Lazimnya masakan kari atau gulai sememangnya menggunakan santan sebagai salah satu bahan yang membangkitkan lagi aroma dan kelazatannya. Malangnya, tak semua orang dapat peluang yang sama untuk menikmati masakan yang bersantan disebabkan oleh alergik yang teruk.
Jadi, kali ini resipi kari tanpa santan yang dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Cempaka Iris Yaya sangat sesuai bagi yang mempunyai alergik teruk.
Resipi ini juga dikongsikan berdasarkan pengalamannya, “Sejak dari kecil lagi, saya tak tahan makan gulai kari yang bersantan. Setiap kali makan, saya akan mengalami sakit perut yang berlarutan hingga 2 ke 3 hari. Kadang-kadang sampai masuk hospital”.
Kari Ikan Tanpa Santan
Bahan-bahan:
1. 2 ekor ikan bawal (dipotong 3 bahagian/6 ketul)
2. 2 paket kecil serbuk kari ikan (Adabi)
3. 1 paket kecil serbuk cili
4. 1 tangkai daun kari
5. Air asam jawa
6. Sedikit air
7. 2 biji tomato
8. 8 batang bendi
9. 1 kiub ayam Maggi
10. 1 kiub ikan bilis
Bahan-bahan untuk hiris nipis:
1. 3 biji bawang merah
2. 3 ulas bawang putih
3. 1 inci halia
Bahan-bahan untuk rempah tumis:
1. 1 sudu besar halba campur
(Boleh tambah kulit kayu manis dan bunga lawang kalau suka. Saya kalau kari ikan tak suka letak. Kari daging baru saya letak)
Cara Penyediaan:
– Goreng ikan dan bendi terlebih dahulu. Kemudian ketepikan. Tak perlu goreng lama sangat, sekejap je.
– Bancuh serbuk kari bersama serbuk cili dengan sedikit air.
– Panaskan minyak, tumis bahan hiris nipis dan bahan rempah tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
– Masukkan daun kari dan bancuhan serbuk rempah tadi (rempah+serbuk cili+sedikit air).Masak sehingga rempah pecah minyak.
– Tambah sedikit air dan teruskan masak sehingga pecah minyak lagi sekali.
– Masukkan air asam jawa dan ikan.
– Tutup sekejap kuali supaya ikan masak sedikit.
– Masukkan sedikit air, tomato, sayur bendi. Perasakan dengan (kiub ayam+ kiub ikan bilis) secukupnya.
– Siap dihidangkan untuk 5-6 orang tetamu.
Tips:
Untuk masak kari yang sedap, rempah harus ditumis sehingga betul-betul masak. Cara untuk pastikan rempak masak ialah dengan tumis sehingga rempah pecah minyak, kemudian tambah air beberapa kali dan masak sehingga rempah pecah minyak pada setiap kali selepas tambah air.
Ikan dan bendi digoreng terlebih dahulu agar isinya tidak hancur bila dimasukkan ke dalam kuah kari. Yang penting teksturnya lebih segar dan enak dimakan. Selamat mencuba.
Bersedekah adalah amalan yang mulia dan dengan sedekah yang ikhlas menjanjikan ganjaran pahala buat si pemberi. Umumnya bila bersedekah sering kita bayangkan sejumlah duit untuk diberikan kepada orang yang memerlukan. Pun begitu, sedekah sebenarnya banyak benda dan perkara yang boleh diberikan. Contohnya seperti wanita ini yang juga merupakan peniaga biskut cheesse tart, telah berkongsi resipi di media sosial dengan diniatkan bersedekah untuk dimanfaatkan kepada yang menginginkannya.
Jadi apa kata kita cuba menyediakan menu istimewa ini untuk dinikmati bersama keluarga.
Sedekah adalah amalan yang mulia. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita.
Assalamualaikm hai semua.. Siapa pengemar cheseetart buncit? Nak beli dekat luar pun, sebijik RM 1.50 ke atas..
Ni saya nak sedekah kan resepi yang selalu saya jual..Saya halal kan dunia
akhirat ye.
Tart magnum
Resepi
Shell Tart..
Butter 260gm
Gula icing 100gm
Telor 1 biji
Tepung 500gm
1 sudu besar air sejuk
Sedikit esen vanila..
