‘Saya Kembali Ke Tempat Yang Kita Telah Pergi Dulu, Cuma Kali Ini Saya Datang Tanpa Awak.” Kasih Seorang Suami Tiada Penghujung

Share

“Sudah tentu saya kembali ke tempat yang kita telah pergi dulu, cuma kali ini saya datang tanpa awak.”  Sungguh kagum kisah seorang lelaki, Kamal Effendi yang masih belum ada pengganti dan setia dengan momen kenangan arwah isterinya walaupun hampir tiga tahun pemergian arwah isterinya.

Lebih manis, baru-baru ini beliau telah pergi ke tempat yang sama ketika bersama arwah dulu. Malah, rata – rata masyarakat melahirkan rasa teruja cara lelaki itu melahirkan rasa setianya kepada arwah isterinya.

Beliau  telah memuatnaik sebuah posting di instagram miliknya yang berupa dua buah foto yang memperlihat dirinya berada di tempat yang sama, namun satu daripadanya merupakan gambarnya bersama arwah isteri.

 

Sudah tentu saya kembali ke tempat yang kita telah pergi dulu, cuma kali ini saya datang tanpa awak. St Katharine Pier adalah salah satu daripada tempat itu. Keadaan berubah –  ketika saya datang bersama awak dulu sini hujan. Mungkin matahari dan langit berkabung lebih awal awal dengan perpisahan awak dengan saya. Apabila kembali sendiri – matahari dan langit menyambut dengan indah seolah-olah bangga saya kembali. Pencapaian saya yang paling besar adalah sentiasa bersama awak. Hujan atau cahaya matahari, dengan awak atau tanpa awak – saya akan sentiasa datang. Saya menyimpan janji saya dengan baik agar saya tetap kuat dan saya tidak akan pernah berputus asa. Salam sayang dari  jauh ♥ ️

Setahun bergelar suami isteri

Dahulu, dengan nama cinta, lelaki masih sanggup menikahi isterinya itu sedang bertarung nyawa dengan serangan kanser tahap empat. Namun itu bukan halangan buat  Kamal Effendi membuktikan cinta dengan ikatan sah sebagai suami isteri.

Bagaimanapun saat bahagia mereka itu hanya seketika, hanya setahun apabila isteri, Nik Idzni Dalila Nik Mahmud dijemput pencipta.

Nyata, guru Bahasa Inggeris ini telah suami yang masih setia pada cintanya walaupun isteri telah pergi untuk selamanya.

Al-Fatihah diucapkan buat allahyarhamah Nik Idzni Dalila Nik Mahmud.

Sumber: Instagram kamaleffendi

 

 

IKLAN