“Sayangnya Kawan. Rindu Sangat, Nangis Tengok.” Fasha Sandha Kongsi Sebak Kawan Anak Peluk Erat Selepas Selesai Kuarantin!

Share

Fasha Sandha meluahkan rasa sebak dan terharu tatkala melihat betapa eratnya persahabatan antara si anak dengan kawan-kawannya.

Perkongsian isteri kesayangan Aidil Aziz dimuat naik menerusi laman instagramnya yang turut disertakan  bersama sekeping video.

Di dalam video tersebut, kelihatan anak Fasha yang bernama Jemyma atau nama sebenarnya Putri Raysha Jemyma dipeluk erat oleh seorang kawannya usai selesai menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari.

“Finally, after ten days of quarantine .Hard times will always reveal true friends 😆 Nangis aku tengok scene ni. Sumpah!

‘”Haih, bila bad times baru kita tau, siapalah kawan yang betul2 kawan, siapa yang langsung tak peduli, siapa yang selalu drop by depan rumah tanya khabar, siapa yang takut dengan kita, suprisingly, yang rapat tu lah yang tak peduli dan takut dgn kita 😉 .


Tanya khabar pun tak 😆 😆

Pelakon Dendam Seorang isteri ini dalam masa yang sama turut menitipkan ucapan terima kasih buat rakan-rakan anaknya.

“Thank you darling chanela and Elsa Erisa, and Nurin.
i love four of you more and more now.
“Setiap hari lalu tanya khabar, tanya bila Diorng boleh keluar main sama, tanya sihat ke tak.. tersentuh hati ibu, 💜


“Kepada yang bertanya, yes anak2 sy quarantine selepas salah sorang budak dari sekolah + covid. Alhamdulillah anak2 saya sihat, negative dan habis quarantine . Syukur Alhamdulillah,”demikian perkongsian Fasha menerusi laman instagramnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata turut berkongsi rasa terharu dan gembira meliphat persahabatan yang terjalin antara Jemyma dan kawan-kawannya.

fauziahnawi Covid ni hamba Allah. Kalau bak kena jaga mcmana pun kena. Tak perlu sisihkan kawan yg kena Covid. Kasih sayang sejati sampai kemati.
wana_hawe Tersenyum tengok video ni tapi pada masa yang sama air mata banjirrr… Tersentuh sangat dengan video ni,,,,, ikhlasss betul kawan2 anak Fasha
dahlia_official7nd Senyum sorg tgk vid ni..rndu betul kt kwn die😍
ummi_anne23 Nangis. opah tengok, syg nyer kawan, rindu sangat tu.
surprisegift_mimie Mohon smpai besar mcm ni anak2.. so loving! terharunyaa..stay safe and healthy ya! ❤️❤️❤️
citie_gitiez Nampak sgt betapa rindunya dan happy bila tgok sahabt dah baik.. tersentuh sgt😢❤️❤️❤️❤️
Sumber: fashasandha
IKLAN