apa itu harta pusaka? Harta Pusaka ialah semua harta yang ditinggalkan oleh si mati sama ada dalam bentuk HARTA ALIH (kereta, wang tunai, akaun bank, kwsp, asb, barang kemas, saham dsb) ataupun HARTA TAK ALIH (tanah, rumah, kebun, bangunan dsb).

Tak Semua Harta Peninggalan Adalah Harta Pusaka, Fahami Ini Agar Tak Keliru!

IKLAN

Pendek kata, harta pusaka ialah semua harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya dan apabila dia meninggal akan diwarisi oleh waris2 yang berhak mengikut undang2.

Harta Pusaka termasuk :

-Hutang si mati yang dijelaskan selepas kematian.
-Kutipan sewa dari harta si mati.
-Dividen/faedah yang terbit dari harta si mati.
-Premium insurans.
-Barang yang terbit selepas kematian seseorang dari hasil usaha si mati semasa hayatnya.
-Semua harta yang diperolehi oleh si mati semasa hayatnya secara halal seperti melalui jualbeli, mendapat pusaka, melalui hibah, hadiah, sedekah dan melalui wasiat.

Bukan Harta Pusaka :

IKLAN

-Harta yang telah diberi/dihibahkan kepada orang lain semasa hayatnya.
-Harta yang telah dijual oleh si mati.
-Harta yang telah diwakafkan.
-Harta yang dipegang amanah oleh si mati.

Tak Semua Harta Peninggalan Adalah Harta Pusaka, Fahami Ini Agar Tak Keliru!

-Pemberian/sumbangan oleh orang yang menziarahi si mati.
-Wang pencen, ganjaran terbitan dan SOCSO.
-Imbuhan dan saguhati.
-Pampasan insurans dan manfaat takaful.
-Khairat kematian.

IKLAN

Banyak salah faham dan pertikaian yang berlaku tentang harta pusaka kerana kekeliruan tentang status harta pusaka tersebut. Status harta juga sebenarnya boleh dirujuk dan disemak secara terperinci dan ‘case to case basis‘ melalui dokumen harta, dokumen sokongan atau polisi tertentu yang dibuat supaya lebih jelas dan tepat.

Semoga perkongsian ringkas ini ada manfaatnya dan dapat membantu ke arah penyelesaian isu pusaka. Biar tahu jangan keliru.

Sumber : Roslina Sabiyah & Co

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI