Zaman sosial media ini, pelbagai pengisian dikongsikan yang boleh ditonton oleh umum. Dalam banyak-banyak yang dikongsikan itu, semestinya ada yang suka dan ada pula yang sejenis penyakit sakit hati melihat pengisian tersebut.
Itulah yang terjadi pada seorang ibu yang terkenal dengan content mencuit hati di aplikasi Tiktoknya.Walaupun hidup serba kekurangan, namun dirinya sentiasa bersyukur dan tabah meneruskan kehidupan serta membesarkan anak-anaknya. Bukan itu sahaja, malah dia juga sering menunjukkan pekerjaan hariannya di rumah tanpa sekalipun mengeluh.
Jika dilihat dalam perkongsian oleh pemilik akaun Yoonachiee ini, jelas terpampang kehidupannya di rumah kayu atas air yang serba kekurangan sehingga menimbulkan kritikan dari orang awam yang seakan-akan menghina keadaan rumah wanita tersebut seperti hendak roboh. Bagaimanapun, dirinya tidak pernah terguris dengan ucapan tersebut selain tetap bersyukur dengan nikmat diberi, Malah, dia jua mengakui dia hanyalah insan biasa yang tiak pernah lari dari berbuat kesilapan.
Ia berpunca daripada persoalan yang dia dapat mengenai botol berisi air yang memenuhi kediamannya. Jelasnya, ia hanyalah simpanan untuk pelbagai kegunaan termasuklah mencuci pakaian serta mandi. Malah, rumah mereka juga difahamkan sering sahaja terputus bekalan air menyebabkan dia perlu menyimpannya dalam kadar yang banyak.
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa tidak puas hati akan segelitir pihak yang gemar berfikiran negatif. Malah, mereka juga tetap memberikan sokongan selain berharap agar insan itu terus bahagia dalam kehidupannya.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perjalanan seninya terlihat cukup indah dan sempurna. Bermula langkah sebagai blogger paling popular di Malaysia dan kemudiannya melangkah ke dunia penuh glamor. Disusuli dengan bidang pengacaraan seterusnya membawanya ke dunia lakonan penuh cabaran.
Dan kini, pemilik nama Hanis Zalikha menjadi sebahagian daripada figura paling trending dan mendapat perhatian di Malaysia.
Biarpun menamatkan zaman gadisnya pada usia yang muda namun perkembangan seninya tidak terhenti di situ. Malah status tidak sekali-kali menjadi penghalang kepada perjalanan seninya. Wanita cantik ini makin jauh melangkah.
Sayapnya semakin dilebarkan malah hidupnya makin diintai ramai pihak semenjak kehadiran sang suami, Hairul Azreen, dan Yusof Iskandar, si jantung hati pasangan ini.
Menariknya tidak hanya Hanis Zalikha seorang bahkan dua hero dalam hidupnya terutama Yusof menjadi perhatian umum. Malah trending di media sosial. Aura tersendiri yang dibawakan keluarga kecil ini cukup luar biasa.
Baik Hanis mahupun Hairul sendiri mereka masih mengekalkan sifat rendah diri walaupun mempunyai bilangan peminat dan pengikut yang cukup ramai di media sosial.
Kata Hanis, semuanya berlaku tanpa disangka.
“ Memang dari awal lagi kami sekadar nak kongsi dan paling penting niat awalnya nak kongsikan momen Yusof supaya kami tak lupa setiap perkembangannya, tapi tak sangkalah setiap yang kami kongsikan di instagram buat semua orang suka malah ramai yang follow. Memang kami langsung tak sangka,” luah Hanis ringkas.
Sekadar Kongsi Cerita
Sehingga kini, si cilik Yusof Iskandar yang sudahpun berusia 2 tahun mempunyai jumlah pengikut lebih 2.1 juta di instagramnya, @theyusofiskandar. Memang hebat!
Bagi Hanis dan Hairul sendiri, keseronokkan mereka berkongsi apa sahaja mengenai perkembangan Yusof tidaklah keterlaluan. Sebagai ibu bapa, mereka sentiasa memikirkan soal keselamatan atau apa jua yang dirasakan kurang wajar untuk dikongsikan di instagram.
“ Kalau ikutkan sebenarnya setiap kali nak upload gambar, saya atau Hairul akan tapis tiga kali terlebih dahulu kemudian barulah letak dekat IG. Bukan apa, supaya orang tak salah faham. Bimbang apa yang kita letakkan disalah ertikan oleh orang lain.
“Bagi kami, apa yang kami upload, kalau ada yang komen-komen berbaur agak negatif, kami tidak cepat melatah. Awal-awal lagi kami dah ingatkan diri supaya sentiasa berlapang dada dengan setiap komen daripada netizen. Itu yang kami amalkan sejak dulu dan rasanya ia langsung tak jadi masalah buat kami.
Paling seronok bila saya kongsikan setiap ilmu pasal keibubapaan, ramai yang DM saya secara personal dan bertanya serta kongsikan ilmu mereka pula dengan saya. Boleh dikatakan sampai beribu-ribu mesej setiap hari. Memang tak terlayan, tapi sebagai ibu saya rasa happy sebab apa yang kita kongsi ada manfaatnya pada orang lain. Malah kita sama-sama dapat ilmu, itu yang buat saya suka,” kata Hanis lagi.
Yusof Pencinta Haiwan
Melihat setiap keletah Yusof di instagramnya memang mencuit hati sesiapa sahaja. Malah gelagat Yusof bersama Bujibuchempel saban hari buat kita hati sesiapa sahaja rasa terhibur. Aksi spontan dan keberanian Yusof memang boleh dipuji.
