Nasihat yang sering kita dapat kalau menaiki kenderaan selain dari pandu berhati-hati, semestinya kunci pintu sejurus masuk ke dalam kereta. Bukan hanya dari orang terdekat, malah ada juga pihak bertanggungjawab membuat nasihat sebegini dalam bentuk video bagi mengelak dari perkata tidak diingini berlaku. Bak kata pepatah ‘malang tidak berbau’.

Misalnya seperti yang tular baru-baru ini, seorang wanita berkongsi detik cemas dalam hidupnya apabila terdapat seorang lelaki datang melulu ke keretanya dan cuba untuk buka pintu!

Perkongsian berbentuk video itu dimuat naik di laman sosial Tiktok miliknya menggunakan akaun pieyraaaa98. Menerusi tulisan pemilik video, difahamkan dia baru sahaja masuk ke ruang parkir berkenaan. Tiba-tiba seorang lelaki datang ke kenderaannya dan cuba membuka pintu.

“Sebab Selalu Kena Kunci Pintu!” Gadis Kongsi Detik ‘Stranger’ Melulu Buka Pintu Kereta

IKLAN

Mujurlah dia sempat mengunci pintu dan katanya lama juga lelaki itu bersandar dan mengintai dalam kereta tersebut. Mujurlah pengakhirannya baik-baik sahaja apabila ada orang di sekitar yang datang membantu.

@pieyraaaa98 Allahu first time jadi dekat diri sendiri 😭 takot 😭 #fyp #fypシ #viral #masukberanda #matpek #penagih ♬ original sound – Hafira Azrina

Meninjau di ruangan komen, ada yang turut berkongsi kisah yang hampir sama mereka pernah alami.Malah, ada juga yang memberi tip supaya jika berada dalam situasi sebegitu, segeralah tekan hon supaya orang ramai aware tentang apa yang anda hadapi dan dari situ mereka boleh bantu untuk mengusir stranger tersebut.

IKLAN

“Sebab Selalu Kena Kunci Pintu!” Gadis Kongsi Detik ‘Stranger’ Melulu Buka Pintu Kereta “Sebab Selalu Kena Kunci Pintu!” Gadis Kongsi Detik ‘Stranger’ Melulu Buka Pintu Kereta “Sebab Selalu Kena Kunci Pintu!” Gadis Kongsi Detik ‘Stranger’ Melulu Buka Pintu Kereta

Sumber : @pieyraaaa98

IKLAN

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI