“Saya Kena Yakinkan Dr Halina Dulu.” Mahu Miliki Anak Ramai, Sheikh Muszaphar Rancang Anak Ke-7!

Share

Dikurniakan sepasang lagi kembar, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 48, dan isterinya Datin Dr Halina Mohd Yunos, 39, memanjat syukur atas rezeki yang diberi.

Menerusi perkongsian di laman instagram, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi keterujaannya menimang sekali lagi cahaya mata kembar yang menjadi penyeri baru dalam keluarganya.

Dalam perkongsiannya baru-baruini, Dr Sheikh Muszaphar bercerita kedua-dua kembarnya lapar, mengantuk dan terjaga pada waktu yang sama, namun ia tidak menjadi masalah buat pasangan ini.

Ini kerana mereka sudah menempuh situasi tersebut ketika kelahiran kembar pertama iaitu Adam dan Noah.


Dalam satu laporan menerusi Harian Metro, angkasawan ini juga sudah mula merancang untuk ‘mendapatkan’ anak ketujuh sebaik anak kembarnya itu dilahirkan.

“Selain itu, ada kelebihan memiliki anak yang ramai walaupun sukar untuk menjaga mereka sekarang (semasa kecil). Bila mereka sudah besar nanti, anak-anak boleh menghilangkan kesunyian apabila kami sudah tua…”


“Disebabkan itu, kini saya sudah bercadang untuk mendapatkan anak ketujuh. Bagi tujuan itu, saya perlu meyakinkan isteri terlebih dulu…”

Pasangan ini sebelum ini dikurniakan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang kini berusia tiga tahun serta dua lagi anak perempuan iaitu Sophea Isabella, 9, dan Sophea Natasha, 7.

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sumber : Harian Metro & Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha

IKLAN