“Saya Masih Ibu Dia Walaupun Tidak Melahirkan.” Kongsi Kisah Anaknya Bekas Banduan, Luahan Rasa Erma Fatima Menyentuh Hati Netizen.

Share

Hati seorang ibu walau sekeras mana, namun apabila membabitkan hal anak secara automatik akan menjadi lembut. Tidak kiralah anak tersebut dikandung mahupun anak angkat.

Demikian juga dengan pelakon dan pengarah ternama tanah air, Erma Fatima yang ada berkongsi rahsia  tentang anaknya di laman Instagram semalam.

Dalam entri terbaharunya, Erma mendedahkan kisah yang selama ini tidak diketahui umum. Rupa-rupanya, anak  ketiganya bernama Ahmad Aifin, 21, pernah dipenjarakan sejak Mei 2016.

Menurut Erma, sebelum ini dia menjaga anaknya itu dengan penuh kasih sayang serta memberikan ilmu pendidikan. namun siapa sangka dia diduga dengan ujian yang cukup berat. Disebabkan oleh percaturan pihak tertentu, anaknya itu kembali ke pangkuan ayah kandungnya.

“Ini anak saya yang ketiga. Dari umur dia satu hari saya pelihara dia. Saya berikan yang terbaik semampu saya. Sekolah, agama, kasih sayang, meskipun banyak kekurangan saya.

“Berbagai dugaan saya terpaksa lalui untuk besarkan dia. Dan satu hari atas percaturan orang tertentu anak saya kembali ke pangkuan ayah kandungnya. Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati saya ketika itu.

“Dan Mei 2016 saya mendapat berita dia ditangkap polis dan dipenjarakan,” kata Erma.

Dek kerana kecewa dengan peristiwa tersebut,  Erma sekali pun tidak pergi melawat anaknya di penjara. Sehinggakan ahli keluarganya yang lain menyangka dia tidak lagi dapat menerima kehadiran anaknya.

Namun, sangkaan itu meleset kerana hati kecil Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad tidak mampu untuk menafikan betapa kasih dan sayang pada Ahmad Aifin tidak pernah berkurang. Kepulangan Ahmad Aifin ke rumah dari penjara disambut Erma dengan tangan terbuka.

“Semua di dalam keluarga saya menyangka saya dah buang dia dari hidup saya. Dan hari ini dia keluar dari penjara. Anak-anak saya yang lain jemput dia di penjara dan bawak pulang ke rumah.

“Semua takut saya tak terima dia. Apa pun saya masih ibu dia walaupun saya tidak melahirkannya walaupun dia tinggalkan saya, hancurkan hati saya tapi saya tetap ibu dia,” ujar Erma lagi.

Sebelum memuat naik kisah tersebut, Erma bagaimana pun terlebih dahulu meminta izin sebelum berkongsikan pengalaman anaknya sebagai bekas banduan kepada orang ramai.

“Saya cakap saya tak pernah malu memiliki anak yang dikurniakan Allah seperti apa pun dia kerana itulah dugaan paling besar dalam hidup saya yang saya terpaksa tempuh.

“Saya berkongsi semua ini bukan kerana saya mahukan simpati, saya mahu berkongsi dengan semua anak-anak muda di luar sana tentang realiti hidup.

“Saya mahu keluarga yang memiliki anak-anak seperti ini juga mendapat sedikit kekuatan dari cerita saya ini. Itu saja, nanti saya akan cerita lagi kenapa dan mengapa dia masuk penjara,” ujarnya lagi.

 

Netizen yang membaca kisah tersebut rata-rata memberikan kata-kata semangat kepada Erma Fatima.

nicks_soganzi_ Hati seorang ibu.. Bagaimana, mcm mn pun seorang ank itu.. Dia adalah sebuah permata utk seorang ibu.. Hebat kak @ermafatima .. Ujian buatmu..

norainimspore put tears in.my eyes,no.matter what things do happpened and accept and support them to the fullest,love can conquer all

kierarahim The best mother in the world..balasan syurga buatmu kak inshaa allah amin

chanteq23 Alhamdulillah. Love of a mother conquers all…all are gifts from Allah swt yg maha ESA. Mendoakan dipermudahkan. Aamiin ?

mrslove9999 Keikhlasan hati mu dgn menulis coretan ini ….pagi ini air mataku menitis bederai ….itula realiti hati seorg ibu ??????Terbaik kak ema

farid_tajuddin92 Sebak , lebih kepada keikhlasan gadis tu.. ??? Buat Kak @ermafatima
sekeluarga.. Semoga diberikan kebahagian buat akak sekeluarga

azie_sunami Org yang sedih baca status kak @ermafatima ..sesungguh akak erma mempunyai hati yang kuat ..walaupun sedih dan kecewa..akak tetap merindui ..Semoga akak ceria selalu ..

_natasha.lee i love u kakak , seriously minat cara kakak , bukan dari segi lakonan je sebab itu memang dah mantap , tapi dari sidat keperibadian kakak , mashaAllah , semoga pintu rezeki kakak terbentang seluas alam semesta , semoga keberkatan dari Allah sentiasa ada sepanjang kehidupan kakak , dan semoga syurga menanti kakak dan anak anak kakak

shida8394 setiap kejadian yg berlaku byk hikmah tersembunyi yg manusia tak tahu.itulah rahsia allah di atas percaturan ke atas hambanya

ctajak6971 Tabah ya anak kak erma ..setiap yg berlaku ada hikmahnya

Sumber: IG ermafatima

IKLAN