Sering kali bab menguruskan anak-anak dan rumah tangga diletakkan di bahu isteri. Lagi lagi kalau yang tidak bekerja dan bergelar suri rumah. Namun itu tidak bermakna suami kena lepas tangan.
Sebaliknya suami isteri harus berganding bahu dan sama-sama membesarkan dan melakukan kerja rumah bersama.
Kali ini saudara khairul ezuwan berongsi tip membantu isteri mengemas rumah terutama di bahagian dapur sebelum tidur. Selamat mencuba!
Ads
Saya bukan rajin, apa lagi takut bini .Saya cuma nak hidup tenang . Hidup kita akan tenang bila pagi-pagi muka isteri senyum, kalau pagi-pagi muka isteri dah ketat , rasa kelam hidup kau satu hari 😩, lagi-lagi masa MCO ni .
Ads
Ini teknik nak bagi isteri muka tak ketat pagi-pagi . Setiap hari Sebelum kau tidur, Kau kemas dapur cantik-cantik & basuh semua, jangan tinggal walau satu garpu pon atas meja & dalam Sinki tak berbasuh , lap semua kasi berkilat, kosongkan tong sampah . Siap , baru kau masuk tidur.
Ads
Esok pagi confirm isteri takde point nak bebel. Padan muka dia . Suami-suami yang nak hidup korang tenang masa MCO ni, sila ikut Tips ni .
Kredit. khairul ezuwan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjelang raya yang bakal tiba ini, pastinya ibu-ibu sibuk nak menyediakan keperluan seperti pakaian dan juadah untuk pagi raya. Namun, penampilan diri jangan diabaikan. Kulit kusam dan tidak bermaya akibat kekurangan tidur, letih dengan urusan kerja dan rumahtangga, dan sebagainya lagi.
Justeru, lakukan tip ini jika mahu mendapatkan kulit wajah yang cerah berseri. Tidak hanya bergantung kepada produk yang mahal semata-mata, sebaliknya, anda hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda. Misalnya kunyit dan beras dikatakan boleh membantu mencerahkan kulit wajah.
Cara-caranya seperti bawah ini.
1. Kisar kunyit hingga hancur. Guna kunyit hidup lagi berkesan dari serbuk kunyit. Tidak perlu risau, wajah tidak akan menjadi kuning kerana bahan ini sudah campur dengan beras. (Kunyit 2-3cm).
3. Campur dua-dua bahan tadi kemudian sapu pada muka. Gosok perlahan-lahan (kalau muka jenis berjerawat jangan gosok, sapu je) dan tunggu 30 minit dah. Bilas dengan air. Lepas tu cuci muka dengan menggunakan pencuci muka jika wajah anda kuning.
Tip:
• Jika mahu tambah madu/yogurt/susu/ perahan limau nipis/putih telur pun boleh (pilih salah satu)
• Boleh simpan dalam peti sejuk jika ada lebih.
Sumber: Aya Zuki
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sering bersiaran di televisyen dan dikenali sebagai pendakwah selebriti, nama Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, sudah sinonim dalam kalangan masyarakat. Beliau merupakan pendakwah selebriti yang sering menjadi tetamu jemputan di radio dan televisyen terutamanya dalam topik keibubapaan dan fiqh wanita. Kini, beliau aktif mengendalikan seminar dan program khususnya keibubapaan.
Kecil molek sahaja orangnya dan bibir tak pernah lekang dek senyuman setiap kali bertutur. Berpendirian tegas dalam setiap perkara yang dilakukan sudah cukup membuktikan anak kelahiran Klang, Selangor ini seorang wanita hebat. Hasil perkahwinan dengan Ustaz Muhidin Mokter, pasangan ini dikurniakan 6 cahaya mata.
Aktif bersiaran di kaca televisyen sejak 2010 melalui saluran TV Al Hijrah (TVAH) sebelum menjadi tetamu untuk saluran TV yang lain. Beliau sebelum itu bergelar pensyarah di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 2000 hingga 2012.
Sepanjang bergelar pensyarah, banyak pengalaman diperoleh terutamanya mengenai personaliti dan akhlak individu terutama anak muda.
Biarpun sibuk dengan urusan kerja, namun sebagai ibu dan isteri, beliau menyatakan masa bersama anak-anak ibarat emas.
