Masa kini, benda yang paling berharga adalah wang. Dapat lah gaji sekecil mana atau sebesar mana, tetap rasa tidak mencukupi dek kerana semua benda naik harga.
Ada sesetengah orang yang kesempitan wang akan memilih untuk membuat banyak kerja dalam masa sehari. Tetapi bagi yang begitu terdesak, ataupun memilih jalan ringkas sanggup meminjam wang pada ‘ah long’ yang lebih menyukarkan diri mereka pada masa akan datang. Bila tak dapat bayar semula, mulalah meminjam pada orang lain pula!
Itulah yang dihadapi oleh pelakon, Adam Corrie yang mendedahkan dirinya sering menerima mesej dari individu yang tidak dikenali yang meminta bantuannya untuk selesaikan masalah mereka dengan ‘ah long’ atau dikejar pihak bank kerana tidak membayar hutang.
“Saya bukan ah long. Saya juga tak boleh tolong kalau sahabat ada masalah dengan ah long. Saya artis biasa sahaja.
“Setiap hari saya terima PM minta tolong dari segi kewangan, kena kejar dengan ah long, kena kejar bank sebab tak bayar hutang dan macam-macam lagi.
Ads
“Saya tak boleh nak payung dan tolong yang di luar kemampuan saya” tulisnya yang berkongsi perkara ini di laman Instagramnya.
Namun, walaupun tidak mampu memberi bantuan dari sudut kewangan, dia tetap akan memberikan bantuan dengan berkongsi nombor telefon atau laman web pihak berwajib bagi rujukan individu berkenaan.
“Saya hanya akan berikan link no telefon atau link web site pihak berwajib untuk tuan puan hubungi minta bantuan.
Ads
“Saya doakan tuan puan semua selalu dilindungi Allah SWT dari segala keburukan dan mara bahaya,” tambahnya.
Adam Corrie juga sempat menyeru kepada semua pihak untuk menjalani rutin hidup secara bersederhana asal tidak menyusahkan diri sendiri di kemudian hari.
“InsyaAllah. Qanaah asal punya rasa cukup. Hidup ini pasti indah. Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang” ujarnya lagi.
Menjadi tetamu Allah tentunya menjadi impian buat kita semua. Peluang bermakna ini juga turut dikecapi oleh pelakon Beto Kusyairy dan diluahkan dengan rasa syukur melalui entri terbarunya.
Menerusi foto yang dikongsi dilaman instagramnya, Beto Kusyairy dan isteri telah berangkat untuk menyempurnakan ibadah umrah pada Isnin.
Kapsyen “Bismillahi Allahuakbar..HambaMu datang menyahut panggilanMu ya Allah”.
Sementara itu meninjau di ruangan komen, rakan artis menitipkan doa agar dipermudahkan segala urusan dalam menunaikan umrah buat pasangan suami isteri ini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Begitu juga buat warganet, tak henti-henti menitipkan syukur dan mendoakan agar dipermudahkan urusan pelakon hebat ini dan isterinya ketika dibumi barakah.
Lebatnya buah mangga tu, macam mana jaga ye? Itu antara soalan yang sering ditanya jika anda memiliki pokok mangga yang berbuah lebat.
Sebenarnya ada cara yang boleh membantu membuatkan buah mangga lebat merimbun. Petua ini dikongsikan oleh Kak Chah menerusi grup Berkebun Di Rumah. Di dalam perkongsian yang mendapat 1.7k shared itu, kak Chah memberitahu kaedah itu adalah dari idea anaknya sendiri.
Tidak sangka tip tersebut menjadi dan pokok mangga di tepi rumahnya berbuah lebat merimbun. Sehinggakan satu dahan patah dek tak mampu menampung berat buah tersebut.
Mangga tepi rumah… Lebat merimbun buahnya. Tak boleh nk tanggung dahannya…. Patah satu dahan besar plk tu. Buah plk blom cukup tua. Bagi bagikan pd jiran tetangga dan selebihnya buatkan kerabu, bagikan pada jiran jiran juga 😄😄
Ramai yg tanya baja apa sy gunakan. Sebenarnya sy xder baja specific. Cuma anak saya bagi tip, dia terbaca satu article dr barat…
Mereka akan gali lubang sekitar pokok dan buangkan minyak terpakai dan mdpt hasil yg baik. Jadi saya cuba dan menuangkan minyak masak yg sudah xnak guna lagi spt bekas goreng ikan bilis atau goreng hati ayam dsb sekitar 2 atau 3 kaki dari batang pokok itu.
Alhamdulillah buah kali ini sgt lebat dikebanyakan tangkai dan manis. Cuma pesennya kali ini dia berbuah dahan by dahan bukan semua sekali satu pokok. Ada yg dah masak, buah muda, putik buah dan byk juga yg baru keluar bunga 😁😁
Membaca kisah pengalaman ibu mahupun bapa yang memiliki anak autisme sedikit sebanyak memberi ‘keinsafan’ buat diri kita. Bagaimana tabah dan kuatnya mendepani cabaran dalam menguruskan dan mendidik cahaya mata mereka.Mereka adalah satu anugerah buat suami isteri, bukan calang-calang orang yang dipilih oleh Sang Pencipta dalam menelusuri ujian tersebut. Pastinya hanya mereka yang benar-benar terpilih dan sesuai dengan kemampuan mereka.
