Saya Solat, Isteri Yang Baik Tapi Kenapa Jiwa Saya Tak Tenang. Ini Jawapan Ustaz Pada Bonda Rozita!

Share

Life begin at 40… Mungkin anda pernah mendengar ungkapan tersebut. Ada sesetengah orang beranggapan usia matang seseorang adalah ketika 40 tahun. Mungkin usia sebegini sudah biasa dengan asam garam kehidupan. Mungkin rasa segalanya sudah cukup ketika ini. Tetapi mungkin ada yang masih belum bertemu apa yang dicari dalam bidup ini.

Itu yang dikongsikan oleh Bonda Rozita menerusi catatannya di laman Instagramnya.

” MENCARI JIWA YANG HILANG. DAN MENCARI CINTA MANUSIA TERUS SAYA SAKIT

Menerusi kapsyen yang dimuat naik, Bonda Rozita berkata:

Masa umur saya 40 saya decide nak settle distinasi life ni nak pilih arah ke mana, rumah ada ..kerja ada ..anak2 dah cukup .Cuma saya tak rasa bahagia pun walau semua serba ada..Setelah 40 tahun saya mencari.. Tak jumpa2 ..Ingatkan dah ada banglo ..berduit akan bahagia ..saya meronta nak sangat rasa happy..saya jumpa bila..??

Jangan malu untuk mengakui kesilapan sendiri dan itu yang dilakukan oleh bonda kepada Dato’ Aliff Syukri. Tidak  segan menceritakan aib sendiri demi membimbing dan mahukan orang lain mengambil pengajaran daripada kisah dirinya.

“Saya tanya Guru yang saya hormati Uztaz Dasuki. Soalan saya ” akak tak bahagia uztaz bagaimana saya nak bahagia. Terasa panas dan sakit sangat dada saya..Saya  tak jahat uztaz , saya solat dan jalankan tanggung jawab sebagai muslim ..Saya isteri yang baik dan rajin..bla bla bla saya adu padanya ”

“Kata ustaz Dasuki mungkin solat dan wuduk akak tak betul ..Akak belajar dulu betulkan wuduk lepas tu betulkan solat dan bacaan dalam solat..baca lah Quran setiap hari..Solat taubat sebanyak2nya Amalkan AlMathurat..luruskan niat dan Akak akan jumpa yang dicari”

Tambah Bonda lagi, dirinya sentiasa memikirkan sama ada masih bersabar terutamanya dalam masalah mengawal emosi..

“Antara seperti ego..marah ..sayang..benci..keduniaan ..darjat ..kesihatan..status.. kemewahan.(Manusia selalu kalah dalam kefahaman mengenal konflik dirinya)

“Adakah saya adil pada diri saya ..malah saya ni adil tak pdaa orang yang saya benci ..Adilkah saya pada musuh sekali pun..( pekerja tipu dan ada macam2 org buat jahat pada saya )

“Saya wajib melupakan dan memaafkan kesalahan orang lain dan melepas ingatan saya pada mereka..sejak tu saya jumpa penawar jiwa saya yang kosong dan keluh kesah ..Sebab saya yakin ” takkan berlaku 1 apa pun tanpa izin Allah..Dan manusia memang zalim pada dirinya sendiri ..Rosak kerana perhiasan dunia sehingga mensia2kan waktu.

Ujar beliau lagi, masa hidup ni harganya tu yang tak datang secara percuma ..Habis dan hilangnya waktu tu akibat kecuaian dan kebodohan diri sendiri ..Waktu terlepas tak mampu dibayar dengan duit atau kekayaan.

‘Lama saya cari akhirnya jumpa dalam persoalan diri saya ini untuk bahagia dengan saya mulakan mengenal diri sendiri dulu.. adakah saya dalam golongan sabar atau tidak “ Yang membezakan MUKMIN ATAU ORG MUNAFIK”

Catatan tersebut mengundang respond dari pengikut dilaman instagram Bonda. Ramai yang bersetuju dan turut menyuarakan pandangan masing-masing berkenaan hal tersebut.

suzanabadrinTerbaik a bonda…

aidanurrahimiSetuju yg amat kata2 bonda ni…ni juga la yg cari masih tercari2…iaitu diri sy sdiri…Subhanallah..diri sdiri pun sy masih belum hadam…

drwidyasuzaneeTerima bonda atas perkongsian yg bermenaffaat…moga bonda terus istuqamah hinggah ke akhir hayat…?

sarinahwkTahniah @bondarozitaibrahimsegala nya bermula Nya berakhir dgn Nya jugak..dpt saya rasakan dgn mentauhidkan Nya yg Esa

kchikeddaessaAllahu..saya mcm tu..segala nya ada wp tk byk mana tp masih lom rasa bahagia sgt..ya sungguh kena perbetol kan niat dn perbaiki solat serta ulangtayang sikap kita pd semua..tkaseh Bonda utk perkongsian kali nie..???

norlizahmad65Menusuk kalbu tulisan bonda kali ni , terima kasih ats penkongsian akn jadi pedoman utk menghadapi keluh kesah hidup ni. Betul Allah bersama kita dan kita perlu baiki diri.

peggysasSyukur Allah beri kekuatan dan kesabaran pd Bonda dlm mencari kebahagiaan. Sy amat mkagumi kegigihan bonda dan semoga Allah beri sy kekuatan yg sama pd sy… Aamiin

Sumber: IG bondarozitaibrahim

IKLAN