“Saya Sendiri Breastfeed Anak, Tapi Adab & Aurat Kena Jaga.” Liza Hanim Tegur Isu Menyusu Anak Tempat Terbuka!

Share

Kontroversi melibatkan hangat seorang usahawan hangat diperkatakan baru-baru ini apabila  secara terbuka menyusu anaknya ditempat awam.

Ramai yang melahirkan rasa tidak puas hati memandangkan perbuatan tersebut yang kurang sopan. Antara yang bersuara termasuklah penyanyi, Liza Hanim.

Menerusi perkongsiannya, jelas Liza Hanim,  tidak salah jika ada ibu yang ingin menyusukan anak di tempat terbuka. Namun dalam masa yang sama perlu menjaga adab dan kehormatan sebagai seorang wanita Muslim.

Namun yang lebih penting lagi, soal penjagaan aurat kena diberikan keutamaan.

“Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat. Baru-baru ini ternampak gambar seorang usahawan menyusukan anak dikhalayak ramai dan ambil gambar.

“Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak-anak saya sepenuhnya, saya menyokong usahawan ini di dalam perjalanan menyusu badannya.

“Namun, sebagai seorang saudara di dalam Islam, saya memohon, tolonglah menjaga adab ketika breastfeeding in public. Saya sendiri breastfeed anak saya di mana-mana sahaja.

“Malah, pernah di tepi jalan di Kota Seoul dan ya saya merakam gambar juga. Tetapi kita harus menjaga adab. Aurat harus dijaga,” tulis Liza menerusi kapsyennya.

Jujur mengakui, teguran tersebut bukan sahaja untuk memberi peringatan kepada orang laain tetapi buat dirinya juga.

“Ini bukan masalah saya berhijab atau dia free hair. Either way, jaga kehormatan kita sebagai wanita dan ibu.

“Allahuakbar, sedangkan kita menutup dengan sesungguhnya ketika breastfeeding pun dipandang serong, apatah lagi di dalam keadaan yang saya lihat usahawan itu.

“Jaga kehormatan kita sebagai wanita. Jaga agama kita Islam. InsyaAllah berkat usaha kita. Murah rezeki kita. Saya bersuara untuk mengingatkan diri saya sendiri juga,” ujarnya lagi.

Sumber:lizahanim79


ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!

ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!

“Percutian Singkat Tapi Bermakna, Peluk Cium Anak Sendiri.” 2 Biji Kek Jadi Perhatian, Ibu Dr Amalina Syukur Kejutan Menjadi!

BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

IKLAN