Sebenarnya bukan mudah bergelar pendidik! Bukan sahaja menghadapi cabaran untuk mendidik murid-murid yang mempunyai pelbagai gelagat terutama bagi yang baru melangkah ke alam persekolahan seperti murid darjah satu.

Cabarannya bermula awal persekolahan apabila ada yang menangis dalam kelas, belum mahir menulis dan membaca. Malah ada juga tidak tahu berdikari menguruskan diri ke tandas. Hingga ada yang terkecing dalam kelas!

Begitu juga yang dipaparkan oleh guru ini, Cikgu Asmadi Samad

menerusi perkongsiannya di facebook yang tidak menyangka ada antara muridnya tidak tahu berdikari menguruskan diri dengan betul apabila ke tandas.

Malah katanya, ada yang sanggup menahan kencing atau membuang air besar semata-mata tidak mahu ke tandas. Malah, lebih melucukan ada murid yang menanggalkan seluar di lantai tandas sekolah seakan di rumah.

Ikuti selanjutnya perkongsian beliau. Moga jadi iktibar agar mendidik anak tahu menguruskan diri semasa di luar rumah.

SANGUP TAHAN KENCING TAK MAHU KE TANDAS

”Sanggup Tahan Kencing Dan Buang Air Besar.” Guru Ini Kongsi Cabaran Murid Darjah 1 Yang Tak Tahu Berdikari!
Cikgu Asmadi Samad bersama keluarganya

Tenang semua. Ini bukan gambar kes jenayah ya.😁

IKLAN

Ini hanyalah salah satu gelagat anak-anak tahun 1 yang masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan persekitaran di sekolah.

Selain bilik darjah, tandas juga merupakan tempat yang mencabar untuk anak-anak menyesuaikan diri.

Serius ni…Jangan pandang rendah pada cabaran di tandas. 😔

Jangan terkejut kalau ada anak-anak yang sanggup tahan kencing dan berak di sekolah sebab ada macam-macam halangan untuk mereka menggunakan tandas di sekolah.

Kadang-kadang kat rumah semua tandas duduk, tapi kat sekolah semua nak kena cangkung. Bila begitu maka timbullah pelbagai ‘isu teknikal’ seperti nak bukak seluar macam mana, nak kangkang tak lepas lah sebab seluar tersangkut dan macam-macam lagi.

IKLAN

Pengalaman saya ada dikalangan anak-anak tahun 1 yang tak boleh mencangkung. Bila mencangkung mesti terduduk ke belakang.

Macam dalam gambar di atas ni memang kat rumah bila ke tandas caranya memang begitu. Tanggal habis seluar kat luar bilik air dan masuk ke tandas, jadi di sekolah pun macam tu lah dia buat. Ini kira bagus sebab sebab dalam tandas dah dia bukak. Awal-awal hari tu luar tandas tu dia berjoget tak pakai seluar. 😓

Isu kebersihan tandas pun satu hal juga. Al maklumlah kalau dah beratus orang kanak-kanak yang kadang-kadang tak berapa pandai menetapkan sasaran semasa membuang air kecil dan air besar berkongsi menggunakan tandas memang makcik cleaner pun ketar lutut nak mencuci dan mengemop setiap masa.

BANTU ANAK TAHU GUNA TANDAS

Walaubagaimanapun.. Bak kata Papa Zola, Jangan susah hati wahai ibubapa kebenaran.

IKLAN

Anak-anak kita ni memang punya keupayaan semulajadi untuk menyesuaikan diri dengan baik. Dan itu juga satu proses yang membantu mereka membesar. Dengan sedikit bimbingan dari guru, masa akan membantu mereka menyesuaikan diri.

Sedikit latihan di rumah mengenai penggunaan tandas juga boleh membantu mereka. Latih mereka dengan 3 langkah asas iaitu istinjak, bersihkan lantai dan flush untuk memastikan mereka sentiasa dalam keadaan bersih dan tandas juga bersih.

Bantu mereka untuk memperbetulkan kedudukan seluar/kain semasa menggunakan tandas cangkung atau duduk.

Untuk murid lelaki ajar mereka berhati-hati dengan zip seluar. Untuk yang belum bersunat, lebih baik pakaikan seluar dalam sebagai langkah keselamatan. Pernah berlaku beberapa kali cikgu-cikgu lelaki terpaksa buat rescue team untuk bantu murid lelaki yang kemaluannya tersepit pada zip seluar. Musibah ni tuan-tuan. 😅

Wahai Ibubapa kiriman tuhan,
Teruskan bersembang dengan anak-anak perihal hari persekolahan mereka. Banyakkan berkongsi cerita tentang bagaimana waktu kita melalui zaman persekolahan dahulu. Ceritalah perkara yang baik-baik dan seronok. Yang tak berapa baik dan selebihnya kita simpan dalam poket ingatan kita baik-baik. Bimbang nanti anak-anak tiru, kita juga yang sakit kepala.

Sumber: Cikgu Asmadi Samad

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI