Dalam keseronokkan kita berbelanja membuat persiapan hari raya dengan pakaian serba baru, usah di lupa ada insan yang berduka menyambut hari raya.
Ada keluarga yang tidak punya belanja yang cukup untuk berbelanja membeli bahan mentah apatah lagi baju raya baru.
Biarpun perkongsian ini telah dimuat naik dua tahun lepas, ia begitu meruntun jiwa dan merupakan sebuah kisah masyarakat di akhir Ramadan apabila sebuah keluarga yang memilih baju raya terpakai bagi meraikan Hari Raya.
Ikuti selanjutnya kisah masyarakat ini. Moga kita sentiasa muhasabah diri.
Sebuah kisah akhir Ramadhan buat renungan
Petang menjelang 1 syawal yang lalu, kami menerima kunjungan sebuah keluarga kecil yang datang untuk memilih pakaian terpakai yang digantung di bawah bumbung di luar pagar.
Pasangan suami isteri itu tampak berpakaian lusuh, si suami mengendong anak lelaki yang tidak berbaju, manakala si isteri memegang tangan anak perempuan lingkungan usia 8 tahun.
Mereka begitu tekun membelek helaian baju yang digantung. Sekejap-sekejap kedengaran tawa riang anak perempuan kecil itu bila ibunya mengacu baju ke badannya..barangkali gembira beroleh pakaian baru yang sesuai. Saya dan isteri kebetulan berada di luar rumah selepas melawat ibu kami.
Isteri saya menegur mereka dan bertanya dari mana mereka datang. Nyata mereka datang dari sebuah kawasan perumahan flat di sungai petani yang jaraknya hampir 20km dari rumah kami. Bila ditanya kenapa datang begitu jauh, jawapan si ayah membuat saya bungkam.
Ads
“Kak, saya tak mampu nak beli pakaian baru untuk anak-anak sempena hari raya ini. Cukuplah saya dapatkan pakaian terpakai ni untuk gembirakan hati anak kami, lagipun baju-baju di sini nampak masih elok untuk dipakai“.
Kata- kata ini membuat saya merenung betapa seringkali kita lupa untuk mensyukuri nikmat yang dikurniakan, meminta-minta untuk mendapatkan yang lebih, sedang ada manusia yang serba kekurangan memanjatkan syukur yang amat pada rezeki yang tidak seberapa di mata kita.
Sedang kita asyik mendongak memandang ke langit, cemburu melihat apa yang tidak mampu dicapai, kita lupa menunduk ke bawah merenung apa yang di bumi, mensyukuri apa yang telah dikecapi.
Ketika kita merungut tidak boleh beraya dan bergaya sakan dengan baju raya tahun ini dek kerana pkp, keluarga ini cukup bahagia memilih gantungan pakaian terpakai untuk menyambut hari raya. Seolah tiada gundah di hati mereka pada riak wajah yang gembira melayan anak-anak memilih baju terpakai. Demikianlah rasa cukup apa yang ada yang melahirkan ketenangan pada jiwa-jiwa yang bersyukur.
Allah berfirman dalam Surat Ibrahim ayat 7 berikut:
Ertinya: Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhan kalian memaklumkan, “Sesungguhnya jika kalian bersyukur (atas nikmat-Ku), pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada kalian; dan jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih.”
Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pandanglah orang yang berada dibawah kalian, jangan memandang yang ada di atas kalian, itu lebih baik membuat kalian tidak mengkufuri nikmat Allah” (HR. Muslim)
Ingatlah pesan Rasulullah SAW kepada umatnya: “Kekayaan (yang hakiki) bukanlah dengan banyaknya harta. Namun kekayaan (yang hakiki) adalah hati yang sentiasa berasa cukup.” ( hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Ads
Ayuh kita muhasabah diri, sudahkah kita melafazkan syukur hari ini kepada Allah, atas nikmat nafas yang dihela, nikmat mata yang boleh melihat, nikmat tangan yang boleh memegang, nikmat kaki yang boleh berjalan, nikmat pakaian yang menyamankan, nikmat kereta yang memudahkan pergerakan, nikmat rumah untuk perlindungan. Berhentilah merungut pada perkara yang tidak dimiliki, mulalah menghitung nikmat yang lupa untuk disyukuri.
Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel berkongsi momen romantis bersama isterinya Wawa Zainal ketika makan malam bersama.
Kedua-duanya tampak segak dan manis ketika meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10. Beberapa keping gambar dimuatnaik menerusi laman Instagram bapa kepada empat cahaya mata ini.
Titipan kasih seorang suami buat isterinya begitu romantis, itulah yang sering dilakukan Aeril setiap kali menjelang hari istimewa baik ulang tahun perkahwinan mahupun hari lahir ahli keluarganya.
“Entah bagaimana harus dikatakan tentang hari ini… Saat kita memilih dua jiwa menjadi satu. Satu hati. Satu cinta. Satu cita-cita. Satu harapan. Dan satu tujuan bersama ke Surga di sana Negara Abadi.
“Terima kasih sayang kerana bila berani untuk bersama itu, bermakna dirimu mengerti perjalanan yang bakal kita tempuh bukanlah mudah dipermulaannya kerana penuh getir dan sesekali pasti jua dilambung ombak – dipukul badai ujian. Kita berjaya melewati dan mengharungi semuanya dengan pertolongan ALLAH jua.
