Fasha Sandha meluahkan rasa sebak dan terharu tatkala melihat betapa eratnya persahabatan antara si anak dengan kawan-kawannya.
Perkongsian isteri kesayangan Aidil Aziz dimuat naik menerusi laman instagramnya yang turut disertakan bersama sekeping video.
Di dalam video tersebut, kelihatan anak Fasha yang bernama Jemyma atau nama sebenarnya Putri Raysha Jemyma dipeluk erat oleh seorang kawannya usai selesai menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari.
“Finally, after ten days of quarantine .Hard times will always reveal true friends 😆 Nangis aku tengok scene ni. Sumpah!
‘”Haih, bila bad times baru kita tau, siapalah kawan yang betul2 kawan, siapa yang langsung tak peduli, siapa yang selalu drop by depan rumah tanya khabar, siapa yang takut dengan kita, suprisingly, yang rapat tu lah yang tak peduli dan takut dgn kita 😉 . Tanya khabar pun tak 😆 😆
Pelakon Dendam Seorang isteri ini dalam masa yang sama turut menitipkan ucapan terima kasih buat rakan-rakan anaknya.
“Thank you darling chanela and Elsa Erisa, and Nurin. i love four of you more and more now. “Setiap hari lalu tanya khabar, tanya bila Diorng boleh keluar main sama, tanya sihat ke tak.. tersentuh hati ibu, 💜
Ads
“Kepada yang bertanya, yes anak2 sy quarantine selepas salah sorang budak dari sekolah + covid. Alhamdulillah anak2 saya sihat, negative dan habis quarantine . Syukur Alhamdulillah,”demikian perkongsian Fasha menerusi laman instagramnya.
Ada sesetengah wanita memang ter-over dan gila-gila luar biasa. Betulke? Senang cakap, siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya. Dan jika dibaca artikel yang ditulis oleh Abdul Jalil Ali di dalam Majalah Keluarga edisi Julai-Ogos 2018 ini, memang menarik!
Dan ini antara pandangan dan luahan hatinya sebagai seorang suami dan lelaki dalam melihat ‘kegilaan’ minat wanita. Jom baca.
Perihal beg tangan dan tudung bawal
Tanpa prejudis, memang selalu ada andaian bahawa isteri saya berlebih-lebih, sehingga ke tahap membazir. Saya bercakap mengenai tudung bawal!
Seingat saya, sejak mula kahwin, hingga sekarang – sudah lebih tiga dekad berkongsi tilam – perihal kain penutup kepala itu kerap menjadi isu. Ada ketikanya isu tersebut berlarutan sehingga dia tidak bercakap dalam kereta, dan menunjukkan muncung ikan todak di meja makan.
Saya ada sebab tidak suka dia melebih-lebihkan tudung. Sebenarnya bukan sahaja tudung bawal, tetapi ada macam-macam design tudung lagi. Antara yang saya ingat ialah tudung ‘awning’, tudung belit leher, tudung bonjol unta, tudung layang-layang. Nama-nama ini saya beri mengikut cara tudung itu dipakai.
Bagi saya semua tudung itu, tidak kira apa material, design, warna atau corak, fungsinya hanya satu: menutup aurat seperti yang diwajibkan.
Mengapa perlu ada bawal, pari, awning dan semua itu? Tidakkah lebih mudah sekiranya ada dua, tiga atau lebih-lebih pun lima helai?
Saya membandingkan diri sendiri. Tidak pernah saya ada lebih dari dua helai singlet. Basuh satu, pakai satu lagi. Jika sudah koyak dan berlubang di perut, saya pakai untuk berkebun. Selagi tidak berlubang sana-sini seperti roti jala, saya tidak akan beli yang baru. Betul-betul menepati pepatah ‘alah membeli, menang memakai’.
Tetapi, dia pun ada alasan. Katanya, orang lelaki tidak sama dengan orang perempuan. Orang lelaki tidak kira ‘trendy’, main bantai sahaja, asal boleh pakai.
“Tetapi kita orang perempuan lain,” katanya. Lain itu ertinya cara berhias dan berfesyen wanita tidak semudah sarung dan sangkut. Mesti ada tema. Kalau baju biru muda, tudung mesti biru tua. Kasut, beg tangan dan lain-lain aksesori pun mesti sesuai dengan tema.
Kalau tema merah, semua kena dekat-dekat dengan merah. Demikian juga jika kuning, kelabu tahi anjing dan sebagainya, mesti bertema. Katanya: “Kalau tidak bertema, nampak loklak!”
Saya memang tidak ambil kisah bab tema-tema. Seluar coklat, kemeja biru, stokin hijau tua pun kira okey. Loklak-moklak, apa yang penting selesa. Sebab hendak bertema-tema itulah yang pantang tengok tudung bawal, dia akan sambar. Hendak ke majlis rasmi, cari tudung baru. Makan kenduri kahwin, tudung baru.
Cari awning baru juga jika ada acara-acara tidak rasmi seperti kenduri masuk rumah baru, majlis berkhatan sepupu, hatta panggil kawan pejabat minum petang di rumah. Selalu dia bertanya pandangan saya – agaknya untuk mengambil hati – jika berkenan dengan satu-satu bawal: “Sesuai tak yang ni dengan saya?”