Puan Syahirah Omar antara wanita bertuah tersebut dan dia sering berkongsi kisah cahaya mata kesayangannya ini sejak dahulu lagi menerusi laman facebooknya.
Bahkan, ibu kepada 3 cahaya mata ini mengakui sedari awal sudah membiasakan diri anak-anak untuk berdikari. Termasuklah anak perempuannya yang disahkan autisme. Terbaru, ibu ini berkongsi pengalaman dalam mendidik dan memberi tunjuk ajar buat anak perempuannya itu terutama dalam hal menutup aurat, penjagaan semasa datang bulan dan sebagainya.
Saya nak kongsi dengan semua pengalaman saya membesarkan anak autisme perempuan. Anak saya sudah remaja sekarang dan masih jauh perjalanan hidup dia.
Saya ingat lagi,
Waktu dia kecil ramai yang cakap saya degil, kepala batu. Tapi saya fikir panjang untuk anak saya. Jadi saya persiapkan diri dia. Selain usahakan bantu dia dari segi speech dan terapi cara kerja, ini antara yang saya usahakan untuk dia. Kecil saja usaha saya. Bukan kerana usaha saya pun dia lebih baik sekarang. Semua Allah yang izinkan.
Rutin urus diri sendiri
1. Rutinkan dia untuk urus diri. Bangun pagi, sebelum ke tandas, ajar dia kemas katil dan siapkan baju untuk dipakai sebelum keluar mandi. Dari dia kecil walaupun tak faham, tapi saya memang ajar dia setiap hari. Gunakan social story, explain secara bergambar dan verbal. Tunjuk cara yang betul. Jadi bila dah dirutinkan, dia bangun sendiri awal pagi, uruskan diri sendiri, kemas bilik sendiri, baju kotor pun masukkan dalam mesin basuh sendiri.
Ajar tutup aurat sejak kecil 2. Ajar dia menutup aurat sejak kecil. Memang struggle sangat dia nak pakai baju waktu kecil dan dia akan menangis teruk bila pakaikan tudung. Tapi bila saya buat brushing dan saya rutinkan dia pakai menutup aurat Alhamdulillah bila dah besar sangat mudah untuk dia jaga aurat dia. Dengan cousin pun dia pakai tudung.
Salam dengan orang yang perlu sahaja 3. Ajar dia salam orang yang perlu saja. Saya dari kecil dah ajar dia untuk tidak bersalam selain daddy, adik lelaki dia, atuk dia. Lain dari tu saya terus ajar tak perlu salam. Hanya lelaki dalam keluarga dia ni saja dibenarkan. Bila dirutinkan begitu mudah bila dia dah besar.
Ajar solat
4. Saya ajar dia solat walaupun waktu tu dia masih nonverbal. Banyak method saya cuba. Akhirnya saya ajar dia solat guna cermin besar. Slowly saya ubah cermin tu bila dia dah tahu solat. (Membantu untuk dia lihat sendiri pergerakkan diri setiap rakaat ). Tak sempurna tak apa. Perlahan-lahan dia belajar. Bila besar dia memang orang pertama yang akan ambil wudhu dan kelam kabut nak solat berbanding saya yang normal ni.
Period Kit persediaan sebelum haid 5. Untuk persediaan sebelum datang haid, saya social story sejak dia berumur 8 tahun. Saya siapkan period kit, dan ajar dia apa yang perlu dia buat kali pertama nampak red spot. Social story bergambar ( saya lukis) sangat membantu, dan saya prompt dia cara cuci pad, semuanya saya buat sejak dia 8 tahun. Dia dah period tahun lepas, Alhamdulillah. Tenang sangat dia handle sendiri.
Setiap dari kita ujian berbeza
Apa saja yang baik untuk anak, terus rutinkan. Berdoa minta Allah permudahkan urusan dan jangan pernah putus asa.Setiap dari kita ujian berbeza. Tekanan, support system, financial, semua berbeza.
Penat tapi ingat Allah sentiasa ada Penat memang penat. Nangis memang puas menangis. Tapi ingat Allah sentiasa ada. InsyaAllah bila mereka besar, semuanya lebih mudah. Saya ada ramai kawan anak autistik mereka semuanya dah besar panjang. Saya tahu bila anak dah besar ni, ujian kami berbeza. Tetapi boleh dikawal dan sudah dalam fasa bertenang. Ada situasi boleh dikawal, ada situasi kami redha.
Terima keunikan anak
Saya bangga betul lihat pencapaian anak mereka. Sebab saya sendiri lihat mereka sangat berusaha gigih waktu anak masih kecil.
Sementara saya masih ada, saya cuba bantu anak supaya boleh urus diri sendiri dan cuba sesuaikan diri dalam dunia realiti. Saya terima keunikkan dia, mana yang dia boleh tolerate dia buat. Yang tak boleh dia beritahu dia tak mampu. Anak saya sampai sekarang struggle juga dengan bau, bunyi kuat walaupun dah besar ni. Tapi dia dah pandai kawal dan tenangkan diri sendiri.
Terima kasih untuk semua yang sentiasa membantu saya sepanjang perjalanan saya membesarkan Lana. Allah datangkan ramai orang baik-baik dalam hidup saya, Alhamdulillah.
Saya harap perkongsian saya ni sedikit sebanyak membantu mak ayah pendidik anak autisme. Mana yang sesuai boleh cuba untuk anak InsyaAllah. Saya doakan semoga Allah permudahkan urusan kalian ❤️ Salam Sayang, Mama Lana.