Sapaan Isteri ‘Assalamualaikum Cinta’ Untuk Suami, Buat Netizen Teruja Untuk Berumah Tangga!

Share

Masa romantik bukan hanya ketika sedang bercinta, layan apa yang diinginkan dan bercakap dengan kata-kata manis demi menggembirakan pasangan. Bila sudah berkahwin dan punya anak, lain pula jadinya. Seakan berubah, masing-masing lupa untuk terus bersikap romantik terhadap pasangan. Ini kelazimannya!

Namun hakikatnya layanan romantik itu amat diperlukan dalam hubungan suami isteri untuk kekal bahagia. Meskipun dengan melakukan perkara yang kecil dan simple, seperti meluahkan ungkapan yang sweet namun percayalah perbuatan tersebut  sangat memberi kesan dalam kehidupan suami isteri.

Situasi ini sempat dikongsikan pasangan suami isteri ini di TikTok.

Sebelum ini seorang isteri Bernama Nazira Nawawi dilihat kerap memuat naik rakaman bersama suami tercinta dan anaknya. Terbaru, dia dilihat menunggu suaminya pulang kerja di muka pintu meskipun hari sudah malam.

“Assalamualaikum cinta”, itulah ungkapan pertama yang diucapkan ketika menyambut kepulangan suaminya yang kelihatan penat selepas pulang daripada tempat kerja. Sebaik mendengar ungkapan tersebut dari isteri tersayang, lelaki berkenaan terus lentok sebelum memusingkan badan yang kononnya sudah cair dengan layanan isterinya yang sebegitu sweet sambil memegang bungkusan lampin anak.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen akui turut terhibur dengan sapaan lembut dari Nazira buat suaminya. Bukan itu sahaja ramai juga meluahkan rasa tidak sabar untuk mendirikan rumah tangga kerana mahu dilayan seperti itu daripada pasangan masing-masing.

@naziranawawiAbi why shoo shomel 😩🙈♬ Takkan Terganti – Kangen Band

ARTIKEL MENARIK : Adunan Tak Naik? Wanita Ni Kongsikan Sebabnya Pada Yis!

IKLAN