Tidak kira apa warna, apa jenama, jawapan saya sama dan selalu selamba: “Biasa jer…” Cuma sekiranya yang dia berkenan itu di luar kemampuan dompet, saya akan komen: “Tak sesuai langsung, loklak semacam!”
Dulu-dulu memang saya selalu membebel setiap kali dia merengek minta tudung baru. Tetapi sekarang sudah tua, saya mengikut sahaja, biar dia puas sanubari. Lagi pun tudung bawal adalah satu-satu kesukaannya sejak zaman asmaradana. Dia tidak pernah minta banglow mewah siap kolam renang, tidak juga emas berlian. Tambahan pula si bawal yang dia suka bukanlah dari jenama yang harga RM ribu-ribu. Waktu mula-mula kahwin dia sudah puas hati dengan tudung berharga RM10 atau RM15 sehelai.
Sekarang oleh sebab ada rezeki sikit, dan anak-anak sudah bekerja, dia memilih bawal atau l atau awning RM60 – RM70, lebih-lebih pun RM100. Ada juga pada hari-hari tertentu, seperti hari jadi atau hari ulang tahun perkahwinan, sengaja saya suruh dia sambar emak bawal RM300 sehelai. Katanya: “Tak mahal sangat ker?” Pulak!
Oleh sebab terlalu banyak, saya sendiri tidak pasti apakah dia ada masa dan kesempatan untuk memakai semua tudung-tudung yang beraneka itu.Apa yang saya pasti ruang baju saya di almari besar itu semakin sempit, sebab lebih banyak ruang digunakan untuk menggantung bawal. Sebab itu saya kata dia sudah terlebih!
Sesetengah wanita memang ter-‘over’ dan gila-gila luar biasa
Tetapi, rupanya bukan dia sahaja yang berlebih-lebih. Saya berbual dengan rakan-rakan sekerja wanita, dan rata-rata mempunyai perangai ter-‘over-over’.
Dalam kalangan wanita bekerja, ramai yang terlebih-lebih baju. Kalau boleh setiap hari dalam sebulan pergi ke pejabat dengan baju baru. Tidak mahu ulang pakai baju yang sama.
Maka saya tidak terkejut apabila seorang rakan wartawan memberitahu isterinya mempunyai tiga almari baju; boleh buka butik sendiri, dan boleh adakan SALE sendiri di rumah.
Alkisah ada juga wanita yang gila-gilanya pada pinggan mangkuk. Pantang ada ‘rumbungan Cik Kiah’ ke Langkawi dia mesti ikut sebab di Pulau Mahsuri itu dikatakan pinggan mangkuk memang murah. Ada macam-macam set minum petang, set makan malam, set sarapan, dan set-set makan lain. Tidak muat lagi untuk disimpan dalam almari, dia membuat satu stor khas hanya untuk menyimpan pinggan mangkuk yang bertimbun itu.
Minat paling teruk lagi menyeramkan yang pernah saya dengar, dan lihat sendiri, ialah kegilaan mengumpul pisau. Saya pernah berkunjung ke kediaman opah bercucu sembilan ini dan ditunjukkan satu lemari penuh dengan pisau.
Hatta, ada juga wanita yang tahap ‘ovr’-nya melampaui paras normal, hingga sukar untuk diterima akal. Dia memiliki sejumlah kira-kira 300 beg tangan. Dia mungkin boleh dimasukkan dalam ‘Book of World Records’ sebagai wanita paling banyak memiliki beg tangan. Dengan hanya dua tangan yang dikurniakan Allah, ramai tertanya-tanya bagaimana dan bila beg-beg tangan tersebut dapat digunakan.
Tambahan pula beg tersebut semuanya berjenama supermewah, harganya setiap satu bukan RM ribu-ribu,tetapi RM puluhan, dan RM ratusan ribu. Malah, ada yang harganya mencecah RM 1 juta.
Selain beg tangan yang nilainya jutaan RM itu, wanita ini juga meminati intan berlian, berkotak-kotak disimpan di dalam rumah. Setakat rencana ini ditulis, belum diketahui berapa nilai sebenar berlian yang banyak itu. Isteri saya memiliki 300 tudung bawal, harganya tidak lebih RM100 sehelai. Sedangkan ada orang memiliki 300 beg tangan mewah yang harganya setiap satu RM100,000.
Betullah, sesetengah wanita memang ter-‘over-over’!
sumber : Majalah Keluarga Julai-Ogos 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memandangkan anak-anak duduk dan belajar di rumah, pasti ibu-ibu nak sediakan menu yang membantu mereka sentiasa bertenaga kan. Asyik beli makanan ringan di luar tak bagus untuk kesihatan, apa kata ibu-ibu buat sendiri.
Jom cuba Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips ini. Mudah je nak buat, resipi yang simple 20 minit dah siap. Admin kongsikan resipi dari puan Syuhada Che Din untuk ibu-ibu cuba sendiri.
Jom buat biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali. Tahun lepas dah pernah share resepi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak.
Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
Bahan-bahan :
250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing (tak suka manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan sahaja)
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)
Cara-cara:
• Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
• Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
• Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
• Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.
• Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
• Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
* Kalau tak suka manis manis, boleh kurangkan sukatan gula aicing jadi 3/4 cawan ye.
Selamat mencuba😋