Hobi & Minat

Sawi Yang Ditanam Hijau Cantik, Tak Menguning & Bantut, Rupanya Ada Bahan Rahsia Mesti Guna

Share

Sawi yang hijau, tak menguning dan bantut antara kepuasan bagi mereka yang gemar bercucuk tanam. Selain meniadi sayur kegemaran yang selalu ditanam di sekitar rumah, sawi menjadi pilihan kerana ianya mudah untuk ditanam terutama bagi yang baru mencuba bercucuk tanam.

Sawi Yang Ditanam Hijau Cantik, Tak Menguning & Bantut

Meski mudah tapi jika tak dijaga mengikut cara yang betul, sayur sawi

mungkin akan kekuningan dan terbantut, dan tak hijau. Jika berlaku mungkin panduan yang dikongsi oleh Liyana Mohd Poad ini boleh dijadikan panduan.

Tip supaya daun sawi betul-betul hijau, tak kuning

Bagaimana nak bagi sawi yang kita tanam betul betul hijau dan tidak berwarna kuning atau terbantut pembesarannya?

Caranya, guna sekam padi dalam media semaian dan ketika pindah untuk ditanam. Lagi banyak sekam padi lagi bagus. Sawi ini berumur lebih kurang 5 minggu.

Saya terus petik dan tak akan tunggu sehingga lebih 6 minggu ataupun 2 bulan. Sebabnya kalau lebih daripada 2 bulan, batangnya akan keras dan bila dimakan ia tidak rangup dan rasa berserat.

Rupanya Ada Bahan Rahsia Mesti Guna

Sembur dengan bancuhan cuka kayu

Selain daripada sekam, elok juga amalkan penggunaan cuka kayu. Rata rata masalah tanaman adalah daun kuning, layu, lecur, mati, diserang ulat dan serangan bena dan sebagainya.

Jadi pastikan setiap rumah yang nak berkebun walau sekangkang kera, ada sebotol cuka kayu (apa-apa jenama pun boleh).

Bancuh ikut sukatan ini berikut;

*Bancuh 2 ml cuka kayu bersama dengan 1.5 l air biasa. Kemudian sembur ikut keperluan.

*Sembur pada keseluruhan daun, batang dan juga tanah, tiada masalah. Sembur pada tanaman seminggu dua tiga kali pun boleh.

*Ianya sangat efektif untuk akar, kemunculan tunas baru, penghijauan daun, elakkan masalah bena dan ulat serta meneutralkan pH tanah.

Sumber: Liyana Mohd Poad

IKLAN