Sebut sahaja mengenai penganjuran Hari Keluarga, tentu sudah ada yang dapat membayangkan kemeriahan dan keseronokkan kerana dapat berkumpul bersama  keluarga dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik.

Pun begitu, ianya juga bukanlah kerja mudah. Lebih-lebih lagi untuk  menghimpunkan pelbagai generasi yang membabitkan keluarga besar dengan jumlah keseluruhan ahli seramai 255 orang!

Berkongsi detik manis pada perjumpaan Hari Keluarga AZAM baru-baru ini, Puan Rafidah Arif yang juga merupakan generasi ke dua keluarga besar ini telah berkongsi kisahnya bersama KELUARGA.

“Seawal 6 bulan Sebelum Dah War-warkan…”-213 Ahli Keluarga Ahmad Zainab Abdul Majid, Berkumpul Meriah!

“Seawal 6 bulan Sebelum Dah War-warkan…”-213 Ahli Keluarga Ahmad Zainab Abdul Majid, Berkumpul Meriah!

 

Dafahamkan Rafidah atau lebih mesra disapa Fidah juga merupakan salah seorang AJK dalam Persatuan Kebajikan AZAM.

“AZAM singkatan dari Ahmad Zainab Abdul Majid. Haji Ahmad dan Hajah Zainab ialah tunjang utama tercetusnya persatuan keluarga ini. Sebelum 2022, AZAM adalah kumpulan tidak rasmi diwujudkan oleh muafakat adik beradik seramai 11 orang (total 12 tapi kakak sulong telah meninggal tanpa waris).

“Seawal 6 bulan Sebelum Dah War-warkan…”-213 Ahli Keluarga Ahmad Zainab Abdul Majid, Berkumpul Meriah!

IKLAN

“Hari keluarga AZAM pada awalnya adalah acara tahunan untuk menjalinkan hubugan dan kemesraan antara ahli keluarga. Setiap adik beradik akan mengambil giliran menjadi tuan rumah acara hari keluarga tahunan ini.

“Tahun 2001 adalah acara pertama hari keluarga ini diadakan. 2023 adalah hari keluarga ke-16 untuk AZAM. Tergendala 4 tahun akibat wabak covid, 2019 kami adakan di Shah Alam,” ceritanya panjang lebar.

Di bawah ini susunan hari keluarga yang telah diadakan:

  1. Rompin – 2001
  2. Hos Othman Ahmad: Segamat – 2002
  3. Hos Azizah Ahmad: Kluang 2003
  4. Hos Khalid Ahmad: tempat tak ingat 2004
  5. Hos Habibah Ahmad: Sg Buloh 2005
  6. Hos Zainal Abidin Ahmad: Uitm Shah Alam 2006
  7. Hos Anom Ahmad: masjid gombak 2007
  8. Hos Zaiton Ahmad: Dewan belia Seksyen 7 Shah Alam, 18 Oktober 2009 /29 Syawal 1430
  9. Hos Adnan Ahmad: Dewan Raya Sri Pulai, Johor Bahru 25 September 2010
  10. Hos Zainon Ahmad: Janda Baik 10 Jun 2011
  11. Hos Asri Ahmad: Restoran Asam Pedas, Bangi 2012
  12. Hos Othman Ahmad: Restoran Asam pedas 15 September 2013
  13. Hos Azizah Ahmad & Khalid Ahmad: resort di Melaka 2015
  14. Hos Zainal Abidin Ahmad: Restoran Asam Pedas, Bangi 22.7.2017
  15. Hos Habibah Ahmad, Anom Ahmad & Ariff Ahmad: Sek.9, Shah Alam 17.8.2019
  16. Hos Zaiton, Adnan, Zainon dan Asri Ahmad – Morib 3-4 June 2023

“Seawal 6 bulan Sebelum Dah War-warkan…”-213 Ahli Keluarga Ahmad Zainab Abdul Majid, Berkumpul Meriah!

“Jadi untuk tahun ini kami berkumpul di  Gold Coast Morib, Sepang pada 3 & 4 Jun 2023 yang lalu dan berjaya  menyatukan empat generasi, iaitu seramai 213 ahli keluaga yang hadir  daripada 255 jumlah keseluruhannya.

IKLAN

“Hari keluarga kali ini dianjurkan oleh 4 ahli keluarga induk, keluarga 4 generasi pertama AZAM iaitu Zaiton, Adnan, Zainon dan Asri Ahmad. AJK hari keluarga 2023 terdiri daripada generasi kedua empat keluarga ini. Mereka melakukan semuanya dari recci Kawasan hinggalah menjayakan hari keluarga,” ujarnya dan memaklumkan bahawa seawal 6 bulan sebelum setiap ahli keluarga telah diwar-warkan tentang hari keluarga ini.

Baca artikel menarik lain di sini:

 

Macam-macam Aktiviti, Gamatkan Suasana

Berkongsi mengenai aktiviti sepanjang 2 hari 1 malam di Gold Coast Morib, nyata ianya sarat dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Bukan sahaja untuk aktiviti anak-anak bahkan acara untuk orang dewasa juga tidak kurang menariknya. Ini sekali gus menjadi antara kenangan terindah untuk dikenang oleh setiap generasi.

IKLAN

Gambar sekitar Hari Keluarga AZAM  

“Seawal 6 bulan Sebelum Dah War-warkan…”-213 Ahli Keluarga Ahmad Zainab Abdul Majid, Berkumpul Meriah! “Seawal 6 bulan Sebelum Dah War-warkan…”-213 Ahli Keluarga Ahmad Zainab Abdul Majid, Berkumpul Meriah! “Seawal 6 bulan Sebelum Dah War-warkan…”-213 Ahli Keluarga Ahmad Zainab Abdul Majid, Berkumpul Meriah! “Seawal 6 bulan Sebelum Dah War-warkan…”-213 Ahli Keluarga Ahmad Zainab Abdul Majid, Berkumpul Meriah!
Extra info Persatuan AZAM

“Kami ada sebidang tanah yang telah dibina surau dan diwakafkan surau itu kepada Majlis Agama Islam Johor. Surau terletak di Kg.Majid, Kluang, Johor. Surau telah dan sedang digunakan oleh orang awam terutamanya pekerja Econsave yang terletak betul-betul bersebelahan surau. Kini kami dalam fasa membina rumah kediaman untuk anak-anak tahfiz yang mengimarahkan surau tersebut. Buat masa ini pelajar-pelajar tahfiz itu menyewa berdekatan surau, kami berharap dengan adanya kediaman bersebelahan surau memudahkan lagi proses menuntut ilmu anak-anak itu,” kongsinya lagi di akhir perbualan.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Seawal 6 bulan Sebelum Dah War-warkan…”-213 Ahli Keluarga Ahmad Zainab Abdul Majid, Berkumpul Meriah!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI