“Saya Tidak Dilahirkan Cerdik. Jadi Perlu Sentiasa Belajar.” Graduasi Ke-5, Soo Wincci Catat Dalam Rekod Di Malaysia Book Of Record. Inspirasi!

Share

Sungguh inspirasi pencapaian yang diperolehi oleh penyanyi, pelakon dan model jelita Dr Soo Wincci dinobatkan sekali lagi dalam Malaysia Book of Record (MBOR) setelah  dinobatkan dalam dua rekod iaitu sebagai Ratu Cantik Yang Memiliki Ijazah Akademik Terbanyak dan Artis Rakaman Yang Memiliki Ijazah Akademik Terbanyak.

Lebih mengkagumkan, dalam tempoh 15 tahun, bekas ratu cantik Malatysia telah mempunyai 5 pencapaian tertinggi bidang akademik iaitu memperolehi ijazah Sarjana Muda Undang-undang (2007), Sarjana Pengurusan Perniagaan (2008), Doktor Falsafah (PhD) dalam Perniagaan (2016), Sarjana Muzik (2018) dan terbaru ijazah Pasca Sarjana Fellowship dari Berklee Valencia, Sepanyol hari ini.

Nyata, gelaran sebagai Beauty with brain adalah tepat buat dirinya.

“Ini hanya satu permulaan, saya tidak dilahirkan cerdik atau memiliki nasib baik jadi perlulah sentiasa belajar.” 

 

“Hari ini juga hari bersejarah buat saya, selain graduasi yang kelima di Sepanyol, saya juga berjaya mencipta single terbaru dalam empat bahasa (Melayu, Mandarin, Inggeris dan Sepanyol).

“Single ini akan dilancar serta diterbitkan bersama syarikat rakaman dan penerbit dari Taiwan dan China iaitu Ocean Butterflies, Taihe dan Touch Music.

“Selain itu, untuk projek graduasi, saya berjaya mencipta versi remix dalam 360 Audio dan Visual yang semuanya akan dilancarkan pada bulan ini dan Ogos depan,

Seterusnya ikuti perkongsian gambar muat naik di instagramnya  setelah kejayaannya meraih pencapaian MBOR dan graduasinya yang lima di Sepanyol. Sungguh inspirasi!

GRADUASI YANG KE-5

Malaysia Book of Record (MBOR)

 

Sumber: Harian Metro & Instagram dr.soowincci

IKLAN