“First time kami bawa Yusof ke Night Safari di Tambun, barulah kami tahu Yusof cukup sukakan haiwan. Dia langsung tak takut malah dia beri burung makan dan pegang ular tanpa takut. Arnab pula dia pegang dan angkat, macam Bujibu,” kata Hanis yang sentiasa membawa Yusof berjumpa sepupu-sepupunya setiap minggu bagi membiasakan diri.
Rapat Dengan Mentua
Berkongsi kisah keluarga, Hanis tidak lokek berkongsi cerita mengenai mentua kesayangannya, Puan Habsah Desa, ibu kesayangan suami tercintanya.
“ Dulu masa sebelum kahwin, time dating dengan Hairul, saya tidaklah terlalu rapat dengan mak. Tapi bila dah kahwin barulah lebih mengenal mak orang yang macam mana.. and I love her so much.
Kalau setiap kali datang ke rumah, mak memang tak boleh duduk diam. Ada sahaja kerja yang nak dibuatnya. Kalau Yusof lepaskan ‘hajat’ dia cepat-cepat nak bersihkan. Begitu juga kalau ternampak baju bertimbun di tempat basuhan pun mak nak tolong basuhkan walaupun dah dilarang berkali-kali.
Kalau setiap kali saya keluarkan tudung baru, mak selalulah tawarkan diri nak tolong di pejabat sambil bawa bekalan Kek Batik ke pejabat. Seronoklah staff-staff dapat merasa air tangan mak. Kalau pasal masak, mak kalau masakkan makanan ringkas pun dah cukup sedap pada saya. Ketam goreng yang nampak ringkas pun pada saya cukup sedap dan istimewa,” kata Hanis berkongsi cerita.
Demi menjaga ikatan yang kuat bersama seluruh keluarga mentuanya, bercuti merupakan salah satu aktiviti wajib buat Hanis dan seluruh ahli keluarga mentuanya setiap tahun.
“Biasanya kalau Hairul cadangkan untuk bercuti ke mana-mana satu keluarga, memang semua adik beradik akan sepakat dan turutkan demi merapatkan hubungan kami adik beradik. Bercuti pula dah jadi aktiviti tahunan kami. Tahun ini, kami sempat bercuti ke Gold Coast, Australia. Beberapa hari selepas Hari Raya Aidil Fitri lalu.
Family trip ke Gold Coast kali ini memang sudah dirancang lebih awal. Dengan cara ini dapatlah kami berkumpul adik beradik dan bercuti serta rehatkan minda,” katanyaq lagi.
Bisnes Demi Masa Depan
Tidak hanya sibuk dengan kerjaya dan lakonan, kedua pasangan ini juga makin ligat berbisnes. Baik Hanis mahupun Hairul, masing-masing punya bisnes mereka yang tersendiri. Kedua-duanya tidak lokek berkongsi cerita perniagaan mereka.
“Saya dan suami terfikir nak buat bisnes bersama bila kami cari duit nak kahwin. Bila nak kahwin kenalah cari outcome yang stabil. Sebagai pemegang ijazah dalam bidang perniagaan, saya cuba aplikasikan segala ilmu berbisnes demi untuk masa depan kami.
Tahun 2013 kami mulakan bisnes bersama dan produk pertama kami Hello Studio, yang merupakan studio berkonsepkan hospital yang direka oleh saya sendiri tapi diuruskan oleh Hairul. Itulah permulaan kami.
Selain Hello Studio, kini pasangan muda berjaya ini mempunyai enam rangkaian bisnes lain iaitu Keknis, koleksi shawl, Malead, pakaian street wear, HH Parfume, jenama minyak wangi, Shade Dough by Hanis Zalikha yang menyenaraikan rangkaian lipstick, Malead Kid serta Toujour Advanced yang merupakan suplemen kolagen. Hebat bukan?
Sumber: Majalah Keluarga Sept-Oct 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ruang agak sempit adakalanya membuatkan ramai yang mengabaikan ruang balkoni. Memadai hanya menempatkan mesin basuh dan keperluan yang sesuai supaya nampak kemas dan teratur.
Sebenarnya. kalau bijak menyusun atur, secara automatik kelihatan lebih luas dan kemas.
Sepertimana yang dikongsikan oleh puan Esyima Zamri mendekorasi ruang balkoni dengan menggunakan artificial grass dan wallpaper batu bata, membuatkan ruang tersebut nampak menarik.
Manakala untuk bahagian rak yang digunakan untuk meletakkan perkakas seperti sabun dan juga banyak dipasaran. Simple, kemas dan cantik!
Rasullulah SAW diutuskan kepada umat manusia bukanlah hanya untuk membimbing orang Islam tetapu semua makhluk yang bernama manusia. Baginda adalah orang yang bijaksana dalam berkata-kata dan segala apa yang dikatakan baginda adalah benar belaka.
Pada diri Rasullullah terdapat suri tauladan terbaik dari semua manusia. tutur katanya, prilakunya, kebjaksanaannya, dan semua yang ada padanya itu membawa kebaikan dan contoh bagi kita semua.
7 nasihat Rasullulah SAW kepada umat akhir zaman yang harus kita sentiasa ingati agar diri tidak terkeluar dari landasannya adalah :
1. Cintai orang miskin dan mendekatlah kepadanya.
2. Pandanglah orang yang dibawahmu dan jangan memandang orang yang di atasmu.
3. Sambung tali silaturahim walau orang itu berpaling darimu.
4. Jangan meminta sesuatu kepada sesiapapun.
5. Katakanlah kebenaran walaupun pahit.
6. Jangan menghadapi celaan pencela dalam membela agama Allah
7. Dan perbanyakan bacaan ‘Laa Haula Wa Laa Quwwata Illa Billah’