Cara-cara:
1. Kacau butter dan gula dalam bekas.. Pakai tangan je kacau nak senang.. Bila dah sebati masukan telur.
2. Gaulkan lagi, masukan esen vanila dan air sejuk
3. Last sekali masukan tepung gandum. Uli sampai jadi doh ye.
4. Bakar suhu 180 20 minit.
Resepi chesee dia pulak..
250gm chesee tatura.
1 sudu kecil telur (telur tu kacau sebati dulu ye)
50gm gula icing.
Cara cara
Putar chesee sekejap, sampai sebati.
Jangan putar lama ye.. Nanti cair ..
Lepastu masukan gula icing,putar sebati..
Last masukan telur putar sekejap..
Siap.
Cara cara paip chesee..
Masukan creamchese dalam piping beg.
Paip secara membukit ye.
Bakar pada suhu 180 drjahcelcius
selama 7 minit.
Cara nak buat magnum pulak .
Sukatan dia agak-agak la ye.
Sedikit coklat bar jenama apa-apa pon tak kisah.
Doubleboil kan atas periuk. Periuk tu isi air sikit ye..
Bila dah cair coklat masukan butter Sedikit. Kacau sampai pekat.
Sejukan sekejap.
Bila Tart kita dah Siap. Sejukan dulu baru salut dengan coklat ye.
Bila dah salut dengan coklat, salut dengan kacang badam hancur
pulak..Dah siap letak dalam peti .
Masak Nasi Kari Kambing Makin Mudah Bila Guna Resipi Yang Satu Ni!
Menyediakan hidangan yang istimewa biasanya memerlukan bahan atau ramuan yang banyak dan agak renyah penyediaannya. Lagi-lagi hidangan yang berasaskan daging kambing. Silap cara dan ramuannya boleh menyebabkan masakan tidak enak pula dinikmati.
Malah tidak hairan juga untuk mendapatkan rasa yang fresh, pemilihan daging kambing yang segar juga menjadi keutamaan.
Pun begitu, tahukah anda dengan menyediakan hidangan menggunakan Kari Kambing dalam tin juga tidak kurang hebatnya. Ini sebagai mana yang dikongsikan oleh Kak Amy Zuraidah, berkongsi resipi untuk menyediakan hidangan Nasi Kari Kambing.
“Ya Allah..sumpah sedap uoolsss #nasikarikambingtinadabi ni..eh ehh…anak 5y yang cakap sedap sedap tau…” tulisnya di ruangan kapsyen.
Bahan-bahan
2tin kari kambing adabi
Beras faiza kashmir basmathi 5pot cawan sedang
2biji bawang besar hiris
4sekawan
2lai daun pandan
2sudu butter + 2sudu minyak masak
Tomato dadu sebiji
Garam 1sk
Akar ketumbar Makan bersama ayam rose + jelatah..
Cara masak Nasi Kari kambing adabi 2 tin(untuk 6org)
Beras faiza kashmir basmathi 5cawan sedang (di cuci /rendam 15min jika xde PC /jika ada PC or noxxa xpyh rendam)
Marjerin 2sudu + 2sudu minyak
Daun pandan 2lai
2biji Bawang besar hiris
1biji Tomato potong dadu
Rempah 4sekawan
Susu cair setengah tin
Akar ketumbar
Garam sikit ya Cara masak kari
-panas kan Marjerin + minyak (kita tumis dlm kuali asing dlu )
-tumis sampai wangi bawang besar/masok 4sekawan/tomato dadu/daun pandan
-masuk kari kambing gaul sebati
– masuk susu cair
-masuk akar ketumbar
-masuk garam sikit ja
-lepas tu curah atas beras dalam periuk nasi tu ya lps tu on tak on mmg x masak ni
– masak nasi spt biasa (sukatan spt masak nasi biasa)
-masa nk kering nti tu bole la jenguk dan gaul2 rata..Masa ni bau dia 1rumah kemain sedap ooi..
-dah masak nasi jgn lupa tabur kismis sama daun ketumbar….siappp
Cara masak Ayam masak merah -Ayam separuh potong kecil (gaul kunyit sikit +garam)di goreng separuh masak ..angkat tos kan minyak..
-Susu cair suku tin
-Sos cili 3sb
-perasa
-serai (Bahan A)
-Segenggam cili merah besar
-Bawang besar 2biji
-Bawang putih 4ulas
-halia sikit
Blend bahan A
– guna minyak ayam tadi tumis sampai pecah minyak bahan A tadi + serai..masok ayam + susu cair + sos cili + perasa +garam ..masak sampai ayam empuk dan masok kan sikit bawang besar hiris
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di