“Saya anggap waktu bersama anak adalah masa terbaik untuk mengetahui aktiviti mereka. Biasanya saya akan luangkan masa dengan mereka antara waktu maghrib dan isyak. Dari situ saya boleh mengetahui permasalahan mereka dan perancangan untuk hari esok.
“Memandangkan sikap saya yang tegas dalam mendidik anak-anak, konsep perbincangan jadi keutamaan. Setiap apa yang dilakukan oleh anak, saya akan ambil tahu demi kebaikan mereka.
“Menghukum anak bukanlah jalan penyelesaian. Jadi cara terbaik saya lebih suka menerangkan setiap kesalahan mereka,” katanya.
Bercerita mengenai cara beliau mendidik enam permata hatinya, tiada apa yang lebih. Cuma aspek pemakanan amat ditekankan iaitu dengan mengamalkan pemakanan sunnah dan solat berjemaah selain disiplin dalam pengurusan waktu.
“Alhamdulillah kesemua anak dapat menerimanya dan saya bersyukur anak sulung sudah pun melanjutkan pengajian di universiti, dua sedang belajar di sekolah menengah dan tiga lagi mengikuti pembelajaran dari rumah di bawah pemantauan saya dan suami.
Di samping itu, aktiviti kebajikan salah satu aktiviti keluarga setiap kali kami berkumpul.
“Biasanya kami sekeluarga akan melakukan aktiviti kebajikan dengan melawat rumah orang tua, anak yatim dan membantu orang gelandangan.
“Dari situ sikap tolong-menolong dapat dipupuk dan secara tidak langsung mendedahkan kepada anak-anak nilai kasih sayang dan prihatin kepada insan yang kurang bernasib baik,” katanya.
“Jika ada waktu cuti yang panjang, saya dan suami akan membawa anak-anak bercuti bagi melihat suasana di tempat orang bagi memastikan mereka bersyukur dengan nikmat yang diperoleh hari ini,”ujar ustazah Isfadiah.
Berkongsi kunci kebahagiaan rumah tangga, pasangan ini mengakui saling melengkapi adalah rahsia bahagia.
“Sebagai isteri, kena hormat pada suami dan mengkaguminya. Kedua, adalah sentiasa prihatin dengan keperluan dan kena tahu dan ambil perhatian apa yang suami sukai. Kena saling melengkapi, complete each other bukan compete ye dan paling utama adalah solat berjemaah inilah yang paling penting, tarik sahaja tangan suami untuk solat bersama,”ujar Ustazah lagi.
Tahniah diucapkan buat penyanyi rap, Caprice yang berkongsi perkhabaran gembira kehamilan isterinya yang kini sudah pun lima bulan.
Bukan tidak mahu berkongsi, akui Caprice lagi dia tampil berkongsi selepas mendapat persetujuan dari isteri tercintanya, Farra Inalis.
“Alhamdulillah buat pertama kali saya ingin umumkan selepas minta izin isteri dulu, yes or no?
“Alhamdulillah, ini adalah pengumuman kali pertama yang bakal dibuat hari ini yang mana isteri saya disahkan hamil lima bulan,” katanya berkongsi.
Sering diasak dengan pertanyaan mengenai zuriat, Caprice bagaimanapun berkongsi ia bukanlah masa yang sesuai untuknya dan isteri menimang cahaya mata di awal perkahwinan dulu.
Caprice kini meluahkan rasa lega dan begitu teruja untuk menimang cahaya mata pertamanya bersama isteri.
“Selepas saya kahwin, ramai yang tanya saya kenapa tak mahu cuba dapatkan anak.
“Bukan tidak mahu mencuba tetapi sewaktu baru berkahwin dulu ada macam-macam masalah berlaku.
“Tekanan daripada perniagaan dan media sosial, jadi saya fikir bukan masanya untuk menimang cahaya mata di ketika itu.
“Jadi saya pilih untuk tak nak ada anak lagi. Saya rasa belum bersedia, tapi Alhamdulillah saya ingin umumkan hari ini isteri saya sedang hamil lima bulan,” katanya lagi.
Terdahulu, Caprice mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Farra Inalis pada November tahun lalu. Farra turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Aleesya Sofea melalui perkahwinan terdahulunya.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...