“Tuhan hadiahkan kita kebahagiaan dengan terus bersimpuh kasih padaNya. Barangkali kerana titis air matamu dan doa rintihanmu yang paling tulus lalu dikurniakan kekuatan jiwa, akal dan buah fikir pada dirimu agar titipan rahmatNya berpanjangan hingga kita mengecapi manisnya cinta yang halal dalam redhaNya sehingga saat ini. Terima kasih segalanya sayang..
“Sungguh, kau satu-satunya tempat jatuhnya cinta yang paling bening. Segenap keluh resahku, kau jadi perlabuhan kedamaian. Ketika sakit duka bertandang, kaulah jadi penawarnya. Bila akal dan semangatku mulai tumpul, kaulah yang jadi penajamnya. Bak kata hukama, kau tak ubah seperti kehangatan saat kedinginan.
“Terima kasih sayang untuk semuanya…
“Kutulis ini kerana Hari ini Ulangtahun Pernikahan Kita Yang ke -10. Doakan hubungan kami kekal selamanya semua…
Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Soffya dan Muhammad Fahri yang dilahirkan 30 November lalu.
Selalu kita dengar, selagi orang kita sayang masih ada, hargai mereka sebelum mereka pergi selama-lamanya..
Baik ayah atau ibu, kedua-dua mereka merupakan orang pertama yang memberi kasih sayang yang tiada tandingi kepada anak-anak. Bukan itu sahaja, mereka sanggup berkorban apa sahaja demi membahagiakan anak tercinta.
Pemergian insan tersayang ini amat memberi kesan kepada kita yang masih hidup, malah barangan peninggalan mereka menjadi mengganti diri di kala rindu menyapa.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh Tuan Syed Azmi tentang tiga beradik ini mengundang sebak ramai orang apabila mereka tetap mengguna barangan arwah ayah mereka kerana menganggap perbuatan tersebut dapat rasa dekat dengan ayah yang sudah meninggal dunia.
Rumah ni ada seorang ibu tunggal dan 3 anak. Tapi kat pintu bilik air ada 5 tuala.
Saya pun tanyalah kenapa ada 5 tuala sedangkan ada 4 orang dalam rumah ni.
Yang tuala tengah tu ayah mereka punya yang dah meninggal dunia. Dan itu memang tuala ayah.
Setiap anak ada tuala masing-masing dan tuala ayah ni anak anak ni gilir gilir guna (ikut mingguan) sebab nak tetap kongsi dengan ayah. Saya suruh si ibu ni ulang balik cerita ni.
Katanya sekali lagi. Barang ayah mereka macam tuala, kain selimut dan bantal semua anak pakat guna gilir gilir sebab masing-masing nak rasa dekat dengan ayah.
Sayangnya mereka pada ayah mereka.Semua anak masih bersekolah.Tapi satu hari nanti kena letgo jugak.Untuk kita, hargai mereka yang masih ada.
Perkongsian ini mengundang sebak pengikutnya dan rata-rata bercerita kisah yang sama yang dilalui oleh anak-anak.
Ramai yang mencari tip bahagia dalam rumah tangga merupakan sesuatu yang selalu kita dengar, samada di media cetak atau elektronik. Ramai pakar motivasi memberikan petua dan cara tersendiri, namun masih lagi ramai yang merasakan tidak bahagia.
Rupanya ada perkara yang kita anggap biasa-biasa rupanya itu yang buat rumah tangga ‘panas’!
Jom ikuti perkongsian ustazah Asmak Husin ini. Moga muhasabah diri.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
INI TIP BAHAGIA YANG KENA TAHU
Dalam sebuah perkahwinan pasti kita inginkan keluarga yang harmoni, bahagia, saling berkasih sayang dan seumpamanya.
Namun, kadang kala kita diuji dengan dengan perkara yang kita tidak suka. Ada yang disisih dengan mertua, berbelah bahagi antara isteri dan emak sendiri dan macam-macam lagi.
Jadi hari ini saya akan kongsikan macam mana nak jadikan perkahwinan kita sebagai “keluarga yang harmoni”.
1) Suami dan isteri perlu saling membantu dalam kerja rumah. Bukan meletakkan semuanya di bahu isteri.
2) Isteri perlu menjadi penguat suami tatkala keluarga diuji dengan ujian kewangan. Bukan menambahkan beban suami dengan keluhan dan makian.
“BETULKAN NAFKAH DULU”
3) Nafkah itu perlu diurus sebaiknya supaya tiada pihak yang makan hati secara diam dan dalam.
4) Komunikasi kunci kepada penyelesaian segala konflik. Rumah tangga yang harmoni datang dari persefahaman dan komunikasi yang matang antara suami dan isteri.
5) Keberkatan keluarga perlu dijaga sebaiknya. Kerana keberkatan kunci segala kecukupan dan kebahagiaan.
Apabila semua tahu peranan masing-masing dan menjalankan dengan baik, in shaa Allah isu-isu yang kita yang negatif tidak akan berlaku.
Selalu berlaku pergaduhan, perceraian disebabkan masing-masing tak tahu peranan apa yang perlu dimainkan dan tak tahu siapa yang perlu dia utamakan.
Moga kita terus dikurniakan keluarga yang harmoni serta dilimpahkan dengan sakinah, mawaddah dan rahmah di dunia dan di akhirat.