Sarapan Dan Bekalan Sekolah Paling Mudah Untuk Anak, Sausage puff Sedap Dan Cepat Nak Buat

Share

Ada para ibu-ibu lebih suka menyediakan sarapan pagi sendiri daripada membeli di kedai. Ada juga anak yang cerewet tidak suka membeli makanan di kantin.

Jadi jika hari-hari menu yang sama tentu boring juga. Ibu pun pening kepala tak ada idea anak masak apa lagi.

Apa kata cuba resipi paling mudah ni. Memang mudah dan sedap. Anak-anak pun suka. Jom lihat cara buat Sausage puff untuk sarapan dan bekalan anak ke sekolah. Nak buat menu potluck pun boleh! Jom lihat resipi yang dikongsi oleh Azie Surip 

menerusi Group Masak Apa Hari Ini.

 

BAHAN-BAHAN:

Sosej

Pastry Pusff

Biji bijan sebagai hiasan

CARA PENYEDIAAN:

Cara nak buat memang mudah dan cepat. Sesuai untuk ibu -ibu yang sibuk dengan rutin harian.

Sausage puff ini sesuai untuk sarapan dan bekalan anak sekolah.

Satu sosej di letakkan di atas pastry puff yang telah di potong seperti gambar di bawah.

Kemudian lipat secara bersilang. Rujuk gambar untuk membuat lipatan begitu

Lakukan lipatan secara bersilang sehingga menutupi sosej. Kemudian bakar suhu 180’c selama 30 minit. Letak biji bijan untuk hiasan.

 

DAH SIAP!

Sesuai sekali untuk jamuah potluck anak sekolah. Pasti licin satu kelas. Apa lagi jom buat menu yang paling mudah ni.

 

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

 

IKLAN